Ads

Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Saturday, July 16, 2011

"Aku Dah Tak Mahu Hidup Lagi"


Nyaiku sayang

Matamu memandang, tapi sudah tiada sinar
Telingamu mendengar tapi apakah kau masih mahu mendengar
Mulutmu bungkam, tentu kau sudah malas berbicara
Jadi, apa lagi yang kau tunggu....

Gambar atas ni di ambil hujung minggu lepas.
Nyai tak cakap banyak, bila aku salam dia kata, " Nyai demamlah..." Perlahan dan lemah je suaranya.
Diajak makan tak mahu, diajak minum menggeleng.
Asyik diam tanpa kata...

Aku tak sempat (takde masa) berbual dan bertanya khabar kerana sibuk melayan orang lain yang lebih banyak bertanya itu ini, dari masa aku tiba hingga ke tengah malam
Esok paginya, Nyai cuma minta aku tambah air kosong dalam minumannya. Dia kata, " Manis sangat..."
Itulah kata-kata akhir yang aku dengar (tanpa aku melihat wajahnya)
Aku bertolak pulang ke SP tanpa melihat wajahnya kerana Nyai telah di hantar ke rumah makcik

Semalam Nyaiku nazak, semua adik beradikku berada di sisi, kecuali aku
Sebenarnya Nyai sudah beberapa kali tenat, dihantar ke doktor, disuruh bawa balik (takde harapan) kerana usia Nyai dah menjangkau 100

Nyai,
Pada saat ini aku ingin sekali berada di sisimu, membelai dan betul-betul menatap wajah tua mu
Aku tau, Nyai hanya menunggu hari untuk pergi. " Atok dah datang suruh Nyai ikut, tapi tangan tak dapat capai.."

Ya Allah, 
Kau kasihanilah Nyaiku. Ampunilah segala dosa-dosanya. Permudahkanlah segala urusannya,
 Ya Allah,
 Permudahkanlah sisa-sisa hidupnya dan permudahkanlah pemergiankannya kembali kepadaMu.

Aku tak tahu doa ini wajar atau kurang ajar, tapi aku kesian dan sedih sangat menatap gambar di atas, seolah-olah mengatakan, " Aku dah tak mahu hidup lagi.."

Friday, June 24, 2011

Air Dicincang Takkan Putus

Entri ini dibuat susulan dari komen pembaca setia, Indah, dari entri sebelum ini tentang hubungan baik Che Mid dengan ipar duai. Che Mid dedikasikan entri ini untuk ipar-ipar dan biras sebelah suami yang juga penyokong setia blog ini. Blog ini dah jadi macam buletin keluarga kerana mereka sentiasa ternanti-nanti cerita terbaru tentang famili kami. So, sis and bro no hard feelings ok..yang baik jadi sempadan, yang buruk jadi tauladan.. follow je..

Sebelum kita berceloteh lebih lanjut, meh Che Mid kenalkan siapa tulang belakang keluarga Husain (ambik sempena nama Pak Mertua). 

Suami Che Mid merupakan anak ke dua dari 6 beradik. Tetapi si abang dah meninggal dunia ketika kecik. Jadi Che Mid pun jadi kakak ipar yang tualah dalam keluarga Husain ni. Perangai Che Mid memang banyak tak eloklah.. mulut bising, suara kuat, suka cadangkan itu ini.. pendek kata kalau Che Mid ada.. memang kecoh jugalah suasana tu..

  Alang Fadilah (gambar) muda setahun dari suami Che Mid, tapi lebih tua 4 tahun dari Che Mid.  Dia ni anak perempuan tunggal yang juga merupakan 'mastermind' dalam hal-hal keluarga Husain. Apa-apa hal atau plan untuk mak abah atau famili, biasanya Alang jadi tempat rujukan. Dia ni paling tak berkira soal duit atau masa, urusan emak abah akan didulukan.  Anak-anak buah pun mesra dan manja dengan Mak Lang dan suka sangat bermalam di rumahnya yang terletak di Shah Alam.

 Ini ialah Cikgu Norazila, biras, iaitu isteri kepada Ateh anak ke empat. Juga lagi tua dari Che Mid (setahun je). Dia seorang yang sangat-sangat 'cool' dan tak kisah apa benda pun. Orang usik-usik dia gelak, orang kutuk dia relak je.. selalu jadi pengikut setia. Orang Pahang sejati tapi sekarang tinggal di Raub.

