Ads

Monday, April 19, 2010

Ayam Panggang Tak Jadi

Tensen!! Tensen!!

Che Mid dan Che Abang ingat nak buat ayam panggang yang kick hari Sabtu lepas bila tengok ayam muda kat kedai tu. Balik rumah, Che Mid pun perap ayam golek siap-siap sebelum Che Abang mengambil alih tugas memanggangnya.


Sikit punya seksi si ayam muda ni... tapi itu perap ada sikit cair la... takpa..takpa.. itu boleh kautim punya.


Che Abang tanya bila boleh makan? Ha.. nak makan.. oven pun tak panaskan lagi, dah kebuloq nak makan pulak! Ini mesti geram tengok ayam muda ni..

Maka dia pun bergegas memanaskan oven. Tiba-tiba letrik terpadam.. ha trip pulak.. ini mesti oven ni punya pasal. Che Abang pun cuba ke power point lain... emmm.. tak boleh juga.




Tu.. tengah tensen la tu... perut dah lapar ni. (Kang aku telan jugak oven ni kang..)



Takde jalan lain, Che Mid kata kita 'deep fry' jelah. Che Mid cek minyak untuk mengdip frai.. alamak tinggal sikit la pulak. Al maklum, bajet cukup-cukup seminggu je sampai akhir bulan.. dah tu goreng jadi 'half deep fry'.. itu pun  Che Mid kena potong dua, dah tak seksi dah hai... tambah tensen!!

Disebabkan perapan terlalu cair,  Che Mid terpaksa lumur tepung beras supaya melekat pada ayam tu, kalau tak alamatnya rempah tu tertinggal dalam minyak je la...


Inilah rupa ayam setengah golek, sori gambar tak jelas.. dah tensen sangat!!



Dah pun dipotong oleh Che Abang. Tak konfiden ayam masak ke tidak masa dip frai tu... las las tergelap.. aduh duh duh!!  Apa pun, rasanya tetap ok jugak ( tak nak kalah..)


Di temani oleh sup cendawan Kimball


Paling menggiurkan salad buah-buahan - campuran epal hijau, oren sankis, timun, tomato dan daun salad yang digaul dengan mayo dan seribu pulau.



Sos stok chicken gravy pun tidak ketinggalan dan kentang goreng



Jemput makan!! Rasany.. no komplen dari anak-anak maknanya ok lah tu. Ala.. makan apa-apa pun kalau dah kebuloq tu sedap je.

Akhir sekali, sape-sape nak resepi ayam panggang boleh skrol ke  bawah dan tengok entri  'Ayam Panggang Fazli Rogers'. Che Mid tak nak tampal kat sini.. tensen! tensen!


Friday, April 16, 2010

Karnival Naza

Ahad lepas Che Mid dan famili telah menjenguk ke Karnival Naza di Stadium Shah Alam yang berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad. Disebabkan cuaca amat panas, kami cuma bertahan selama setengah jam saja, kesian kat Deeja..


Boleh tahan juga yang datang memeriahkan karnival ni. Sebenarnya Naza Kia buat promosi dan jualan kereta Naza. Selain dari itu, diadakan juga pemeriksaan kereta percuma, jualan aksesori dan alat ganti.


Che Abang sedang menyibuk-nyibuk sambil melihat kereta kami diperiksa



Suasana panas membara di gerai aksesori


Kereta baru di pasaran - Naza Forte


Naza Picanto comel je


Newly launched - Sportage Facelift - cantik oo!!


Janda berhias - Naza Rondo - adik kepada Citra dan Caren



Jom tes draif .. boleh pandu balik kampung terus.. he he

Kereta terpakai Naza Ria pun banyak terjual pada masa tu. Tapi Che Mid tak sanggup nak ambik gambar deretan kereta tu, sebab tempatnya di luar kawasan utama ni. Cuaca panas sangat!!



Si unta raksasa ni sentiasa redi untuk membiayai pembelian kereta-kereta Naza. Tapi Mamat berbaju merah dan berceloreng di muka tu saja je menebeng kat depan unta... perasan Che Mid nak ambik gambarla tu.



Ni seorang lagi Mamat perasan, tapi sayang kita tak kenal dia. Entah-entah jiran sebelah..


Macam-macam acara hiburan turut diadakan - karaoke, mewarna muka, permainan video dan persembahan artis. Sistem bunyi yang kuat menyebabkan Deeja terkejut dan menangis sekuatnya dari dalam kereta tolaknya. Fes taim dengar bunyi sekuat itu ya Deeja!


Faris dan anak-anak lain berkumpul di gerai permainan video

Disebabkan cuaca panas, kami cepat ronda-ronda dan bergegas ke tempat lain. Abahnya yang beria nak balik cepat sebab kesian tengok Deeja berpeluh-peluh kepanasan. Tapi dalam  kereta, Deeja ada tempat duduk sendiri. Ha.. cuba tengok!


Tempat duduk VVIP


Inilah tempat duduk Deeja, dah ambik tempat abang Ayan. Belakang tempat pemandu, sebelah kakak Farah. Kejap lagi lenalah budak kecik ni!!

Daging Goreng versi Che Mid

Masakan daging goreng ni antara kegemaran Che Mid sekeluarga. Cara memasaknya senang je.. Daging tu potong ikut suka, kalau boleh beli yang jenis cepat empuk ya. Nak elakkan daging goreng jadi getah goreng he he..Mana-mana jalan (Anyway)... kalau takut tak terkunyah, rebus daging sehingga separuh empuk pun ok gak.

Bila dah potong ikut suka hati.. campurkan daging dengan garam, kunyit dan sos lada hitam. Perap sekejap kira-kira 15 minit. Lepas tu goreng hingga agak garing. Toskan.

