Ads

Thursday, June 24, 2010

Jenjalan di Melaka dan Johor (2)



Selepas berborak pasal makan-makan, kali ni Che Mid nak borak pasal apa yang kami buat sepanjang jenjalan tu.

Kami menginap di Hotel Naza pada hari Jumaat malam Sabtu.

Abah Atuk dan Mak Nenek bersantai di bilik. Deeja berbaring atas surat khabar yang mak nenek tengah baca. Macam mengantuk je Deeja tu..


Bergambar bersama staf Hotel Naza sebelum bertolak ke Johor.


Che Mid suka gambar ni..

Dalam perjalanan ke Johor Baharu, kami singgah di Kampung Parit Yaani Tengah, rumah sepupu abah Che Mid. Datuk Che Mid dulu datang ke Malaya dari Indon menetap di Klang, tapi abang dia tinggal di Johor. Jadi anak cucu Abdul Rashid ada sampai sekarang.

Kebanyakan sepupu abah dah meninggal. Ini Wak Munirah. Umurnya dah lebih 80 tahun. Dulu masa Che Mid ziarah dia masih sihat, tapi sekarang dah tak nampak dan tak kenal orang lagi.

Abah berbual mesra dengan anak buah, Wak Palil. Kali terakhir mereka berjumpa kira-kira 2 tahun dulu.

Sebenarnya emak Che Mid dah ajak kami ke Parit Yaani masa cuti Hari Wesak tempoh hari, dia kata, " Hati emak dah teringat orang Johor je la." Tapi entah macamana masing-masing ada hal yang lebih mendesak, kami cuma dapat datang minggu cuti sekolah. Rupa-rupanya pada Hari Wesak tu, salah seorang saudara kami meninggal dunia akibat kemalangan. Kalau kami ikut cakap mak, memang kami sempat ziarah saudara yang meninggal tu. Ralat juga rasanya. Tulahkan.. kadang-kadang gerak hati menandakan sesuatu akan berlaku. Kita je tak tau apa dia..


Deeja cukup minat dengan Puan Maimunah ni... asyik pandang je sampailah makcik tu ambik dia.

Pemandangan bandaraya Johor Baharu dari bilik hotel, berlatarkan Kota Singa

Tiba di hotel pada jam 6.30 petang. Sebelum tu kami minum petang di Stulang dekat dengan Hotel The Zone. Dapatlah tengok Tambak Johor dan pulau Singapura. Abah dan Mak tak pernah sampai JB dan tak pernah tengok Singapura. Untuk makan malam, kami ke Danga Bay. Seronok betul anak-anak ke sana, tapi tak sempat window shopping pun sebab kedai banyak nak tutup.



Tak lepas peluang berendam dalam kolam mandi. Semua jadi macam budak kecik. Deeja tinggal kat bilik dengan atuk dan nenek. Ibu tukang ambik gambo je..


Empat beranak kesejukan dalam air.


Ha!! Kaki sape pulak tu... mana pegi kepalanya??

Sebenarnya, bila di JB, kami tak tau mana tempat menarik nak pergi. Alang-alang dah bawa orang tua, kami pun pergi ke Felda Taib Andak, Kulai untuk menjenguk saudara abah. Ni gambar mak dan dua pupu Che Mid, Puan Mariam. Kami berkumpul di rumah beliau. Arwah suami dia dan abah Che Mid yang mempunyai hubungan sedara.

Kami bertolak selepas sarapan pagi di hotel dan tiba di Taib Andak pukul 12 tengahari selepas tersesat sebab tak ikut arahan GPS. Kena berpusing balik jauh, sebab GPS kami tak reti nak buat u turn kalau tak de tanda u-turn. Bila dah sampai di kawasan rumah, abah tak cam mana satu.. rupa-rupanya kawasan tu ditutupi khemah orang kawin..


