Ads

Thursday, March 24, 2011

Laksa Kak Su Kuala Perlis

Patutnya lama dah tepek entri ni, tapi mendahulukan urusan lain atau pun keperlahanan broadband ku ini ... maka akhirnya setelah 2 bulan terperam silalah kengkawan menjamu selera..mata je..



Khas untuk peminat laksa - penuh sepinggan berkuah pekat untuk dijamu

Che Mid pergi pertama kali setelah dicadangkan oleh tuan rumah sewa kami yang tinggal di Perlis. Kedai ni tak berapa jauh dari jeti Kuala Perlis dan agak tersorok, tapi ada papan tanda buatan sendiri yang boleh dijadikan panduan. Kami guna cik GPS.. senang jumpa.

Rumah kedai dua pintu, besarlah tu kan, tapi cuma menjual laksa dan pulut inti saja. Maknanya memang bisnes baik punya!!

Cara hidang juga lain dari yang lain. Kuah laksa tak masam dan tidak pedas. Tetapi siap disediakan limau nipis dan cabai melaka di piring berasingan. Pelik sikit, kicap pun ada... Che Mid tak taulah pulak boleh makan laksa dengan kicap...


Deeja makan laksa semata-mata, ha dua-dua tangan sekali .. sedap betul.. tapi tengok bawah meja.. bertaburan laksa. Mesti tuan kedai bengang semacam je..
Pelanggan memang ramai, hampir tak cukup tempat duduk.. Che Mid rasa memang kedai ni terkenal sungguh la..


Ini gambar hadapan kedai. Bukan salah kamera tau tulisan atas tu tak jelas... memang orijinalnya pun macam tu..

Che Mid tak berapa minat laksa-laksa ni, tapi sebab dah mai duk Kedah ni, sana sini pakat juai laksa.. kenalah merasa selalu. Adab di tempat orang.. sama-sama merasa dan mencuba..betul tak!

5 comments:

Jejaka Desa said...

Nengok ke lakse ter gayenye sedak...

norliza_osman said...

akak.. liza ni hantu segala laksa.. hahah.. kat sini dah dok telan air liur.. huh!!!

Che Mid said...

JD - memang sedak lagi tambah cili api banyak2 huh

Che Mid said...

Liza - bila nak ajak makan mee udang ni..

Nanie Khairani said...

Hi akak...

Tadi tengah google pasal laksa kuala perlis, terbawak sampai ke blog akak ni.. perghhhh sedapnya... kalau laa boleh buat delivery ke cyberjaya ni kan...

p/s: laksa mmg sedap kalau letak kicap sikit.. hehe