Ads

Thursday, October 21, 2010

Cerita Raya Lagi 4

Tak habis lagi cerita raya? Maaf la ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Bukan apa, Che Mid ni bukan nak menunjuk-nunjuk, cumanya sekiranya satu hari nanti nak membelek gambo-gambo raya ni, tak payah susah-susah nak buka fail gambo... bukak ajelah blog ni ha.. Lagipun, sesapa yang ada gambonya nanti, bolehlah tumpang mengopi dan mengepesnya.. kalau sudi. Che Mid janji, ni las punya gambo raya.. lepas ni takde lagi.. tunggu raya haji pulak he he..

Wokay,  ini Che Mid nak mengkabokan tentang jamuan raya di rumah Che Mid pulak pada 3 Oktober 2010 bersamaan hari Sabtu. Khas untuk kawan-kawan sekerja Che Abang, sedara mara terdekat, jiran-jiran dan kawan-kawan anak-anak bersempena raya dan juga sempena perpindahan kami nanti, Insyaallah. Pindah ke mana? Hiss..itu kita cerita lain kali..

Jadual Che Mid memang ketat sungguh, mana taknya... hari Jumaat malam Sabtu baru balik autstesen (sevey rumah baru..), Sabtu malam Minggu tu rumah terbuka taman (balik pukul 12 tengah malam) esoknya tu pulak jamuan raya rumah sendiri. Apapun, kerana kecekapan diri sendiri yang serba boleh ni.. (isshh perasan tak cukup bakul..) maka inilah hasilnya..

 Katering? Oh tidak tidak...  ada yang Che Mid tempah dan ada yang di masak sendiri. Che Mid juga dapatkan khidmat bibik dari pagi sampai petang untuk back up dari dapur ke depan. Dua unit khemah besar dan 1 unit khemah comel kami sediakan, takut-takut hujan macam malam semalam tu.. haru..

 Menu utama yang pertama tentulah lontong dan nasi impit (sebab I kan orang Jowo yu). Lontong tu Che Mid tempah dengan harga RM1.20 sebatang. Nasi impit dan kuah lodeh buat sendiri. Sambal kacang diimpot khas dari kak Edah sebelah rumah.

 Menu utama yang kedua tentulah lemang (sebab Che Abang orang Pahang). Lemang Nandok yang dibeli di tepi jalan dan rendang daging Che Mid buat sendiri. Ramai juga yang puji rendang daging ni walaupun buat sambil menahan tidur. Sampai 3 pagi yu..Rendang paru cili api pedas gila Che Mid tempah dari sahabat baik Rozi namanya yang sanggup buatkan walaupun demam dan sakit perut.

 Menu utama yang keempat ialah rojak buah. Kalau takde ni... tak lengkaplah majlis Che Mid.. apa orang kata 'signature dish'!! Kuahnya Che Mid dah buat beberapa hari awal. Buah-buah tu tinggal potong je.. Ada kek suji istimewa yang Che Mid tempah dari sepupu Che Mid.

 Menu utama ketiga ni ialah ayam panggang dimakan dengan brown sos, coleslaw dan pasta goreng. Ayam panggang tu kami tempah dari Giant je tapi coleslaw dan pasta Che Mid buat sendiri. Ubi rebus sambal buatan mak Che Mid pun ada. Untuk sesi malam pulak Che Mid sediakan rendang ayam dan nasi lemak panas sebagai tambahan. Takdelah terasa baki dari siang..

 Rendang ayam tu Che Mid masakle lambat-lambat sikit, eh kena buat gak sebab Che Mid punya speseliti jugak. Tapi si bibik tu tak sabar, aleh-aleh rendang dah naik atas dapur. Masa tu Che Mid tengah tidurkan Deeja. Akhirnya, jadi rendang bibik.. bukannya rendang Che Mid. Boleh la..

Minuman pulak air oren kordial F&N dan air panas. Tapi Kak Ita belakang rumah sudi seponse air teh bunga satu bekas besar. Sedap bukan main..

Bersiap bagai nak rak ni.. ada ke orang datang. Memang cabaran betul buat bajet untuk open house macam nikan.. sebab tak boleh nak agak berapa ramai yang akan datang.

