Ads

Tuesday, February 16, 2010

Detik-detik Kelahiran

Pada 1 Februari, Che Mid ke Pusat Kesihatan Meru untuk check up lagi. Nurse dan doktor rata-rata heran sebab tak bersalin lagi. Hari ni dah lewat 6 hari dari tarikh due. Esok, Che Mid kena ke hospital. Dah tak boleh tunggu lagi. Perkara yang paling Che Mid takutkan ketika nak bersalin dan baerharap supaya ia takkan berlaku ialah 1) Bersalin tengah malam sebab tak cukup tenaga sebab tak cukup tidur dan 2) Dah sakit bersalin tapi serviks tak buka lagi.. jadi kena tunggu, and it happen to me.. 

Feb 2, jam 10 pagi   -  Bertolak ke Hospital Sungai Buluh. Sempat singgah di R&R jejantas Sungai Buluh untuk mengalas perut dan beli majalah.

Feb 2, 11.15 pg     -  Daftar masuk di Dewan Bersalin, Hospital Sungai Buluh (HSB). Pemeriksaan awal, baru buka 1 cm tapi doktor dah suruh induce (IOL). Tak boleh tunggu sebab dah lewat 7 hari. Peraturan di HSB tak boleh bawa apa-apa barang ke dalam Dewan Bersalin termasuk handphone. Semua barangan dijaga oleh suami di tempat menunggu kecuali sepersalinan baju bayi. Masuk aje, kena pakai uniform hospital iaitu baju labuh pink dan kain sarung pink juga.

Feb 2, 12.30 tgh   -  Masukkan ke bilik khas dan dimasukkan ubat induce. Sejam selepas tu tak boleh bangun dari katil. Doktor akan check balik pukul 2 pm. Ada dua pesakit termasuk Che Mid. Nyonya tu pun dah lewat 7 hari juga.

Feb 2, 2.00 ptg       -  Doktor check bukaan serviks, masih 2 cm tapi contraction dah kuat dah. Doktor kata check lagi 4 jam. Adoi..Lamanya. Kejap-kejap Che Mid pergi jenguk Che Abang di tempat menunggu. Kesian dia, dah tak senang duduk kat luar tu sorang-sorang. Nak makan pun tak lalu.

Feb 2, 10.00 mlm -  Bila doktor tengok print out GTI, dia konfiden kata, " Ha, akak ni dah boleh masuk labor room.." Tapi bila check servike, dia kata, " Jauh lagilah kak, baru 2 cm.. ". Jadi dia cadangkan Che Mid ambik ubat kurangkan sakit dan tidur sekejap. Kalau tak malam ni mungkin esok pagi baru bersalin. Nurse akan check balik jam 2 pagi nanti. Jadi, Che Mid pun keluar jumpa hasben dan kata lepas ni nak tidur dan boleh jadi tak jumpa dia lagi dah. Che Mid suruh dia balik dan rehat je kat rumah tapi dia tak nak. Dia cuma nak balik mandi dan tengok anak kat rumah dan datang balik ke hospital.


Gambar terakhir sebelum bersalin. Jam 10.20 malam. Sedang bercakap dengan anak. Nampak tak muka orang menanggung sakit..

Feb 2, 10.30 mlm   -  Nurse buat suntikan dan 10 minit lepas tu, Che Mid dan Nyonya katil sebelah pun tidurlah. Nurse siap tutupkan curtain dan lampu untuk kami beradu dengan lenanya.

Feb 3, 1.30 pagi   -  Terjaga dari tidur kerana terasa contraction yang sangat kuat. Setiap 3 minit sekali Che Mid rasa sakit sangat. Alamak dah nak bersalin ke ni. Rasa mamai, sakit dan cemas bercampur baur. Nurse atau doktor bertugas takde pulak masa ni.

Feb 3, 2.00 pagi -   Nampak kelibat jururawat bertugas, terus saya lambai tangan. Tak boleh nak bersuara sebab dah sakit sangat. Dia terus datang dan perasan saya dalam kesakitan. Terus dia check serviks.. dah buka 6 cm rupanya. Dia nak pecah air ketuban, tapi Che Mid tetiba rasa dah keluar sendiri, tak sempat nak buat apa... katil dah basah dengan air ketuban. Lepas Nurse suruh naik wheelchair tapi dah tak tentu arah rasanya.. nurse kata takpe.. kita tolak katil-katil sekali ke labor room. Nampak nurse-nurse tu kelam kabut, Che Mid 2 kali kelam kabut la.. Doktor houseman yang ada kat situ tak terkata apa... terkebil kebil je.

Feb 3, 2.15 pagi  -  Nurse tolak katil sambil mencari labor room yang kosong. Akhirnya jumpa sebuah bilik yang kosong. Bidan Ain (pelajar praktikal tahun akhir swasta) dah menunggu. Masa tu teringat nak panggil suami, tapi situasi gawat macam ni, rasanya nurse pun tak sempat nak panggil hasben masuk... oklah.. tak panggil dialah.. Maka Che Mid dan Nurse Ain, dan nurse yang awal tadi (maaf, Che Mid tak ingat nama dia. Lagipun dia keja shift malam jadi baru sangat jumpa dia.. tak sempat berkenalan) sama-sama berjuang untuk memastikan Che Mid melahirkan dengan selamat.

