Ads

Thursday, April 8, 2010

Lamb Chop Tesco

Pada suatu hari, Che Mid dan Che Abang berjalan-jalan sambil membeli barang dapur sikit di Tesco. Tiba-tiba ternampak si daging kambing dah siap potong. Kami tak pernah beli seumur hidup ini. Tapi hari tu, kami beli dan si kambing menjadi hidangan tengahari kami yang lazat.

Che Mid beli tiga keping marinated lamb. Regenya cuma RM10 lebih. Kalau makan di kedai RM10 sepinggan dah sah sah tak dapat punya. I tell you!! Balik rumah terus bakar dalam oven selama 20 min. Resepi? Ha ha... tanya Tesco..



Ayam goreng ayamas untuk mereka mereka yang tak berapa suka lamb chop.


Kentang goreng dan wedges goreng - memang dah ada kat peti sejuk. Goreng je..


Pas tu, susun macam ni.. tambah sos mayo dan seribu pulau..Timun dan tomato jadi salad. Rasa lamb chop tu sedaplah.. lain kali boleh beli lagi..


Ayam pun susun macam tu juga.



Untuk dizet.. buah jambu batu dan jambu air - Che Abang beli di Tapah (pun memang ada kat rumah)


With my very own kuah rojak of course!!

6 comments:

Jejaka Desa said...

Kambing ter yang koi tak tahan.Kitnye kolestrol dia banyok sangat la pulok..Gone nok ngurang nye weh..

*Dak kecikkk* said...

sedap plok nengok makanan2 ni semua.he3

che mid said...

JD - sedak memang sedak, makan sesekali tak ngapenye ..

Dak kecik - apa susahnya, gi je tesko ke jayen ke.. ambik je dan bayo, pas tu goreng atau bakar.. dah boleh makan. Tapi yang syoknya kalau makan ramai2, sorang-sorang boring gak kan..

Adnazthie said...

Salam Che Mid,
Wah! Menjadi-2 sejak habis pantang ni..he he he

norliza_osman said...

alamak.. sedapnyer che mid..teringinnyer liza..

che mid said...

Adnaz - makan menjadi-jadi, berat badan pun menjadi-jadi naiknya.. alahai..

Liza - Aah.. nak makan, makanlah cepat nanti dah berpantang.. pandang je le