Ads

Tuesday, February 1, 2011

Kawan Faris Meninggal

Beberapa hari sebelum berakhirnya 2010, Faris terima berita gelfren kawannya Rina, 14 tahun, sakit akibat gangguan makhluk halus. Kabarnya teruk juga penyakitnya tu. Che Mid tak ambil tahu sangat hal kawan-kawan ni, tapi Faris dan Farah ada minta izin nak ziarah di rumah Rina sehari sebelum kami balik ke SP. Masa tu, keluarganya bawa dia berubat secara Islam. Rina pulak dah tak berapa cam orang, perangai dia dah jadi macam budak kecil. Nak mandi sendiri pun dah tak reti dah. Peliknya, masa berubat tu dia boleh bercakap Tamil..

Tak lama lepas buka sekolah 2011, Faris cakap Rina dah masuk hospital kena ICU. Benda yang ganggu dia dah takde tapi dia tak sembuh lagi. Rupanya Rina koma. Katanya, Rina kena penyakit H1N1 dan otaknya dah dijangkiti kuman.

Kira-kira 2 minggu kemudian, satu pagi dalam pukul 9 lebih, tiba-tiba Faris jumpa Che Mid kat dapur, "Ibu, kawan Faris tu dah meninggal" . Menangis teresak-esak dalam pelukan Che Mid. Tak pernah Che Mid tengok dia nangis macam tu sekali. Farah dalam bilik pun tengah nangis jugak. Kebetulan, intenet tak boleh diakses masa tu, jadi fb tak boleh dibuka, tapi Faris menerima panggilan bertalu-talu dari kawan-kawan rapat dari Klang dan Shah Alam, juga sepupu-sepupunya. Mak Lang dan Mak Cu pun tak lupa call tengahari tu.

Faris ajak balik Klang hari tu jugak, tapi abah kata tak sempat nak balik untuk ziarah sebab kita jauh di SP. Faris terus berkurung dalam bilik. Tak putus-putus dia baca yaasin untuk arwah. Ramai kawan dan sepupu Faris melawat jenazah. Mereka sentiasa memberitahu perkembangan majlis pengebumian kepada melalui panggilan telefon dan sms.

Akhirnya hari Khamis lepas, Faris dan kawan-kawannya menziarahi kubur arwah di Shah Alam. Kebetulan bapanya pun ada di situ kerana menambak tanah kubur. Sebelum balik, bapa arwah berkata pada Faris sambil menangis, "Rina ni muda lagi, patutnya Pakcik yang mati dulu.."

Itulah secebis kisah kehidupan dan kematian yang tidak mengenal usia. Bila tiba masanya, kita pergi jua. Al-Fatihah buat Rina.

6 comments:

Kakzakie said...

Salam Che Mid,

Kalau Faris dan Farah rasa kehilangan itu apalah lagi ibu-bapa Rina yg menjaganya selama 14 tahu. Sayu hati kakak membaca N3 ni.

Buat Allahyarham Rina, Alfatihah....

indahhouse said...

salam che mid,
Sedihnya baca... agaknya kawan baik faris dan farah ya.. Moga rohnya di kalangan para solihin..

Adnazthie said...

Assalam Che Mid,

Takziah buat keluarga kawan Faris n Farah tu ye..

Nida said...

salam Che Mid..

Bergenang airmata Nida baca n3 ni.. yang hidup pasti akan kembali kepadaNya.. redha dan pasrah kerana kita jua akan menyusul..

Al-Fatihah

Che Mid said...

kakzakie - setuju sangat. kita pun ibu jugakan

indah - amin. selalu cerita pasal orang dewasa meninggal, bila cite pasal anak-anakk ni, lain sikit rasanya

Che Mid said...

adnaz / nida - ya kita jua akan menyusul, bila tu Allah jua yan maha mengetahui