Ini birasku yang bongsu, Rahayu, isteri kepada Acam. Dia ni seorang yang tegas pada prinsip dan tak peduli apa orang akan kata. Kalau  dia rasa ada yang tak kena, Ayu akan tegur atau komplen, tak kira mak atau anak buah...  kalau dia rasa baik dia tak kisah. Asal dari Johor tapi tinggal di KL. Tabek spring dengan Ayu & Acam, tak kisah berjumpa di mana atau short notice, sanggup angkut 4 orang anak lepas kerja keluar KL sebab nak jumpa kami. Takde alasan penat atau nape tak bagi tau awal ...

Eh, ada seorang lagi biras Che Mid, Siti nama dia, isteri kepada Lubis atau Acit. Tapi famili ni jarang sangat bersama kami sebab mereka ada masalah tersendiri. Dalam setahun, 2-3 kali je dapat jumpa. Kalau kami nak dengar khabar, mak mertua yang akan beritahu. Bukanlah putus hubungan, tapi 'low profile' sangat...

Ni, awat tepek gambaq pompuan.. hat jantan takdak pun.. Meh cheq habaq mai.. suami-suami kami ni jenis 'Pak turut' jadi dalam hal keluarga Husain, depa dok ikuut ja cakap bini. Bini kata pi utagha depa kata baguih.. bini kata pi selatan depa kata no problem..Ni yang kami dok sayaaang sangat kat depa nih..Mana nak caghi laki lagu nih tak tau! ( Ceh.. Jawa Klang cakap utara..)

Memang pun, bab 'calling calling' samada bertanya khabar atau pun mengatur aktiviti adalah tugasan isteri-isteri. Suami cuma kata ok atau tak ok je.. tapi kebanyakannya ok sangat.. Suami Che Mid lagi la.. dia pulak yang suruh kita tepon mak dia..

Sekarang, nak tunjuk program kami pada 2011 setakat ini. Walaupun, emak abah tinggal di Kuala Lipis, Alang di Shah Alam, Ayu di K Lumpur, La di Raub dan Che Mid di SP, Kedah, kami dah 4 kali bertemu begini.. tak termasuk pertemuan 'unofficial' seperti di rumah masing-masing atau di kedai tomyam dsb.

 Cuti Raya Cina - 3-5 Februari di Pulau Chekas, Raub. Idea asal oleh Ayu yang cuba cari tempat di PD tapi dah penuh. Kemudian usaha diteruskan oleh Alang yang menempah chalet ini. Emak abah mertua pun ada sekali.

 Pada 25 April 2011, di Jeram Ikan Bakar, Kuala Selangor sempena harijadi suami yang ke 50. Idea asal dari Che Mid yang kebetulan balik Klang. Teringin nak belanja tapi akhirnya jadi kongi-kongsi 4 famili! Plan cuma 3 hari sebelum bertemu.

 Pada 1 Jun 2011, bertempat di Dataran Shah Alam, cuti penggal, tapi hari bekerja. ( Famili Ateh tak join..)

Terbaru, juga di Dataran pada 17 Jun 2011, sempena Hari Bapa! (Famili Ayu pulak tak join sebab anak dan Acam demam... lepas tu menyesal tak sudah bila tengok entri dalam blog ni..)

Kalau ada yang nak tau apa tips kami boleh semesra ini.. agaknya benda-benda ni kut..

Peraturan sejak mula kawin, sambut raya bergilir di rumah mertua dan keluarga sendiri. WAJIB, tak boleh sekali-kali mengelat! Contoh - Tahun lepas, semua anak Husain beraya Aidil fitri dengan mertua, tahun 2011 ini semua anak Husain beraya di Kuala Lipis. Raya Haji nanti semua anak balik rumah mertua. Begitulah... without fail! (Tapi Che Mid ada mengelat sekali kut.. masa raya Haji... sebab tak dapat dielakkan.. sori mak..)

