Ads

Wednesday, June 16, 2010

Bateri Kong ( Khas untuk pemandu kereta auto saja )

Ini kisah pada suatu malam ketika Ayan nak keluar pi samwer.

Ayan   :  Abah, kereta tak boleh stat la. ( Pelik jugak, baru je Ayan balik bawa kereta tu. Takkan tiba-tiba tak boleh stat pulak)

Abah   : Biar betul Ayan ni...

Ayan   : Betullah. Takde bunyi langsung.

Abah   : Emm.. bateri kong lah tu. Besok ajelah abah cek, malaslah nak tengok malam-malam ni. Toclait pun entah mana letak entah.

Esok harinya.

Maka dua beranak itu pun sibuklah bersungguh-sungguh nak menghidupkan kereta semula. Cuba jamper dari kereta lain... tak boleh stat jugak. Keluar masuk kereta tu cuba stat banyak kali, tak boleh jugak.  Tengok enjin, nampak macam ok je. Berpeluh-peluh dua beranak tu dibuatnya.

Aleh-aleh, datanglah Ali (jiran selang 4 buah rumah kami), nak ke keretanya yang di parkir dekat dengan rumah kami.

Ali       :  Apa hal ni?

Abah   : Entahlah.. tak boleh stat dari malam tadi lagi. Dah cuba cas dengan jamper pun tak boleh gak.. Ingat nak call mekanik ni..

Ali   : ( Sebagai jiran yang prihatin, tanpa banyak soal lagi, Ali duduk di tempat pemandu).

Tiba-tiba je, eh eh.. dah boleh stat. Menderum-derum lagi macam F1.

Dengan muka pelik yang teramat sangat, abahnya berpandangan dengan Ayan.

Abah   : Macamana boleh hidup?



Ali   : Alah.. ekau letak gear kat D memanglah tak boleh stat..Ni kan kerete otometik..

Aduss!! Malulah jugak Abahnya dan Ayan kerana sorang pun tak terpikir nak cek gear. Ayan pun satu, yang dia pi letak gear kat D tu, sape ajar? Kan patutnya letak kat P. Nampak sangat takde lesen..


2 comments:

Adnazthie said...

Salam Che Mid..
Keh keh keh..tak tahan, Azahar pun ada masa saya baca N3 ni..

che mid said...

Salam..Adnaz.. Keh keh keh, tu kalau orang pompuan yang buat tu, habeh kita dikutuknya..