Ads

Monday, March 14, 2011

Kronologi Pembedahan Tonsil, Telinga dan Hidung

Alhamdulillah, Che Mid dah pun selamat menjalani pembedahan dan hampir pulih sepenuhnya. Mari kita lihat kronologi pembedahan tersebut sebagai catatan peribadi yang boleh dikongsi bersama.

28 Februari 2011 bersamaan hari Isnin di Pantai Hospital, Sungai Petani bilik 208. Che Mid dimasukkan setelah mengadu pendengaran terganggu, resdung dan tonsil yang telah dijangkiti kuman. Anggaran kos pembedahan - RM16,000 (nasib baik guna insuran syarikat che abang ...)

Jam 8.30 pagi - Tiba di hospital seperti yang dijadualkan. Dah pun berpuasa sejak malam tadi. Daftar masuk tetapi dimaklumkan bahawa Doktor Irham tidak ada kerana ada kes mahkamah. Pembedahan dijadualkan semula jam 3 petang.

Inilah dia nama pakar ENT tu..


Tengahari baru dia jumpa Che Mid. Dia memutuskan supaya Che Mid menjalani Ct scan untuk melihat kondisi resdung, barulah keputusan dibuat samada membedah sekali atau tidak.

Akhirnya Che Mid dibawa ke Dewan Bedah pada jam 2.30 petang untuk menjalani pembedahan tosilectomy (buang tosil), myringotmony (telinga) dan antral washout (hidung)... 3 in 1.

Telinga Che Mid akan dimasukkan tiub halus untuk dijadikan saluran bagi mengeluarkan cairan pekat akibat jangkitan kuman dari tonsil yang menyebabkan Che mid tidak dapat mendengar dengan jelas. Tiub itu akan dibiarkan selama setahun dan ia akan keluar dengan sendirinya.

Doktor Irham akan menebuk sedikit dalam hidung untuk mencuci kotoran dan nanah resdung. Insyaallah, doktor kata resdung akan pulih selepas itu.


Jam 5.30 petang, Che Mid tiba semula di bilik. Baru sedar dari bius. Mula terasa sakit dan kepala berpinar-pinar. Fikiran bercelaru. Walaupun suami ada di sebelah, tapi mulut menyebut, " sakit... emak.. mak.." Suami terus menelefon mak untuk segera ke hospital. Yalah... walaupun dah bersuami dan beranak pinak, bila masa sakit.. emak juga yang dicari...


Bila dah dapat tengok emak dan abah, pegang tangan baru rasa tenang.

Sepanjang ibu tiada di rumah, Deeja tak mau makan dan susu. Sampai hospital, letak sebelah ibu, terus dia menyusu.. habis sebotol. Tak lama lepas tu, ibu bagi susu badan pulak... Deeja beria-ia menyusu sampai terlena.


Ha.. makanan pertama.. aiskrim. Berlatih menelan dengan seribu kepayahan. Alhamdulillah, telinga telah dapat mendengar semula dengan baik sebaik pembedahan. Hidung juga terasa lapang dan tiada lagi kahak.


Ini dia tonsil yang telah dikeluarkan.

29hb Februari 2011, Che Mid dibenarkan pulang bersama ubatan untuk tahan sakit, bengkak dan kahak, kumur-kumur, spray hidung dll. Sakit memang sakit pada tekak, tiba-tiba Che Mid dapat batuk-batuk pulak. Maka bertambah dasyatlah sakitnya, hanya Allah yang tahu. Emak, abah dan suami melihat penuh hairan dan kasihan.

Che Mid ke hospital semula untuk diperiksa batuk pula. Doktor membekalkan ubat kerana kahak resdung yang mahu keluar menyebabkan gatal. Hari ke 6 dan ke 7, sakit semakin menjadi-jadi. Akibat tak tahan sakit, Che Mid ambil ubat batuk lebih kerap dari dos yang dibenarkan, suami pergi ke klinik minta ubat tahan sakit yang lebih kuat... dan yang lebih dasyat.. Che Mid ambil ubat selsema supaya mudah tidur.

Tetapi Che Mid ikut pesan doktor supaya kerap makan untuk merangsang otot kerongkong bergerak dan cepat sembuh.

Seminggu Che Mid cuma makan aiskrim, bubur nasi dan biskut bersama air teh. Semuanya mesti sejuk. Pantang makan panas, pedas dan tajam seperti kerepek dsb.

Hari ke 9 dan seterusnya, sakit berkurangan tetapi badan dah nampak susut dan tiada tenaga. Tak apalah..

Menjelang 2 minggu, sakit dah mula reda.. alhamdulillah syukur sangat-sangat doktor sahkan Che Mid dah pulih, cuma ada lebihan darah kotor tersekat di telinga kiri dan telah diberi ubat titis.

Terima kasih pada suami yang bersusah payah mengambil 3 hari cuti  menjaga dan menguruskan Che Mid di hospital dan di rumah, juga emak, abah dan ayan sanggup datang dari Klang. Tak lupa pada adik-adik, anak-anak sedara dan sahabat realiti dan maya yang berdoa untuk kesembuhan Che Mid.

Akhir sekali, pengajaran kepada sesiapa yang mengidap resdung... berhati-hatilah jika anda juga mempunyai masalah tonsil. Kerana jangkitan boleh menyebabkan tonsil semakin teruk dan pendengaran terjejas.  Take care!

