Ads

Saturday, June 11, 2011

Nak Mengandung Lagi ke ???

Tiga hari lepas Che Mid dan Che Abang bawa Deeja ke klinik swasta untuk dapatkan suntikan pelalian setahun. Dah lewat 4 bulan. Sepatutnya Deeja kena dapatkan suntikan di Pusat Kesihatan Meru, Klang tapi sejak dah pindah SP ni tertangguh-tangguh atas sebab-sebab yang tak berapa munasabah. Terlanjur abahnya nak jumpa doktor, kami pun folo sekalilah. 

Dari rumah lagi dah diingatkan bawa kad Deeja, Che Mid kata..., " Dah bawak dah... ada dalam henbeg".

Bila dah tercongok dalam bilik doktor, Che Mid pun katalah nak cucuk Deeja yang setahun punya tu.. tak tahulah pulak apa nama cucuk tu.. ( Dah tua-tua jadi mak ni, malas nak mengingat apa jenis cucuk ni.. ). doktor pun tanya mana kad baby..., " Eh ada-ada.., Bang tolong ambik dalam henbeg.." Abahnya pun buka beg, ambil benda alah tu dan terus pas pada Che Mid dan Che Mid pun hen over pada doktor. 

Doktor belek punya belek...," Ini bukan kad baby...

 INI KAD IBU MENGANDUNG!!



Tersengeh-sengeh tak bertempat Che Mid jadinya, " Eh.. bukan inilah... tak bawak... ada kat umah..." Abahnya jeling semacam je... seolah-olah berkata, " Eh.. nak mengandung lagi ke dia ni!!"


Tak pasal-pasal, petang tu Che Mid terpaksa ke klinik semula untuk dapatkan pengesahan suntikan pada buku rekod kesihatan Deeja..








22 comments:

~izan~ said...

hehehe...ni kira mcm kes asam keping plak ye kak hehe...

comey je ayat tajuk tu hihihi

Adnazthie said...

Assalam Che Mid..

he he he....

Lia said...

hehee.. tarsasul ek..

AzMask said...

Lawak betul che Mid ni.. hehehe

nur said...

AsSalam..
Ha ha.. tergelak baca citer che Mid..
..bila tengok kad pregnant che mid tu, terkenang kad kita pun masih elok tersimpan dalam fail..he he

P/s: tiap kali masuk blog che Mid, lama duk perati gambar deeja kat atas tu..comel banget! :)

NiezaMan said...

Ok la tu Che Mid..

Lina Rahim said...

kalau mengandung lagi pun apa salahnya, dah Tuhan nak bagi rezki..

suri solehah said...

hehe..ok lah tu bawa kad yg ada kaitan ngan baby gak..kalau bawa laporan sek ke lg naya kan hehe..saya senit bab cucul anak ni cukup malas che mid..2 org anak yg atas sampai sekarang tak habis cucuk

Nizam said...

Nok mendapat la tu....

Che Mid said...

Izan - wah t kasih sebab ingat entri tu...aitt! jgn nak perli-perli lak ok..

Che Mid said...

adnaz - he he he ada makna ka!!

Che Mid said...

Lia - ya la tershashul tak bertempat!

Che Mid said...

azmask - ha ha lawak takpe jangan jadi betul-betul dah le..

Che Mid said...

Nur - Assalam, tu yang best ada blog kan.. boleh kongsi cerita kelakar.. kut-kut la ada yang sedang berduka lara.. boleh la senyum seketika..

Che Mid said...

Nur - Deeja tengah bergolek2 atas sofa, tengok tv sambil makan jagung kesukaan dia..

Che Mid said...

Nieza - Oh no no no...

Che Mid said...

Lina - Malam semalam, baru che abang cakap.. deeja tu nakal sangat asek sibuk ajak orang main2 dgn dia.. ni kalau couple yang baru ada anak satu, tentu dah bincang2 nak bagi adik baru... buat kawan... tapi kami ni couple dah karat.. hi hi

Che Mid said...

suri - hishh.. memang leceh la.. tapi kena buat gak sbb bila sekolah nanti cikgu akan minta kad tu dan cek semula..

Che Mid said...

Nizam - oh tidak.. aok le dulu..!

Permata hatiku... said...

Salam Kak,

Hehehe kelakar la akak ni, yelah nak cpt2 je mmg gitu kan dah tesalah amek kad....

Kalau ada rezki apa salahnya....
gurau jer...

sayangsayangibu said...

kalau ada rezeki apa salahnya kan kak(,")

norliza_osman said...

Salam, Akak nih!! hahah.. kan dah kena jeling..hehehe..