Ads

Tuesday, June 14, 2011

Lepak-lepak di Dataran Shah Alam

Bila balik Klang, tak sah rasanya kalau tak berjumpa adik beradik. Seboleh-bolehnya cari masa walaupun sekejap untuk berkumpul bertanya khabar dan melepas rindu. 

Pertemuan dengan adik-adik Che Abang diadakan di padang sebelah Dataran Shah Alam, pada jam 9.00 malam, cuti sekolah lalu. Keadaan padang agak gelap, hanya bergantung kepada lampu jalan dan lampu limpah, jadi gambar-gambar yang diambil tak berapa menjadi...



Mak dan abah mertua yang sedang bercuti di Shah Alam bergambar dengan anak cucu. Perasan tak di jalan besar, kereta lalu lalang.. meriah sungguh di dataran Shah Alam. Perhatikan juga baby Deeja yang lena didakapan abah, tertidur dalam perjalanan tadi.


Pengunjung datang samada saja bersiar-siar, beriadah di padang atau berpiknik tengah malam macam kami.




Hidangan 'supper' kami malam tu ialah nasi lemak, roti goreng, mi hun, apam gula hangus dll. 


 Roti goreng dari rumah Mak Lang tapi tak tau sape yang menggorengnya....Wan kut...


 Nasi lemak special Che Mid tempah dari Kak Edah sebelah rumah Meru.. fes klass!!


Buah kiwi kesukaan Wan. Lepas Wan jamah sikit, dia pun bergegas ke tengah padang menyuap buah kiwi pada setiap cucu dan anak-anak..

 Che Mid dan anak-anak.. eh eh.. anak sape kat belakang Che Mid tu... tu lah anak buah paling nakal.. si Aidil aka Ijat Cromwell


Si kecik Deeja sedang dikejut oleh Pak Lang

 Suasana waktu malam di padang. Kami 'jajah' sebelah tengah padang. Ada yang main badminton dan ada yang main bola.

Deeja sedang 'warm up'... jalan-jalan ke tengah padang ditemani kak Ain dan Azyan. Rupanya sekumpulan anak-anak muda yang sedang bergambar (sebelah kiri) menarik perhatian Deeja.

 Deeja berjalan sorang-sorang hampir 200 meter menuju mereka yang sedang leka berposing


 Deeja ' hilang ' dikerumuni kakak-kakak untuk bergambar. 

Entah apa agaknya diborak dengan akak-akak tu.. Deeja menoleh pada kami yang memerhati saja dari jauh.. 


Photo of the nite - Deeja n kazens

Sembang-main, lepak-lepak dan makan-makan... tak sedar jam dah satu pagi. Beredar dari Shah Alam jam 1.30 pagi. Jumpa lagi!!

47 comments:

~izan~ said...

meriah yer kat situ..izan dua tahun bljr sana tak pernah g pun situ..hehe..

kalau ramai2 mesti best..

AzMask said...

seronok & meriahnya Che Mid bertemu adik beradik.

Aanas said...

salam kenal chemid..
bestnya nengok aktiviti keluarga.. first time nengok piknik tengah malam tengah padang cam nih... rasa lapang kepala otak kan..

Che Mid said...

izan - Bila nak berkumpul ada je idea cari tempat... dulu siang-siang kami piknik di tepi tasik shah alam, tepi masjid.. pot luck juga..keluarga sebelah suami rajin berkumpul macam tu..

Che Mid said...

azmask - apa kata satu hari nanti kita pun buat macam tu nak..

Che Mid said...

Salam Aanas, memang best.. tak payah cari tempat teduh atau berkhemah.. betul-betul piknik di bawah rembulan.. he he

mama maman said...

besh gak kan berkumpul ramai2... hhhuuu... adik kita susah nak jumpa.. aduhai..

hani@debumelukut said...

meriah nya kumpul ramai2 gitu..

Kamsiah said...

salam
wahhhh meraihnya...kat tempat mcm tu,anak2 bebas berlari...udara pulak sega...best2...yg paling best roti grg tu hehe

kasihredha said...

salam kenal...
kunjungan balas
semoga ukhwah terjalin :)

mama ju, said...

Aslkm CM

Wah seronoknya tetengah mlm.Oh tak sangka kat dataran tu mlm2 mcm tu.
Pemandangan kat situ cantikkan...

NiezaMan said...

Amboi Che Mid..
meriahnya..mesti best kan
mlm2 tak panas kan

Ila said...

bestnyer gi jejalan..dah lama tak gi shah alam...rindunya...

ASE1 said...

amboi mid , sonoknya ... aku pun dah bertahun tak duk lepak2 cam tu ...

Kakzakie said...

Paling seronok kalau dapat kumpulkan semua keluarga ramai-ramai.

secangkir madu merah said...

wah meriahnya...seronok dpt berkumpul ramai ramai cam ni..