Rumah mertua pulak bukan bungalaw tau... flat dua bilik je. Bayangkan berpuluh anak cucu berkumpul. Dulu baby-baby sampai sekarang bujang dara. (Setakat hari ini ada 33 orang, termasuk mak dan abah) Agaknya, kami dah dididik berkumpul begitu.. asal dengar nak jumpa je masing-masing seronok!

Dulu lagi dasyat.. masa kami baru kawin dulu dan tinggal di Shah Alam/Klang/KL, selalu sambut harijadi sama-sama, hampir setiap bulan kami pot luck samada di rumah atau di tasik sekitar Shah Alam atau KL. Siap bertukar-tukar hadiah lagi. Tapi lama kelamaan, anak sendiri bertambah ramai, anak buah semakin tak terkira.. tak larat nak berbeday-beday..dah lost track tarikh hari jadi.. ha ha..

Pernah kawan sepejabat Che Mid (bukan Melayu) hairan tengok keakraban kami. Dia pulak mengingatkan, " Mid, bulan ni you tak buat gathering ke dengan family husband you?"

Ada juga yang nak tau, ada tak kami gado-gado, ipar biras ni... Eh ada.. mestilah ada.. kita bukan malaikat. Terutama Che Mid ni, dah perangai tak reti diam.. diam perkataan atau diam perbuatan..cakap ceplas ceplos..dengan mak mertua sendiri pun komplen (terbalikkan.. apa punya menantu ni? ) tapi las-las Che Mid sendiri yang nangis mintak maaf hu hu. Suami Che Mid pulak jenis tak banyak cakap.. tapi sekali bersuara huuh.. pedas. Tu sebab mak mertua lebih suka bercerita dengan Che Mid dari anak lelaki dia tu. Siap pesan lagi, " Jangan bagi tau abang tau, marah dia nanti!"

Alang ada style sendiri. Dia suka ke hadapan. Kita pun ikut je la.. buat apa nak kecoh-kecoh.. Dah dia anak pompuan sorang, tentulah dia nak lebih perhatian. Sakit pening emak abah, Alang dan suami yang sangat ambil berat.  Tengah bulan ke akhir bulan, boleh je balik kampung di Lipis tu. Ada bajet ke, takde bajet tu belakang kira.. entah macamana dia orang buat kiraan, Che Mid pun heran. Tapi nampak famili Alang bahagia dan murah rezeki. Berkat buat baik dengan mak abah...

Sebenarnya kami bukanlah rapat sangat pun. Selalu 'call' pun tak juga. No news is good news. Tapi kalau ada isu seperti sakit pening ke apa, salah seorang tahu.. yang lain akan diberitahu. Sekarang dah ada fesbuk ni.. lagi senang nak berborak bergaduh.. ha ha. Kalau Che Mid nak turun KL, update je dalam fesbuk tu.. nanti adalah yang follow up..

Pernah juga berselisih faham.. ( bila las sekali.. entah tak ingat..) Tapi bila berkumpul, kita tak bercakap pasal isu yang digaduh-gaduhkan tu.. tolak tepi. Borak-borak, gelak-gelak.. lupa masalah...Back to kosong kosong.

Dan yang penting, kalangan ipar dan biras ni, takde jawatan batu api atau bawak mulut..Anggap saja apa yang mak cakap tentang anak yang itu atau menantu yang ini sebagai sesi luah perasaan. Apa pulak nak marah atau merajuk, kalau kita bercakap pasal orang lain, maka kenalah 'izinkan' orang lain mengkritik kita. Barulah adil... (Raya nanti mintak maaf he he..) Bila dah bercakap tu lega lah.. tak perlu nak besar-besarkan.

Masing-masing dah tau perangai masing-masing. Mana yang malas masak, mana yang rajin ke dapur, mana yang pembersih, mana yang tak suka mengemas... semua ada di hujung jari.. Kalau nak buat perjumpaan ke, tak payah berkira sape keluar duit lebih, sape bagi sikit atau sape tak bagi langsung.. itu rezeki Allah bagi. Redha ajelah.. 

Sebagai kesimpulan, Che Mid sangat-sangat pasti bahawa di dalam hati-hati kami telah tersemai perasaan sayang menyayangi melangkaui prasangka, dengki dsbnya. Doa orang tua terhadap kami tak putus-putus. Pak mertua setiap malam tak pernah lupa sebut nama setiap anak dalam solatnya. Mak mertua kata, " Kadang-kadang mak menangis bila dengar abah berdoa untuk anak-anak."

