Ads

Showing posts with label deeja. Show all posts
Showing posts with label deeja. Show all posts

Saturday, June 11, 2011

Nak Mengandung Lagi ke ???

Tiga hari lepas Che Mid dan Che Abang bawa Deeja ke klinik swasta untuk dapatkan suntikan pelalian setahun. Dah lewat 4 bulan. Sepatutnya Deeja kena dapatkan suntikan di Pusat Kesihatan Meru, Klang tapi sejak dah pindah SP ni tertangguh-tangguh atas sebab-sebab yang tak berapa munasabah. Terlanjur abahnya nak jumpa doktor, kami pun folo sekalilah. 

Dari rumah lagi dah diingatkan bawa kad Deeja, Che Mid kata..., " Dah bawak dah... ada dalam henbeg".

Bila dah tercongok dalam bilik doktor, Che Mid pun katalah nak cucuk Deeja yang setahun punya tu.. tak tahulah pulak apa nama cucuk tu.. ( Dah tua-tua jadi mak ni, malas nak mengingat apa jenis cucuk ni.. ). doktor pun tanya mana kad baby..., " Eh ada-ada.., Bang tolong ambik dalam henbeg.." Abahnya pun buka beg, ambil benda alah tu dan terus pas pada Che Mid dan Che Mid pun hen over pada doktor. 

Doktor belek punya belek...," Ini bukan kad baby...

 INI KAD IBU MENGANDUNG!!



Tersengeh-sengeh tak bertempat Che Mid jadinya, " Eh.. bukan inilah... tak bawak... ada kat umah..." Abahnya jeling semacam je... seolah-olah berkata, " Eh.. nak mengandung lagi ke dia ni!!"


Tak pasal-pasal, petang tu Che Mid terpaksa ke klinik semula untuk dapatkan pengesahan suntikan pada buku rekod kesihatan Deeja..








Tuesday, December 14, 2010

Baby Cot Deeja - Terima kasih Makcu Ayu, Rozi & Maimunah

Kali ni nak cerita pasal baby cot Deeja yang Che Mid pinjam dari biras, Ayu. Ayu pun pinjam dari bes frennya, Puan Rodziah, yang kini khabarnya di UUM, Sintok. Cadar baby pulak Puan Maimunah punya, ada 3 helai semuanya yang boleh tukar ganti.

Masa di Klang, Deeja jarang gunakan bebikot ni sebab terletak dalam bilik tidur. Waktu malam pun kadang-kadang je Deeja tidur kat situ sebab susah ibu nak susukan  tengah malam.

Bila kami pindah ke SP, bebikot ni kami bawak sekali. Dari bebikot dah jadi playpan pulak.

 Inilah bebikot Deeja. Acik Rozi masih kenal lagi ke? Acik Maimunah ingat lagi ke cadar tu? Deeja suka sangat main dengan gambar kartun-kartun tweety yang dilekat di bahagian dalam. Deeja kopek sikit-sikit.. sekarang ni kartun tweety tu dah tinggal sikit dah..

 Deeja main-main dan baca buku dalam tu. Kalau ibu nak buat kerja, ibu letak Deeja dalam tu, jadi Deeja tak boleh kacau ibulah.. Sekarang ni kat ruang tamu takde perabut lagi, jadi ibu tolak bebikot tu ke sana ke mari. Deeja suka!!

 Tapi, masa di Klang hari tu, abang Ayan dah rosakkan bebikot tu. Dia kata tak sengaja tertendang masa dia tidur di bilik ibu. Abah terpaksa ikat balik supaya pagar tu tak terbuka.

Deeja kena kurung sebab asek nak kejar ibu je..

Deeja dan ibu nak ucap terima kasih banyak-banyak pada Acik Rozi dan Acik Maimunah kerana bagi pinjam bebikot ni walaupun tak pernah berjumpa dan bertentang mata sebab pinjam pun melalui Mak Cu Ayu.

Acik Rozi, nak tanya ni, nanti bila Deeja dah besar dan tak nak guna lagi bebikot ni, Acik Rozi nak lagi ke bebikot ni? Ambiklah balik...Deeja tak boleh simpan bebikot ni lama-lama, bukan apa, takut ibu ada bebi lain pulak nanti!!! Syyyh.. jangan cakap ibu tau!!