Che Mid said...

Mamamaman - Nape.. adik duduk jauh-jauhke..

Che Mid said...

hani - ini 2nd time dah... mula-mula tu che mid tak ikut.. ada hal

Che Mid said...

Kamsiah - a ah, tak payah nak jaga sangat budak-budak tu.. roti goreng tu tak habis pun... leka berborak dan main..

Che Mid said...

kasihredha - Insyaallah

Che Mid said...

Mamaju - Waalaikumsalam, ya.. cantik dan tenang sekali

Che Mid said...

Niezaman - Ramai famili yang bawa anak kecik main bola dan kereta control..

Che Mid said...

Ila - Salah seorang adik ipar tinggal di Shah Alam, jadi selalu jugalah kesana..

Che Mid said...

ASE1 - Ingat tak kita ke tasik dulu.. bergambar dengan gang sekolah!! Hai, tempat jatuh lagi dikenang..

Che Mid said...

Kakzakie - Betul, kalau ada yang tak dapat hadir, rasa macam kekurangan sangat kan..

Che Mid said...

secangkir madu - Biasanya kami akan cari tempat berkumpul macam ni, jadi taklah menyusahkan tuan rumah sangat.. celebrate birthday atau apa je.. bawa makanan atau permainan sendiri.. memang seronok.

Rahayu aka Mak Chu said...

waaaaa...sgt best...sgt sonok... akak, roti goreng tu, kak ain yg goreng .. itu kan salah 1 produk jualan hariannya... rasa nak pasang khemah, bermalam di situ jer..

ajumohit said...

amboi bestnya kak..meriah anak beranak..

Che Mid said...

Ayu.. tau takpe.. keluarga sebelah akak pun berkumpul juga esoknya tapi gambar tak berapa bercerita, jadi tak buat posting la..

Che Mid said...

Ajumohit - itu 3 famili dan emak dan abah mertua dan 2 kawan

Acik said...

Buah kiwi tu memang d best! Seronoknya sekali sekala dapat berkumpul begini.

Teratak Amir Amira -{@ said...

saya duduk kat shah alam tahun tak pernah pulak melepak kat dataran shah alam, rasa rugi pulak bila tengok macam cantik je tempat tu..

indahhouse said...

Salam che mid,
Meriah rasanya bila lihat gambar.
berani betul deeja jalan sesorang kan? hehe. dia nak tegur kakak2 tu kot. hehe...

azlina said...

seronoknya dapat kumpul2 di kedinginan mlm camtu...gmbr ok clear sgt dah kalau camera saya tak jelas le gambarnya

ainnoraini said...

meriahnye...

Che Mid said...

Acik - Mak mertua yang ajar che mid makan buah kiwi tu.. sekarang jadi feveret,...

Che Mid said...

Teratak amir amira - Biasanya begitulah.. yang dekat tak terpergi.. yang jauh boleh sampai..

Che Mid said...

Indah - Deeja tu lain sikit perangainya.. tak tau takut dgn orang.. lagi pulak dah diajar berposing dek abang ayan.. ha pantang nampak orang pegang kamera dia pun perasan la..

Che Mid said...

azlina - gambaar boleh tahan clear guna canon digital yang khas guna untuk malam. Kamera lama che mid pun tak elok juga.. merah2 bijik mata bila snap malam..

Che Mid said...

Aini - Syoklah.. kalau boleh nak buat selalu..

sayangsayangibu said...

memang seronok bawak anak2 dan keluarga berhujung minggu dkt situ, masa sya duk s.alam dulu rajinlah bersantai2 gitu.

sya tengok gambar pun dah tahu dan rasa seronoknya.

suri solehah said...

seronok tengok famili cik mid...senang je dpt berkumpul ramai2..kalau famili sya kena rancang setahun dulu huhu

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Che Mid,

Wah meriahnya yer. Akak selalunya di dataran ini lalu jer. Selalu juga nampak keluarga yang duduk beristirehat di situ.

Seronok berkumpul ramai2.

yott said...

tingqal di s alam tp x prnh lg gi picnic kat situ...slalunya lepak jer lepas hbs jogg

azieazah said...

Wahhhbest nya CHE MID. Bleh lepak2 camtuh kat padang. Siap berkelah bawa makanan lagi.

Saya pernah lalulalang jer kat Dataran Shah Alam tu. Makan pun kat kedai.


“Bogel Menuju TUHAN” by Zahiril Adzim...

Myfrin's story said...

Salam, che mid. Wah, seronoknya berkelah waktu malam. Walaupun dah malam, masih nampak terang. Terasa keseronokkannya......:D

Aisyah Alias said...

Che mid , tasik shah alam kat sek berapa ye ?