Ads

Monday, February 14, 2011

Jiranku Hampir Di......

Jam 7.25 pagi Isnin, 14 Februari 2011.

Hasbenku membuka pintu pagar, bersiap untuk ke tempat kerja. Che Mid di dalam sibuk memakai tudung, nak babai suami. Tapi Che Mid perasan suami bercakap-cakap dengan orang sebelah rumah. Ada sebuah kereta parkir di luar pagar rumahnya.

Muka suami semacam je, bercakap sambil menoleh-noleh pada Che Mid. "Apahal ni?" Hati dah rasa lain macam, sebab jiran sebelah tu, kalau pagi-pagi senyap je biasanya.

Bila Che Mid keluar, suami kata. "Rumah orang sebelah kena pecah masuk semalam, kakak sebelah hampir nak dirogol." Masyaallah, terkejut sangat-sangat. Hasben kata lagi," Dia call ida tadi, tapi tak jawab." Rasa bersalah sangat. Ya Allah!! Kenapalah aku ni tidur mati.. Memang pun, telinga dahlah tak berapa dengar, kesan ubat ada jugak... kalau dah tidur tu memang tak ingat dunia. Henfon tepi telinga pun tak dengar apa..

Lepas suami beredar, cepat-cepat Che Mid jumpa jiran tu, kebetulan ada di luar. Terus Che mid peluk dia kuat-kuat. Nak menangis pun ada gak. Rasa terkejut bercampur lega sebab nampak dia ok.

Dia pun berceritalah. Malam tadi baru balik dari kampung ada kenduri, kepenatanlah tu. Suami dia tu kerja di Penang, jarang ada di rumah. Selalu tidur dengan satu-satunya anak lelaki,14 tahun, tapi malam tu anak tidur depan tv. Jam 4.30 pagi tadi, sedang nyenyak tidur. Dia terasa seperti alat sulitnya dipegang. Tersedar dari tidur, dia nampak ada orang lelaki berlari keluar. Kalut dan terpinga-pinga, dia mencari-cari orang tu tapi dah lesap. Dah nasib nak kena agaknya, dia terlupa kunci pintu belakang. Kemudian baru perasan barang kemas habis dikebas.

Dia pun panggil Che Mid.. si jiran tak guna ni.. tak dengar satu apa pun. Lepas tu barulah dia panggil polis. Pukul 6 lebih polis datang rumah.

Kawasan rumah kami ni, kawasan baru. jiran terdekat tulah satu-satunya. Memang pernah dengar orang masuk rumah tapi bukanlah kawasan kami sebab ada sekuriti jaga siang malam. Konfiden la kununnya..aleh-aleh kena jugak!! Tak buleh nak kata apa dah hai..

Masa Che Mid tulis cerita ni, dia baru balik dari balai polis, nampak macam orang sekuriti datang jumpa dia. Kejap lagi Che Mid nak pi tengok dia. Harap-harap takde lagi la kejadian macam tu lepas ni na..Jauhkanlah Ya Allah..



8 comments:

Kakzakie said...

Semakin terasa betapa keamanan kian tergugat walau tinggal di rumah sendiri.

Norzihan said...

kak midah... cotem gan jiran sediakan wisel... tiup wisel jika ader berlaku rampokan...

Che Mid said...

kakzakie - begitu juga dengan kedudukan hawa yang dianggap lemah dan boleh diperlakukan apa saja..

Che Mid said...

Zihan - akan ku cari wisel itu tapi rasanya deeja akn tiup tak kira ada orang atau tidak..

Ila said...

bahaya betulkan skrg ni kak...huhuh

Jejaka Desa said...

Kene hati2 weh.

Che Mid said...

Ila - bahaya itu tidak berbau..

Che Mid said...

JD - sekarang ni, setiap malam che abang akan round satu rumah sebelum tido, pastikan rumah berkunci..