Che Mid jemput orang datang pukul 2 petang, Che Abang jemput orang datang pukul 12. Tetamu datang pukul 11.. adoiiii!! Kerusi meja tak susun lagi...Che Abang tengah pergi beli air batu..

 Ha! Inilah kumpulan yang merasmikan majlis jamuan kami. Kawan-kawan kerja Che Abang. Che Mid siapkan hidangan lemang dan lontong dulu. Lambat sikit lepas tu, barulah batch hidangan yang lain keluar pulak. Jadi dia oranglah yang beria-ia merasanya.

 Dari kiri - Saiful, Che Abang, Syukri dan Azam duduk bersembang di khemah comel. Anak isteri di khemah luar rumah. Alhamdulillah, pada sebelah siang tetamu datang takdelah ramai dan tak serentak walaupun tak putus, jadi bolehlah kami melayan semesra yang boleh.

 Nyai dan besannya pun ada. Nyai tunggu sampai malam dan tidur kat rumah Che Mid. Walaupun tak makan banyak, tapi dia suka tengok orang datang..

 Ini tetamu paling sporting. Sape nama dia ya.. Fauziah ke Fazilah ke.. sori tak berapa ingat. Dia ni masih sanggup datang ke rumah kami walaupun kat rumah dia pun buat open house jugak!! Tabik spring!


 Ini keluarga Pak Cu Zali dari Subang yang sudi datang bersama isteri dan anak-anak.

 Ini Zuraidah - kawan sekampung tapi beramah mesra di facebook. Pasal facebook dan blog jugalah tetamu ingat nama Deeja, macam dah kenal lama.

Ini pulak Rohani dan suaminya. Dia ni kawan sebilik masa di UITM dulu. Sanggup datang dari KL sebab dah bertahun tak jumpa. Thanks to facebook!

 Keluarga sebelah Che Abang datang dari lepas Zohor lagi. Lepak punya lepak, sampai lepas Maghrib baru balik. Harap semua 'enjoy' makan dan makan walaupun tuan rumah tak berapa nak layan..

 Kalau tetamu sebelah siang kebanyakannya orang jauh, sebelah malam pulak memang Che Mid khaskan untuk jiran dan saudara terdekat. Memang meriah sungguh. Saja je dia orang duduk lama-lama, berborak dan bergurau senda.

 Ini Cik Ali dan Cik Odah, datang berdua je. Cuba kira.. berapa bungkus nasi lemak agaknya meke ni makan? Takpe.. sila.. sila..

 Tak taule berapa lama dia orang melepak kat sini. Adik Nor (kiri) tu datang dua kali. Yang lain tu jiran satu lorong. Yang bertudung pepel tu la yang buatkan nasi lemak dan kuah kacang. Yang tudung hitam tu yang masakkan rendang paru..

Ini Cik Mis dan Cik Suria dari Raub, Pahang. Dah rezeki agaknya, setiap kali Che Mid buat makan-makan.. setiap kali tu la mak sedara kebetulan datang ke Klang. Langkah kanan betulkan..

Tu la dia ghupenya, jamuan raya Che Mid. Alhamdulillah, makanan yang ada sedang elok untuk tetamu. Adalah belen-belen sikit untuk Che Mid jamah esok paginya tu. Ramai lagi yang tak sempat diambik gambar untuk dikenang-kenangkan kat sini. Terima kasih banyak-banyak pada yang hadir, yang tak hadir pun terima kasih gak. Sebab kalau semua datang alamat Che Mid kena 'cover' dengan cekodok pisang je le...

Eh eh.. perasan tak.. Che Mid tak tukar baju dari tengahari sampai malam.. kui kui kui

15 comments:

Ayu Acam said...

I like....
kami x kisah pun x dilayan coz kami tahun layan diri.. btw luv u la kak....

Jejaka Desa said...