Tumiskan bawang besar yang dipotong bulat, cili hijau yang dipotong besar-besar, serai pun potong kasar-kasar. Tumiskan semua bahan tadi dan masukkan sedikit sos tiram. Akhir sekali, masukkan daging dan kacau hingga sebati. Ingat! kalau dah cukup masin ketika memerap daging tadi, JANGAN bubuh garam lagi!! Akhir sekali kalau ada daun bawang, potong panjang-panjang dan bubuh sebelum matikan api, kasi wangi sikit.




Pengalaman Che Mid la kan, daging goreng ni sesuai untuk orang 'bergigi' sahaja, sape pakai gigi pelesu Che Mid tak tanggung jika berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini!! Mak mertua Che Mid cukup tak berkenan dengan masakan ni.. sori mak!

Tuesday, April 13, 2010

Selamat Ulangtahun 2010

Hari jadi Che Abang 26/3, hari jadi Farah 6/4, hari jadi Faris 9/4. Che Mid kombainkan bedday pada 6/4 untuk majlis makan-makan sikit. Inipun kira main cekup je, tak plan betul-betul. Buat pada hari sekolah je.

Farah jemput kawan-kawan rapatnya selepas Asar sebab dia sekolah pagi. Faris pulak ajak besfrennya datang lepas maghrib sebab dia bersekolah petang. Ala.. adalah 5-6 orang datang... tapi Che Mid kena beli 2 kek berasingan la


Selamat ulang tahun yang ke 15 Farah, selamat ulang tahun yang ke tuuuuuuut.. abang


Mak nenek sibuk menolong potong kek. Faris dan sekecik Mimi tu sama tarikh lahir.. 9/4



Abang Faris suap coklat pada Mimi yang memang terkenal kuat makan. Bagusnya dia ni, dah laju berjalan sebelum setahun lagi..



Huda pun join selebret lepas balik sekolah petang.



Hmm..inilah yang Che Mid sempat sediakan dibantu oleh Deeja  he he..Nasi impit berkuah kacang campur daging, kuah lodeh, mihun goreng, bubur kacang dan rojak buah. Ada yang bertanya macamana Che Mid boleh masak dengan adanya Deeja.. sempat ke? Jawapannya ialah... 'planning and timing'. Insya Allah boleh siap.


Sedapnya kuah lontong!! Campuran tempe, tauhu, cendawan tin, kacang panjang, lobak dan kobis

Bubur Merah

Bubur merah ialah sejenis makanan yang akan dihidangkan di dalam majlis 'Bancaan' atau kesyukuran mengikut adat Jawa. Masa Che Mid kecik-kecik dulu, selalu sangatlah makan bubur ni yang dibuat sendiri atau dihantar oleh jiran tetangga atau sedara mara. Biasanya tak perlu mengadakan majlis besar-besaran, cukup dengan menyediakan bubur ini ketika hari lahir, lulus peperiksaan, memasuki rumah baru, pulih dari sakit atau tercapai apa-apa niat atau hajat yang diingini.


Baru-baru ini, Che Mid dah buat bubur merah sempena selamat melahirkan Deeja dan habis berpantang. Kebetulan tiba giliran moreh di surau jadi Che Mid hantar ke surau saja lah.

Bubur merah ni diperbuat dari beras biasa atau beras pulut yang dimasak seperti bubur nasi cuma ditambah santan sedikit garam. Kemudian ambil sedikit  dan asingkan. Baki yang tinggal dalam periuk tu, ditambah dengan gula merah dan gula putih serta daun pandan. Warna bubur tu jadi kecoklatan. Emm.. patutnya dipanggil bubur coklatla kan.. ini bubur merah pulak!


Untuk menghidang, isikan bubur yang berwarna coklat ke dalam mangkuk, kemudian bubuh 2 sudu bubur yang berwarna putih ditengah-tengah. Bubur ni kena bubuh dalam mangkuk cepat-cepat sebelum ia sejuk dan agak mengeras.

Cara memakannya - sudukan bahagian yang coklat dan ambil sedikit bahagian putih. Rasanya lemak manis dan campur tawar sedikit dibahagian putih. Anak-anak Che Mid suka makan, terutama Ayan dan Farah. Che Abang tak berapa minat bab bubur bubur nasik..

Che Mid percaya, ada signifikan disebalik warna dan rasa bubur ini sehingga menjadi hidangan istimewa majlis tertentu sahaja. Tapi Che Mid tak tau la.. rugi rasanya kalau tak tau serba sedikit tentang adat sendiri.

Thursday, April 8, 2010

Lamb Chop Tesco

Pada suatu hari, Che Mid dan Che Abang berjalan-jalan sambil membeli barang dapur sikit di Tesco. Tiba-tiba ternampak si daging kambing dah siap potong. Kami tak pernah beli seumur hidup ini. Tapi hari tu, kami beli dan si kambing menjadi hidangan tengahari kami yang lazat.

Che Mid beli tiga keping marinated lamb. Regenya cuma RM10 lebih. Kalau makan di kedai RM10 sepinggan dah sah sah tak dapat punya. I tell you!! Balik rumah terus bakar dalam oven selama 20 min. Resepi? Ha ha... tanya Tesco..



Ayam goreng ayamas untuk mereka mereka yang tak berapa suka lamb chop.


Kentang goreng dan wedges goreng - memang dah ada kat peti sejuk. Goreng je..


Pas tu, susun macam ni.. tambah sos mayo dan seribu pulau..Timun dan tomato jadi salad. Rasa lamb chop tu sedaplah.. lain kali boleh beli lagi..


Ayam pun susun macam tu juga.



Untuk dizet.. buah jambu batu dan jambu air - Che Abang beli di Tapah (pun memang ada kat rumah)


With my very own kuah rojak of course!!