Akhir sekali, apa perasaan anda sebagai anak menantu bila menelefon mak mertua dan diakhiri perbualan dengan mak berkata, " Terima kasih sayang, (sebab) tefon mak!"



Kami buat kejutan meraikan Hari Ulangtahun Perkahwinan mak dan abah ke 50 pada 2009 - satu lagi tanda keakraban keluarga Husain. Mak, abah semoga terus sihat, panjang umur dan terus mendoakan kami!


Monday, June 20, 2011

Abah & Ayah Day

Baru 2 minggu lepas bertemu, sekali lagi bertempat di padang Shah Alam (entah apa ke nama sebenor...) kami berkumpul sekali lagi pada Jumaat malam Sabtu lalu. Tiba di Shah Alam jam 9 dan pulang jam 12 tengah malam.


Kali ini tiga keluarga sebelah Che Abang iaitu Che Mid sekeluarga kecuali Farah (dari SP ke rumah Klang sebab ikut Che Abang bertugas di KL), Ateh dari Raub ( ke KL kerana menghadiri majlis konvokesyen OUM ) dan Alang (memang orang S Alam) serta keluarga masing-masing. Acam dan keluarga tidak hadir kerana Daniel demam panas di saat akhir walaupun merekalah yang teringin saat berkumpul semula. 

Pak Lang, Pak Ngah dan Pak Teh  menyambut hari abah & ayah together gether.




Thanks kak Ain for the nice cake!!



Sebenarnya urusan temujanji hanya dibuat jam 5.30 petang itu juga. Imejensi sangat.. jadi tak sempat nak siap juadah spesial.. Che Mid buat mi kari je.  Mak Lang bawa roti goreng, roti cicah sup cendawan. Mak Teh yang datang dari Raub cuma sempat goreng naget. Minuman pula air sejuk kordial  sarsi dan air panas nescafe 3 in 1.


 Walaupun masing-masing main 'capai' apa yang boleh bawa, pertemuan tetap gamat dan riuh rendah.


 Yang penting semua orang boleh makan sambil bergurau senda. Lepas tu boleh main badminton dan main bola..

 Si anak bujang sedang makan mi kari buatan Mak Ngah.. mesti tak sedapkan.. ala tau la sebab takde sorang pun puji.. Almaklumlah pukul 7 petang baru kelam kabut ke kedai, rempah ratus tak cukup, main campak-campak je..Neks taim Mak Ngah buat lagi kaw-kaw ok! 

Yang muda-muda mengeluarkan peluh di padang... yang tak berapa muda menambah lemak di badan ha ha.. Sambil-sambil tu membentang 'laporan' perkembangan terkini famili masing-masing..

Grup ni pulak sedang mengalun suara lemak merdu (elok sikit dari katak puru) diiringi petikan gitar si Faris..

Penutup - Ucapan tahniah kepada Cikgu Norazila, isteri Ateh, yang menerima ijazah pada Ahad dari OUM. Pengorbanan berulang-alik Raub-KL menghadiri kelas berbaloi selepas berjaya menamatkan pengajian. 

Tuesday, June 14, 2011

Lepak-lepak di Dataran Shah Alam

Bila balik Klang, tak sah rasanya kalau tak berjumpa adik beradik. Seboleh-bolehnya cari masa walaupun sekejap untuk berkumpul bertanya khabar dan melepas rindu. 

Pertemuan dengan adik-adik Che Abang diadakan di padang sebelah Dataran Shah Alam, pada jam 9.00 malam, cuti sekolah lalu. Keadaan padang agak gelap, hanya bergantung kepada lampu jalan dan lampu limpah, jadi gambar-gambar yang diambil tak berapa menjadi...



Mak dan abah mertua yang sedang bercuti di Shah Alam bergambar dengan anak cucu. Perasan tak di jalan besar, kereta lalu lalang.. meriah sungguh di dataran Shah Alam. Perhatikan juga baby Deeja yang lena didakapan abah, tertidur dalam perjalanan tadi.


Pengunjung datang samada saja bersiar-siar, beriadah di padang atau berpiknik tengah malam macam kami.