25 comments:

Adnazthie said...

Assalam Che Mid.

Alhamdulillah telah berjaya menempuhinya n thanks atas ingatan tu. Apa-2 pun semoga segera pulih seperti sediakala.

Take care..

Adnazthie said...

Che Mid..sayu hatiku bila kau menyebut emak sakit mak..shedih rasa nak nangis ni...

Lina Rahim said...

Alhamdulillah Kak Mid telah selamat menjalani pembedahan..Kak Mid banyak makan aiskrim ya..ikut nasihat doktor..saya tak sangka kalau tonsil+ resdung ni berbahaya sehingga perlu dibedah..mujur la ada insurance, Alhamdulillah..Deeja pun da mahu makan dan minum..

Ila said...

alhamdulillah..semua dah selesai dah

Jejaka Desa said...

Alhamdulillah...

Che Mid said...

Adnaz - emak tetap dihati walau dimana kita berada dan berapa usia kita...

Che Mid said...

Lina - Sejak operation tu Deeja makin suka minta riba ibu..

Che Mid said...

Ila / JD - Terima kasih.

norliza_osman said...

Salam Che Mid..

Alhamdulillah.. semuanya dah selesai..

Anak mana tak sayang kan mak.. kan liza dah cakap sakit demam, gembira semua mak.. sama gak cam deeja..semoga akak cepat sembuh dan pulih seperti sediakala..

Aminn...

Taherah Ghazali said...
This comment has been removed by the author.
SUE ALAN said...

assalamualaikum Che Mid,,alhamdulillah telah selamat menjalani pembedahan semoga dapat menjalani kehidupan seperti sediakala. For myself Mid I'm having slip disc right now. Masih berehat sebelum treatment yang seterusnya.
Samsiah Alang

syariza09 said...

alhamdulillah, akak dh ok. ye lah kak, walau mcm manapun, mak bapa juga yg leh bg ketenangan pd kita.

sian tgk anak akk masa kt hosp, dh jumpa akk br dia nk minum susu

Myfrin's story said...

Salam, che mid. Alhamdulillah, che mid tabah menempuhi dugaan itu dan akhirnya sembuh.....:)

Terima kasih krn sudi mengunjungi rumah kak dan jadi Follower terus, kak pun dah Follow che mid juga...:D

~izan~ said...

salam che mid..Alhamdulillah semua selesai dan che mid pun dah sihat...ngeri jugak bila baca cerita che mid ni..semoga sihat sentiasa lps ni.Amin...

*izan dah follow sini :D

LIPISLADY said...

Sallam,
Syukur Che Mid dah sembuh,
Syukur juga masih ada emak dan ayah,
Semuga dapat kembali meneruskan tugas harian sebagaimana dahulu.

Che Mid said...

Liza - Amin

Che Mid said...

Sue - Salam!! mana pergi bes fren lama ni... you buat ops juga ke , harap sihat walau ambik masa nak sembuh. Take care

Che Mid said...

Syariza - deeja dah makin manja pulak sejak balik hospital. sikit-sikit nak riba, takut kena tinggal lagi kut..

Che Mid said...

myfrinstory/izan/lipislady - t kasih atas ucapan. apa pun kena redha je, makin meningkat umur penyakit pun semakin tak segan bertandang..

Angin Selat Melaka said...

Assalamualaikum...
Boleh juga kalau lepas pembedahan, teruskan dgn usaha memastikan organ dalaman bersih dari gejala jangkitan kuman dengan melakukan rawatan secara sendiri di rumah:

Rawatan pembasmian kuman resdung, lendir, kahak dan nanah

Ia akan membuatkan apa jua penyakit sukar utk tumbuh semula. Semoga sihat. Thanks.

Ja said...

Salam che mid. , saya cari kat internet tentang pengalaman buang tonsils & terjumpa blog che mid.Saya baru je buat pembedahan tonsils 2 hari lepas. Sakitnya tekak. Saya nak tanya pengalaman che mid, che mid makan apa ya nak bagi cepat baik? Dan nak sembuh sepenuhnya berapa lama ya? Terima kasih

zaza said...

Salam cik mid... terima kasih kerana sudi berkongsi kisah buang tonsil. bila membaca pengalaman cik mid ni terasa takut plak utk wat pembedahan tonsil. saya pon mengalami masalah resdung dan tonsil. kekadang tido malam akan membuatkan saya berdengkur kuat .. Takut la cik mid nak wat operation tue....

missleter said...

salam perkenalan.ngeri bila bc kisah che mid.anak bongsu saya br 1 minggu menjalani pembedahan lebih kurg mcm che Mid juge cume buang tonsil dlm hidung di PPum.Telinga dia x dpt nak letak tiub sbb lubang kt gegendang udah besar.diharap che mid bertmbh sihat sekarang...

mawarsutera said...

Assalamualaikum...

lagi berdebar lak tuk operate tonsil on 11 june nie... 10 june dah kena masuk wad... boleh share2 pengalaman/petua selepas operate tak..?nie blog saya..
http://put3-mawarsutera.blogspot.com/

terima kasih.

nurfieatz said...

Salam.. skadar nk share yea.. sy bru slesai mnJalani pmbedahan tonsil.. tp apa yg saya dpati.. masih ada kesan2 putih2 pda bhagian krongkong.. adakah itu normal? Dan saya masih trasa sakit.