Ads

Tuesday, March 29, 2011

Boyfrenku dah 50 tahun

Inilah dia boifren tercintaku - Fazli bin Husain

Tarikh lahir   - 26 Mac 1961

Tempat lahir - Nogoghi Sombilan (omak orang nogoghi, bapak orang Pahang). Membesar di Kuala Lipis.

Pendidikan - UITM grad tahun 1984. (Dapat tawaran jadi cikgu tapi tak jadi ambik. Kalau jadi, takde le jumpa che mid kut..)

Pekerjaan     - Keje kilang

Hobi   -   Menyanyi, karaoke

Makanan dan minuman kegemaran - lauk berkuah spt kari, lemak cili api. Air limau ais lebih limau satu!!

Warna kegemaran - yang tak berapa garang dan warna tanah


Apa yang dia suka buat -

1) Suka buat kerja rumah spt sidai kain ( panas terik ke, atau tengah malam pun tak kisah) dan repair benda rosak kat umah spt paip, lampu dsb

2) Suka menyusun atur rumah. Sofa nak letak macamana, TV nak letak mana, sampaikan reka bentuk langsir pun dia putuskan. Selalunya che mid kalah dalam bab ni..

3) Suka beli alatan dapur macam pinggan mangkuk, sudu garfu, balang dsb. Kalau ada tetamu datang dia cerewet tentang hidangan. Mesti sesuai makanan tu dengan pinggan cawannya.. hu mengalahkan pompuan

4) Bila memandu, suka makan jajan spt kacang, asam dll untuk mengelakkan mengantuk. Bayangkan berapa banyak dia makan kalau memandu dari KL ke SP!

5) Suka duduk rumah. Tak reti nak ngeteh atau ngopi di kedai mamak kecuali kalau ada hal kawan ajak. Hidupnya cuma kerja dan rumah. fulstop.

6) Amat mementingkan keluarga. Padanya, biar dia tak berduit, asalkan urusan anak bini selesai.


Amat pantang/ benci kalau-

1) Kena menunggu orang bersiap atau lewat. Padanya, biar orang tunggu dia dari dia tunggu orang. Jadi, masa bersiap nak balik kampung adalah saat yang paling tensen sekali!!

2) Tak suka masak kecuali masak air dan mi segera. Kadang-kadang buat telor 1/2 masak.

3) Tak suka cuci pinggan kecuali kalau dah takde orang lain nak cucikan.

4) Tak suka makan kerak nasi. Pantang betul!!

5) Tak suka makan sayur

6) Seboleh-bolehnya isteri kena layan hidang dan teman makan sekali. Dia takkan ambil sendiri kecuali terpaksa (che mid sakit atau terlalu lapar). Kalau che mid keluar, biasanya dia akan tunggu che mid balik baru makan.

Itulah dia suami che mid. Selamat ulang tahun ke 50. Semoga sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah hendaknya. Amin.

13 comments:

marie said...

che mid duk kat Nilai ke...sebab wajah BF che mid mcm salah sorang ayah pelajar kat sekolah anak saya..

happy anniversary...

indahhouse said...

salam che mid,
hepi besday buat boyfren kak. Moga panjang umur, murah rezeki, bahagia selalu bersama family.
Camana skarang kak? Saya sibuk dlm 2 minggu lepas. banyak benda kena settle.
Nampak dah bole makan laksa tu. Alhamdulillah. Sedihnya bila tengok gambar deeja ngan kak atas katil hospital. lagi2 baca pasal kena tebuk dalam hidung dan letak benda kat telinga. Ya Allah, seriau. Tabah sungguh che mid.

Che Mid said...

marie - salam kenal, tak lah kami duk Sg Petani..

Che Mid said...

Salam indah - alhamdulillah, semakin sihat. Dah bahagian che mid macam ni terima je lah, ada orang lain lebih teruk dari tukan, bersyukur sebab Allah bagi sakit yang boleh sembuh sepenuhnya..

Jejaka Desa said...

Moge sentiase bahagia....

norliza_osman said...

Selamat hari lahir buat boifrend aka.. hehehe.. semoga panjang umur murah rezeki.. amin!!! hehehe

Sal said...

Salam... Che Mid apa kabar sekarang? Semoga bertambah sehat. Hehee...boyfren baru 50 tahun..belum mencecah 60 tahun lagi..Semoga dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik dan semoga che mid dan boyfren sentiasa hepi selalu :)

Che Mid said...

JD - terbukti bahagia.. dengan saiz badan dan perut yang semakin mengembang ha ha

Che Mid said...

liza - pejam celik pejam celik dah 50.. tapi depan mata kita huh tetap hensem dan macho kah kah kah

Che Mid said...

sal - hai sonyap yo !! che mid boleh kata sihat lah...harap=harap sampailah umur 60, 70, 80.. deeja tu kecik lagi..

Myfrin's story said...

Salam, che mid. Semoga che mid dan suami akan kekal hingga selama2nya, amin......:)

Lina Rahim said...

semoga happy selalu kak mid..tahun 84 tu saya baru lahir..

Che Mid said...

myfrins - t kasih, semoga semua orang pun bahagia..

lina - ha.. baru lahir!!, tuanya I he he