Hidangan 'supper' kami malam tu ialah nasi lemak, roti goreng, mi hun, apam gula hangus dll. 


 Roti goreng dari rumah Mak Lang tapi tak tau sape yang menggorengnya....Wan kut...


 Nasi lemak special Che Mid tempah dari Kak Edah sebelah rumah Meru.. fes klass!!


Buah kiwi kesukaan Wan. Lepas Wan jamah sikit, dia pun bergegas ke tengah padang menyuap buah kiwi pada setiap cucu dan anak-anak..

 Che Mid dan anak-anak.. eh eh.. anak sape kat belakang Che Mid tu... tu lah anak buah paling nakal.. si Aidil aka Ijat Cromwell


Si kecik Deeja sedang dikejut oleh Pak Lang

 Suasana waktu malam di padang. Kami 'jajah' sebelah tengah padang. Ada yang main badminton dan ada yang main bola.

Deeja sedang 'warm up'... jalan-jalan ke tengah padang ditemani kak Ain dan Azyan. Rupanya sekumpulan anak-anak muda yang sedang bergambar (sebelah kiri) menarik perhatian Deeja.

 Deeja berjalan sorang-sorang hampir 200 meter menuju mereka yang sedang leka berposing


 Deeja ' hilang ' dikerumuni kakak-kakak untuk bergambar. 

Entah apa agaknya diborak dengan akak-akak tu.. Deeja menoleh pada kami yang memerhati saja dari jauh.. 


Photo of the nite - Deeja n kazens

Sembang-main, lepak-lepak dan makan-makan... tak sedar jam dah satu pagi. Beredar dari Shah Alam jam 1.30 pagi. Jumpa lagi!!

Wednesday, April 6, 2011

Kejutan di Jeram Ikan Bakar

Bulan Mac 2011, che abangku genap 50 tahun. Rasa-rasa nak buat seprais sikit sempena harijadi dia. Nak buat macamana ni, dah lah duk di SP jauh-jauh ni.

Drama calling sana calling sini pun bermula 2-3 hari awal. Kami sekeluarga akan balik ke Klang pada 25hb, ada urusan di sekolah lama Farah. Che Mid cadang nak kumpul adik beradik suami Jeram Ikan Bakar, Kuala Selangor. Alang di Shah Alam dan Ayu/Acam di KL setuju untuk hadir malam 25hb walaupun tak tau tempat makan tu. Che Mid saja-saja hubungi Ateh yang tinggal di Raub, kut-kut dia pun nak turun ke KL. Dah rezeki, memang pun Ateh nak datang KL.

Ateh dan Acam dan famili masing-masing berkumpul di rumah Alang. Selepas Maghrib baru bertolak dari Shah Alam ke Kuala Selangor. Dah pesan, JANGAN CALL ATAU SMS AKAK. NANTI KANTOI. Ada apa-apa call Ayan je. So, all set!! Che Abang tak tau langsung!!

Che mid dah tempah awal meja untuk 20 orang. Sampai kat situ, che abang terkejut ramai pulak nak datang makan. Che Mid sengih-sengih je.. Masa adik-adik  sampai, kami sedang memilih makanan laut. Dari jauh, Che Mid tanya che abang, nampak tak sape tu. Dia tak cam dan tak de idea langsung. Bila dah dekat, barulah dia tahu adik-adik datang termasuk Ateh dari Raub pun ada !!. Memang seprais.. sayang sekali momen-momen kejutan tu tak sempat dirakam dek kamera ni..


Kek untuk Pak Ngah Fazli dibuat khas oleh Kak Ain - Blueberry cheese cake

Kek khas untuk Pak Teh Rosdan - a simple butter cake but nicely presented also by kak Ain


Fruit tart jadi rebutan - sold out serta merta - tempahan khas dari Adnaztazie cake




Che Abang, Ateh dan isteri - semua lahir pada Mac sedang menahan perut yang telah kembang setaman. Masa ni kami tengah nyanyi Allah selamatkan kamu..


 Pak Ngah tiup lilin, Pak Teh tepuk je dengan tangan.. lepas tu kek dan fruit tart diagih dan dijadikan pembuka selera sementara menanti makanan sampai..

