Ads

Tuesday, March 22, 2011

Satu Senja Nan Gerimis

Situasi - Hujan renyai, sunyi sepi selepas Maghrib hari Selasa minggu lepas. Faris ditugaskan oleh Abahnya untuk membuka kereta untuk mengisi lagej.. nak balik kampung malam tu juga. Ahli keluarga lain berada dalam bilik masing-masing berkemas pakaian.

Gambar hiasan - keadaan luar kami di waktu siang

 
Selepas mengambil kunci, Faris pun buka pintu rumah, tanpa menutupnya semula. Dia bergerak ke arah pintu pagar dan membukanya luas-luas untuk kereta keluar nanti. Lepas tu, Faris berjalan pula ke kereta Ria kami nak buka pintu kereta. Selepas itu, dia pun memanjat sedikit pintu kereta untuk membuka 'carrier' di atas bumbung kereta pulak.

Masa dia tengah nak buka benda kat atas kereta tu, Faris terasa ada benda bergerak atas jalan raya depan rumah.. kecik je.. Berderau darah dibuatnya, Faris pun tergolong dalam kategori cepat takut jugak. Tapi hati tu nak gak tau, apa benda berjalan kat depan tu.

Faris pun memberanikan hati menoleh ke arah jalan raya. Apa dia nampak??

Masyaallah, budak kecik Deeja dengan selambanya berjalan terkedek-kedek, (kalau orang Jawa kata undak unduk..) buat deeekkk je..!! Abang Faris dia pun cepat-cepat berkejar tangkap Deeja, nasib baik takde kenderaan lalu lalang.

Faris terus jerit, "Ibu, adik keluar!". Che Mid tengok Deeja dah basah. Kaki ayam pulak tu..

Agaknya sebaik saja abang dia keluar rumah, Deeja pun ikut sekali. Senyap-senyap dia terus keluar pagar menghala ke kiri kemudian patah balik dan menghala ke kanan pula. Masa tulah Faris perasan ada 'benda' bergerak..


Gambar hiasan - Deeja tengah kemaruk jalan, main redah je..

10 comments:

norliza_osman said...

As salam,.. same lah kak. Khadeeja saye pun camtu gak.. pantang terlepas sekejap.. semuanya dia nak redah..

AzMask said...

salam cik mid
nasib baik perasan deja tengah berjalan.

Kakzakie said...

Mana tak unduk-unduk baru dapat kaki memang tak boleh cuai walau sedetik....

Jejaka Desa said...

Kene berjage la kala nok keluor kerete....

Bio Aura RM650 said...

Salam kunjungan...
suke gamba header blog.. tenang je tgok..

nice blog ;)

Che Mid said...

liza - agaknya budak nama khadeeja tu memang macam tu he he

Che Mid said...

Azmask - tu lah kan, tak boleh nak bayangkan kalau dia jalan ke arah kiri rumah, sure abang faris tu takkan nampak dia sbb masa tu dia menghadap ke kanan.. alhamdulillah takde apa-apa

Che Mid said...

kakzakie - ha ha dahlah unduk-unduk.. edol-edol lagi..

Che Mid said...

JD - Hish itulah part paling seram tu !!! Ya Allah jauhkanlah!

Che Mid said...

bio aura - alamak! ingat nak tukar ni... pospon lah