Bila dia suruh push.. Che Mid tak tau nak push.. panik sekejap. Bila dia suruh pegang kaki, Che Mid  kata tak sampai... 2 kali push baby tak keluar... Nurse suruh tanggal tudung dan ikatan rambut. Kali ketiga, kepala baby dah keluar.. nurse tu kata, " Kak, hidung baby ni tersekat. Dia tak boleh nafas ni. Akak kena push betul-betul...". Tak taulah, dia cakap betul atau saje nak naikkan semangat Che Mid. Hah, apa lagi Che Mid pun push bagai nak gila. Eh.. pandai pulak pegang kaki dan kepala kita pandang perut. Kali ke empat push.. badan pulak nak keluar.. ewah, kita pulak kata.. ok let's go... dan push bagai nak gila jugak.. Pertarungan 15 minit pun berakhir dengan jayanya.

Feb3, 2.34 pagi   -   Faiqah Khadeeja selamat dilahirkan. Proses keluarkan uri dan menjahit luka kira-kira 40 min. Terima kasih tak terkira pada kedua-dua nurse bertugas. Excellent!!


Dengan bangganya dipekernalkan Faiqah Khadeeja selepas 1 jam dilahirkan. Alhamdulillah, semuanya selamat



Baby Deeja selepas diqomatkan

Feb 3, 3.20 pagi   -  Suami dibenarkan masuk sekejap. Dia dapat rasa yang Che Mid dah bersalin walaupun tak diberitahu. Tak lama lepas tu, nurse bawa baby jumpa kami untuk menatap wajahnya buat pertama kali. Selepas bersalin tadi Che Mid tak tengok muka dia, sebab nurse cuma tunjuk jantina je.. Apa pun alhamdulillah, baby Deeja sihat dan cukup sifat. Anugerah tak ternilai kini dipangkuan.

Feb 3, 4.00 pagi    -   Dipindahkan ke wad bersalin, bersama dengan 3 orang ibu lain. Ketika nak beralih dari kerusi roda ke katil di wad, Che Mid rasa darah banyak mengalir turun. Nasib baik ada nurse wad dah standby. Cepat-cepat Che Mid bagi tau nurse tu. Kemudian Che Mid diminta tukar pakaian sebab baju dari masa bersalin tadi tak tukar, memang banyak darah tapi Che Mid dah lemah sangat. Cuma sempat buka tudung saja. Nurse tu kata nak check Che Mid dan minta berbaring cepat-cepat. Dia periksa Che Mid dan keluarkan darah dari rahim Che Mid lagi. Atas lantai tepi katil dah penuh darah, sampai nurse tu kata tak tau mana nak pijakkan kaki sebab penuh darah. Dia minta Che Mid bertahan, jangan sampai pitam. Ingat lagi dia kata, " Kak, saya tau akak sakit, tapi saya nak tolong akak ni, akak tahan sikit ya.." Masa tu tekanan darah dan denyutan nadi dah naik. Salah seorang nurse ambik baby, dia kata nak tolong jaga.

Rupanya nurse labor room tadi tak masukkan air (pitosin) selepas bersalin supaya rahim boleh kecut cepat. Marah jugalah nurse kat wad tu, siap tanya siapa in-charge dan siapa witness di labor room. Dia agak Che Mid kehilangan 450cc darah. Pucat lesi muka Che Mid jadinya!!

Nak menambahkan dramatik lagi, Che Mid dimasukkan 1 pt air disebelah kiri tangan Che Mid. Tangan tu pulak kena bengkok sikit, kalau tak air drip tak nak turun. Tak lama lepas tu, nurse yang tadi kata nak tolong jaga baby, datang bawa baby. Dia angkat baby dan letak atas lengan kanan Che Mid dan diampu dengan tilam baby. Dahlah Che Mid tak boleh bergerak langsung.

Feb 3, 4.30 pagi   -   Nasib baik suami Che Mid sampai. Terkejut betul dia tengok Che Mid lain macam je. Dia kata apa dah jadi? Tadi masa abang tengok kat labor room, nampak sihat je, ni nampak macam orang sakit. Jadi, saya pun ulang tayanglah kat dia. Lepas tu hasben balik rumah untuk tanam uri. Tengahari nanti dia akan datang bawa anak-anak pulak. Ada masa nanti dia nak curi tidur sekejap.


Feb 3, 2.30 ptg   -   Dibenarkan pulang ke rumah. Bayaran? Cuma RM47.00. Wah! Lumayan dong pak!! Labor Room - seorang sebilik, Bilik induce - 2 orang sebilik, ubat ubatan lagi. Ish kalau hospital swasta tu, mau beribu-ribu lemon RMnya!! Apa pun Che Mid percaya ada baiknya dengar nasihat doktor supaya bersalin di hospital kerajaan kerana risiko tinggi bagi orang macam Che Mid ni..


 

4 comments:

Adnazthie said...

Salam Che Mid,
Yes, semakin rancak Che Mid buat N3, insyaallah saya tak pernah miss baca blog Che Mid ni, kengkawan kat ofis mesti tertunggu-2 nak baca gak, esok insyaallah saya akan inform depa.
Insyaallah nnt nak datang gak tunggu ye nak tengok Baby Faiqah..he he he

SUE ALAN said...

salam, Tahniah Che Mid. seronoknya tengok you dgn baby.

Nizam Awang Brahim said...

Assalamualaikum
N3 ni buat koi berdebor je weh.Mende dah tak lame lagi.Apapun tahnioh dari koi...

che mid said...

Che Rodong, a ah .. masa awak akan tiba jap je lagi. Koi bedoa semoga sume ok hendaknya..