 Meja panjang sederet - tanda muafakat dan sepakat anak cucu Husain jauh dan dekat berkumpul menjamu selera. Kalau Atok dan Wan ada kan best...


Antara hidangan istimewa - sembilang asam pedas. Terbaik dari Jeram Ikan Bakar!!

Satay khusus untuk anak-anak - 100 cucuk you!!

 Tom yam ni pun enak banget!!

Sotong goreng tepung dan udang  mentega laris .. che mid tak dapat rasa pun..

 Ikan terubuk bakar khas untuk untuk che abang dan bapak-bapak.. pari bakar pun ada.. cecah dengan dua jenis sos ...kicap dan air asam.

Feberetku - siakap steam. Betul-betul segar, macam baru sauk dari laut kat belakang tempat kami duduk tu je..

 Che Mid suap kek... walau umurmu sudah 50 tahun.. padaku kau tetap jejaka belasan ha ha

Dua biras berlawan kek.. nyam nyam


 Selepas makan, masa untuk bergambar. Terima kasih pada La, Ayu dan Alang yang sama-sama merancang seprais ni. Tentu abang akan ingat sampai bila-bila..

 Biasalah... bila sepupu bertemu sepupu, bergaya bermacam rupa.. suka hati koranglah..

Kami sekeluarga - bahagia dan ceria. Alhamdulillah.

 

Tuesday, March 29, 2011

Boyfrenku dah 50 tahun

Inilah dia boifren tercintaku - Fazli bin Husain

Tarikh lahir   - 26 Mac 1961

Tempat lahir - Nogoghi Sombilan (omak orang nogoghi, bapak orang Pahang). Membesar di Kuala Lipis.

Pendidikan - UITM grad tahun 1984. (Dapat tawaran jadi cikgu tapi tak jadi ambik. Kalau jadi, takde le jumpa che mid kut..)

Pekerjaan     - Keje kilang

Hobi   -   Menyanyi, karaoke

Makanan dan minuman kegemaran - lauk berkuah spt kari, lemak cili api. Air limau ais lebih limau satu!!

Warna kegemaran - yang tak berapa garang dan warna tanah


Apa yang dia suka buat -

1) Suka buat kerja rumah spt sidai kain ( panas terik ke, atau tengah malam pun tak kisah) dan repair benda rosak kat umah spt paip, lampu dsb

2) Suka menyusun atur rumah. Sofa nak letak macamana, TV nak letak mana, sampaikan reka bentuk langsir pun dia putuskan. Selalunya che mid kalah dalam bab ni..

3) Suka beli alatan dapur macam pinggan mangkuk, sudu garfu, balang dsb. Kalau ada tetamu datang dia cerewet tentang hidangan. Mesti sesuai makanan tu dengan pinggan cawannya.. hu mengalahkan pompuan

4) Bila memandu, suka makan jajan spt kacang, asam dll untuk mengelakkan mengantuk. Bayangkan berapa banyak dia makan kalau memandu dari KL ke SP!

5) Suka duduk rumah. Tak reti nak ngeteh atau ngopi di kedai mamak kecuali kalau ada hal kawan ajak. Hidupnya cuma kerja dan rumah. fulstop.

6) Amat mementingkan keluarga. Padanya, biar dia tak berduit, asalkan urusan anak bini selesai.


Amat pantang/ benci kalau-

1) Kena menunggu orang bersiap atau lewat. Padanya, biar orang tunggu dia dari dia tunggu orang. Jadi, masa bersiap nak balik kampung adalah saat yang paling tensen sekali!!

2) Tak suka masak kecuali masak air dan mi segera. Kadang-kadang buat telor 1/2 masak.

3) Tak suka cuci pinggan kecuali kalau dah takde orang lain nak cucikan.

4) Tak suka makan kerak nasi. Pantang betul!!

5) Tak suka makan sayur

6) Seboleh-bolehnya isteri kena layan hidang dan teman makan sekali. Dia takkan ambil sendiri kecuali terpaksa (che mid sakit atau terlalu lapar). Kalau che mid keluar, biasanya dia akan tunggu che mid balik baru makan.

Itulah dia suami che mid. Selamat ulang tahun ke 50. Semoga sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah hendaknya. Amin.