Pertemuan semula dengan rakan sekelas - SRP 1981 dan SPM 1983 di rumah Rina Shahindar (fp rinn chan) sempena dengan persandingan adik Rina pada hari Ahad, 23 November 2008 yang lalu. Walaupun cuma 9 orang yang berkumpul kerana yang lain tidak dapat hadir atas sebab sebab tersendiri, ada juga yang tidak dapat dihubungi.
Kami adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Tengku Idris Shah Kapar SMTIS) dari kelas 3 Perdangan 1 dan/ atau 5 Sains 1. Ada diantara kami yang sudah 27 tahun tidak berjumpa. Beruntungnya kami bersekolah di kampung sendiri, satu masa dan ketika tetap boleh bersua muka walau ada yang berkelana ke negeri orang.
Biasalah topik saiz dan pertukaran rupa bentuk fizikal yang menjadi perbualan utama. Jom tengok macamana rupa bentuk kami...
Dari kiri (duduk), isteri Cikgu Hassan, isteri Cikgu Hishamuddin, Cikgu Roszana, Hamidah, Rohana (Petronas Kertih) dan Rina (Sungai Petani)
Terima kasih daun keladi kepada Rin yang sudi menjemput kami dan tak lupa Roszana atas usaha Analah, pertemuan ini menjadi kenyataan. Sampai jumpa lagi!!
No comments:
Post a Comment