Ads

Friday, June 18, 2010

Jenjalan di Melaka dan Johor (1)


Cuti sekolah ni, Che Mid anak beranak juga ayah bonda bercuti di Melaka dan Johor. Kebetulan Che Abang ada tugasan di sana, jadi kami berhujung minggu sekali sambil menziarahi keluarga sepupu abah. Kami bertolak hari Jumaat 11 Jun dan balik hari Isnin 14 Jun.

Jom ikut kami jalan-jalan cari makan!!

Hari Jumaat tengahari kami mencari tempat makan pertama.


Mak nenek sukarela buat kuih gandos dan nasi lemak sebagai santapan di perjalanan.


Kami berpiknik di R&R Seremban. Berselera sungguh di bawah pohonan rimbun, di atas rumput yang banyak kerengge. Tentu dicemburui drebar treler yang lalu lalang di belakang tu. Deeja lena dalam bakul tanpa disedari seekor kerengge telah menggigit pahanya yang montel itu.


Sedap nasi lemak mak nenek. Di sana juga, ada jualan buah-buahan dan air minuman. Tambah syoklah makan.

Lewat petang kami daftar masuk di Naza Hotel Melaka. Che Abang tempah 2 bilik dengan konekting door. Lepas maghrib kami keluar makan malam di Alai Ikan Bakar. Fes taim pergi tempat tu sebab ada orang rekemen, " Pergi gerai no 7" dio kato.  Yolah...




Nilah tempatnya, tak jauh dari Umbai Ikan Bakar yang fames tu. Tapi Che Mid tak rekemen tau. Sebabnya, kami ode ikan tiga rasa, dia bagi ikan bakar. Kami ode air tembikai dia bagi oren jus...


Tapi hidangan istimewa ialah pepahat atau omputih kata bamboo clamp


Sambal kicap dan nasi lemak yang dibungkus kecik-kecik dah jadi tredmak tempat ikan bakar di Melaka. Tapi sayang, nasi lemak tu cuma ada nasi dan sambal je. Timun dan kacang atau bilis takde. Che Mid paling tak suka kalau makan sesuatu yang tak cukup sifat, mungkin sebab nak jimat kos. Hilang identitinya la..


Sotong goreng tepung


Inilah ikan jenahak bakar yang salah oder tu. Isinya tebal dan segar.


Rugi kalau datang ke Melaka tapi tak makan asam pedas. Ni kepala ikan jenahak masak asam pedas. Memang bes!!


Wak Jamil dan Wak Tumirah

Hari Sabtu esoknya kami bertolak ke Johor Baharu. Menginap di Hotel Naza JB. Malam minggu tu kami ronda-ronda di Danga Bay. Makan malam di Restoran Periuk Belanga.


Siakap tiga rasa


Ayam penyet


"Butter prawn" yang tak ada rupa "butter prawn"



Telur gulung yang sangat menawan

Boleh tahanlah rasa masakan di restoran tu. Kami ada juga makan sate dan lain-lain. Entah apa yang tak kena, tengah malam tu semua sakit perut kecuali Che Abang dan Mak Nenek. Faris yang paling teruk sebab memang dah tak sedap badan dari rumah lagi.

Petang esoknya, kami minum petang di Hentian Mas. Masing-masing kekenyangan dan kepenatan akibat berjalan jauh dari Kulai dan Desaru.


Mi Bandung Johor. Yang Che Mid makan ni ada lemak-lemak daging. Che Abang memang suka sangat.
 Malam terakhir di JB, kami tak ke mana pun, duduk di bilik je dek kepenatan mengharung trafik jem selama 3 jam.




Sebenarnya Hotel Naza sedang mengadakan promosi makan durian tapi kami tak berkesempatan nak makan. Asek sibuk dengan aktiviti luar je. Menejer hotel tu bermurah hati membekalkan tiga biji buah durian sewaktu nak berlepas pulang. Masalahnya... mana tempat nak makan durian ni?

Kami cuba berhenti di R&R sepanjang perjalanan di Johor, tapi banyak lalat lah!. Akhirnya kami berhenti di Hentian Kg Bemban. Masa tu dah nak maghrib pun.




Sepraisnya... duriannya sejuk yang amat bila kami makan. Boleh jadi pihak hotel simpan dalam peti sejuk kut..




Tiga serangkai makan durian di tepi hiway

Deeja setia dalam bakulnya. Dia tak cakap pun nak durian...

Ok, sampai di sini dulu. Neks entri baru Che Mid cerita mana kami pergi ziarah ya!!


4 comments:

indahhouse said...

salam che mid,
deeja comel jer pakai topi tu. dia tak mintak durian? kihkih.
bestnya jalan2 ngan family. singgah makan2 lagi. haih, nak keluar airmata saya tengok bamboo lala. Sedap nampaknya. lagi2 eskrim buah-buahan kat bawah tu. huwa..!

che mid said...

indah - ha, bila2 nanti bolehlah display resepi bamboo lala pulak ya!

SUE ALAN said...

syok tengok you all berkelah kat tepi jalan tu......

Che Mid said...

Sue... tentu lagi syok kalau terserempak you kat situ, boleh rasa nasi lemak mak I.. he he