Dalam bulan Syawal banyok betul jamuan raye.Badan pun dah berat sekarang ni....

sonata anak kancil said...

bila lihat gambar2 raya macam baru saja habis raya @ masih suasana raya...

indahhouse said...

salam che mid,
ya la kak.. meriah sungguh! rasa macam baru je lepas musim raya :))
tabik spring kat che mid buat open house dalam sibuk camtu. orang kata hati lapang, riang.. penat pun tak terasa, kan? :))

sweetie2010.blogspot said...

Salam Che Mid,

Amboi, banyaknya makanan, dari tempatan, western pun ada.Rajin Che Mid, bukan senang nak melayan tetamu dari tengahari hingga malam. Tapi puashatikan. Dapat jiran-jiran yang baik hati pula boleh tolong2 upah masak sedikit.

Patutnya tuan rumah kene tukar-tukar baju..eh baju raya ari tu bukan ker tempah 8 pasang? hehhe Sweetie gurau.

Che Mid said...

Ayu - macam tu la adik kakak

JD - koi pun ha ha

Sonata - ha ah la.. entah bila nak jemu beraya..?

Indah - tu la, masuk blog orang lain .. dah takde cita raya.. che mid je tak habis2.. jangan jemu ya

sweetie - betul, ada 8 pasang baju sebab kain tahun lepas kena pakai tahun ni sbb mengandungkan..

Lina Rahim said...

salam Kak Mid..award & tag untuk Kak Mid..klik sini ya..

Nora Asfa said...

Salam Che Mid..

Memang sedap hidangan yang di sajikan.. Terima kasih bebanyak.. bila lagilah ia dapat jumpa dan rasa hidangan dari airtangan Che Mid ni..

Seronok dapat sembang ngan Nyai. Alhamdulillah Nyai sehat dan masih kuat daya ingatannya.. Ingat pesan beliau "Selagi sehat gunakan tenaga yang di anugerahi Allah untuk bekerja supaya badan sentiasa sehat dan tak nak menyusahkan orang lain".. SubhanAllah!

Kita yang baru nak masuk separuh abad ni pun kerap lupa-lupa.

Teratak Amir Amira -{@ said...

bestnya jawa stail lontong tu buat kecur perut je...

Roszana said...

Dah lama tunggu ko update cete OH ko....baru kuar, x larat g byk sgt undangan, x terkilan coz dah g rumah ko n sian lak ko kena saji backup menu.....cekodok....:)

Che Mid said...

Nora asfa, ya ke Nyai cakap macam tu. Che Mid sedih sangat nak tinggalkan dia jauh-jauh. Harap2 dia sentiasa sihat dan panjang umur.

Amir Amira, selamat datang ke teratak che mid. Hai, tak dapat makan tapi dapat tengok orang makan pun jadilah kan. Neks taim kita jemput awak pulak ya

Lina, ok sat lagi kita pi ambik na

Che Mid said...

Ana, aku pun tak harap sgt ko dtg, sebab dah datang sendirian berhad. Cuma Fazli je tertanya2 nape ko takde..eh eh cekodok pun oka ape aku buat kopi panas kaw2 punya!!

azean said...

salam....mmg meriah open house che mid....makanan pun best2...
anyway sy cuma nak tanya pasal nak buat kuah rojak tu kan...che mid kata kan guna belacan cap kereta lembukan...tapi saya cari tak jumpa pun..mana nak cari belacan cap kereta lembu...?yang sebenarnya sy ni dulu pelanggan rojak che mid masa kat pasar malam dato bandar..mmg sedap...tak sangk a pulak bleh jumpa kt blog pulak.....

Che Mid said...

Azean - terima kasih daun keladi sudi jenguk blog ni. Belacan tu yang bentuk bulat, ada kt kedai.. tapi tak kisah janji cari yang belacan bulat senang nak sukat.. masuk je sekeping tu. Selamat mencuba.. dan jgn lupa jumpa di blog selalu!

Nida said...

Salam Kak Mida..

salam perkenalan dari Nida tuan punya blog Lens of Life (http://ucualong.blogspot.com/).. terima kasih kerana sudi jenguk blog Nida..

Ada masa nak jemput Kak Mid ke blog peribadi Nida Di Bumi Albany

http://radinsah.blogspot.com/

p/s: suka lihat keceriaan gambar-gambar di sini :)