Meriah sungguh rumah tu jadinya. Che Mid tak pernah jumpa mereka in person, tapi layanan mereka memang baik sekali, walaupun jiran depan rumah buat kenduri kahwin. Duduk dari kiri gambar - Farah, Puan Mariam, Deeja, mak dan Puan Khadijah. Belakang kiri - Hidayah, Jamilah, Suraya, Fasihah, Che Mid dan Izah


Deretan dara dan teruna dari Klang dan Kulai. Kiri - Faris, Farah, Izah, Deeja, Fasihah, Dayah dan Ayan. Semuanya pertama kali jumpa. Harap silaturrahim tak putus ya.

Kami disajikan dengan makan tengahari yang simple tapi menyelerakan. Terasa sungguh kemesraan mereka walaupun tak pernah berjumpa, kecuali emak dan abah. Masa nak balik, kami diberi buah tangan pulak iaitu tudung dan kain pelekat. Deeja, Faris dan Ayan pula dapat tuala mandi. Hai.. sempat juga mereka siapkan cenderahati buat kenangan.


Kaum Adam pula bergambar kenangan


Deeja sentiasa jadi rebutan. Semua orang nak dokong dan main-main dengan Deeja.


Deeja tinggal ya!!

Kami pulang dengan seribu satu kenangan. Sempat bertukar nombor telefon dan emel. Che Mid tak lupa bagi alamat blog ni, harap enjoy tatap entri ni. Bolehlah C&P gambar dan simpan buat kenangan. Insyaallah, ada rezeki nanti kita jumpa lagi. Kalau datang KL, jangan lupa singgah rumah kami pulak ya.


Dari Kulai, kami bergerak ke Desaru, pantai yang kami tak pernah jejak. Jauh juga perjalanan dari sana. Kami tiba kira-kira 4.30 petang. Kebetulan masa tu baru je habis GP Joran. Kawasan dah lengang, kedai makan pun dah tutup. Selepas bergambar kejap, kami terus bertolak balik ke JB.


Atuk dan cucu bergaya di Desaru

Hari Isnin tengahari kami 'check-out'. Pergi ke Danga Bay sekali lagi. Makan tengahari pula di Restoran Jom Singgah berdepan dengan Danga Bay. Pukul 3.40 petang bertolak ke KL. Teringin nak singgah ke bandar Muar, tapi tak sempat. Lain kali, Insyaallah.


Bakul Deeja dalam kereta. Antara tempat duduk pemandu dan penumpang.


Photo of the trip - Sysshhh.. jangan kacau.. drebar kecapekan. Mulanya nak baca sakkaba je, tau tau dengar bunyi dengkuran terhebat di dunia. Sakkaba ke mana... spek mata ke mana. Esoknya, menggelabah tanya orang.. mana spek mata dia. Rupanya, mak mentua dah simpankan. Abang, thanks for the trip.. memang seronok sangat dapat bercuti satu famili dengan emak dan abah sekali. Moga abang dimurahkan rezeki dan sihat untuk bekerja dan bercuti lagi. He he



6 comments:

norliza_osman said...

bestnya che mid jalan-jalan.. Hi liza ni bila lah nak berjalan-jalan makan angin.. Iman pun dah pandai buat perangai.. Tapi deeja ok je mood die.. hehe

roszana said...

Bermakna betul jalan2 kali ni kan, makan angin sambil jejak kasih....

Che Mid said...

Salam Liza, akak teringin sangat nak temukan deeja2 kita ni. Kalau akak turun penang boleh tak kita jumpa? Kalau ok, tolong smskan no tel di 013-3672459. Harap tak keberatan ya!

Che Mid said...

Ana, ambik kesempatan sebab emak dan abah ikut sekali. Kalau kita je yang pergi, takdenya nak cari sedara.. tu pun, tak taulah bila boleh jumpa lagi..

Nora Asfa said...

Salam Sis.

Seronoknya gi Johor. Dah lama Akak tak balik Johor ni.. (kampung sebelah suami). Tetiba terbit lak rasa rindu kat sedaramara kat sana bila tenguk foto-foto ni..
Geramnya tenguk Deeja.. makin comel. Kissess & Hugs..

Che Mid said...

Takpelah kak Raha, sekarang ni masa kak Raha dgn abah akak dulu, bila dah lapang nanti barulah fikir nak balik Johor pulakkan..