Ads

Monday, February 28, 2011

Dari Katil Hospital

Hari ini Che Mid akan dibedah. Sepatutnya pagi ni, tapi Dr Irhaam ada 'court kes' last minit dapat surat ke mahkamah Alor Setar. Jadi ops di tunda ke jam 3 ptg ni. Takpe, Che Mid boleh tunggu, tak sakit sangat cuma kepala pening dan badan letih ditambah lagi kena puasa campur period pain.

Insya Allah, pembedahan telinga tu confirm. Tapi Dr tak pasti nak bedah tonsil atau hidung dulu, nak tunggu ct scan nanti. Dia kata tak boleh bedah hidung dan tonsil serentak, nanti sakit sangat. Che Mid berserah saja pada Yang Maha Esa.

Che Mid tau semua orang telah dan sedang doa untuk Che Mid ni. Dari facebook ke blog, semua harap pembedahan Che Mid lancar dan cepat sembuh. Sahabat online seperti kalian dan sahabat nyata seperti di facebook, juga sedara mara - terima kasih atas doa semua ya. Terasa sangat diri ini disayangi. Di saat kritikal seperti ni, Che Mid rasa tenang dan pasrah. Ini tidak lain berkat doa orang tua dan keluarga dan sahabat semua.

 Maaf tak dapat ziarah entri sahabat yang nampak berderet-deret tu. Entri yang lepas pun Che Mid paksa diri buat, target nak siapkan juga sebelum ops. Rasa hati memang nak jenguk, tapi kepala pening betul... lain kali ya..ok, see ya later!!


9 comments:

Jejaka Desa said...

Moge selamat segalenye....

indahhouse said...

Salam che mid,
Kuatkan semangat kak. Saya doakan moga proses pembedahan berjalan lancar.

Adnazthie said...

Assalam Che Mid..
Semoga semuanya selamat...

Sal said...

Salam che mid...apa kabar sekarang? Semoga operation yg dilalui berjalan dgn lancar dan semoga che mid cepat sembuh...

Nida said...

Salam..

Semoga segalanya berjalan lancar dan selamat..ameeennnn

norliza_osman said...

semoga tabah menghadapi dugaan dari NYA.. dan semoga cepat sembuh.

Che Mid said...

Terima kasih atas segala doa anda. Che dah selamat dan sedang berehat di rumah

syariza09 said...

diharapkan tika ni smuanya berjalan lancar & smoga cepat sembuh ok :D

Che Mid said...

Alhamdulillah, sekarang dah lebih sihat dari dulu syariza