Ads

Friday, November 13, 2009

Baby Aidit al-Fathi dah lahir!!

Ha Ha!! Jangan terkejut, bukan baby Che Mid ni...... ini baby adik bongsu Che Mid .. Nana. Kira anak buah Che Midlah... eh..eh Mak Long la..


Aidit al-Fathi selamat dilahirkan secara normal pada 10 November 2009 di Darul Ehsan Medical Center pada jam 3.25 petang.



Beratnya 2.7kg. Sepatutnya due date ialah 5 Disember akan datang tapi oleh kerana perut Nana besar sangat jadi dipercepatkan tarikh kepada 10 November. Maknanya baby Aidit ni tak sampai pun 9 bulan dan dilahirkan.



Pada pagi 10 hb tu, Nana pergi hospital tapi tak sakit lagi. Cuma doktor dah suruh puasa siap-siap dah. Tengaharinya pulak, masukkan air dan pecah air ketuban. Padanlah perut besar rupanya kembar air. Lepas tu, Nana terus sakit  makin kerap dan bersalin pada 3.25 petang.



Hermei bersama anak sulung. Dah jadi ayah dalam usia 28 tahun. Suka betul si ayah dapat anak.


Baby Aidit ni kira cucu lelaki pertama sebelah Hermei. Sarung tilam dan bantal warna biru tu, emak Hermei yang tolong buatkan..



Disebelah Nana pulak, baby Aidit ni cucu ke 16 emak Che Mid dan cicit ke 29 untuk Nyai. Nana siap berpilis dan berbengkung. Dia kata pakai pilis di dahi tu, hilang pening kepala.. Nana jadi ibu ketika usia 23 tahun.



Baby Aidit ni asyik tidur je, Che Mid rasakan sebab belum time dia kena keluar dari perut ibu diakan, tu yang bantai tidur je...



Jururawat dari DEMC sedang memeriksa Nana ketika lawatan ke rumah.



Sayur beneng kobis panjang dan kentang menjadi hidangan pertama Nana ketika berpantang.




Dan ikan haruan bakar bubuh garam, kunyit dan lada hitam. Nana suka makan ikan ni.. dia kata hari-hari makan pun takpe.



Emak Nenek menepuk-nepuk cucu terbarunya.



Hadiah pertama dari ibu dan ayah. Dah dibeli ketika honeymoon di New Zealand.



Tetamu Nana yang pertama - rakan sekolah dulu. Dari kiri Im sedang mengandung 8 bulan dan berbaju hitam tu Alang, baru dapat baby sebulan yang lepas.



Apa pun Mak Long doakan semoga Aidit terus sihat dan membesar dengan limpahan kasih sayang ibu, ayah dan seluruh keluarga serta peliharaan Allah swt. Insya Allah lepas ni giliran Mak Long pulak dapat baby. Due date 26 Januari 2009.

8 comments:

Adnazthie said...

Salam Che Mid,
TAHNIAH..TAHNIAH..TAHNIAH

rimaurimba said...
This comment has been removed by the author.
rimaurimba said...

tahniah che mid,
bertambah lgi sorang anak sedara...

che mid said...

Orang seribu dinar tu.. bila lagi??

nurul said...

salam kak,
tahniah dpt anak buah baru..comel..
nama fathi ada iras nk hubby sy lah..hehe...

nurul said...

re: kak, tktau nk reply kt mane..hehe..sy reply kt sini jela ye..

idea nk brkhatam quran adik beradik tu idea yanz,pengntin tu lah...kami ikutkn je....

a ah dulu abah mmg garang pon ajar kami ngaji...tp yg dgn adik last2 tu dia kurang skit garang sbb dh tua skit time tu..tp time nurul,abg sulung..hah mmg teruk gakla kene kalo tk dpt...haha...

Rinnchan said...

Tahniah! Tahniah! kepada seluruh warga keluarga...
Tunggu Mid pulak awal tahun depan ye.
Re : Anak Rinn tu nama penuh dia Fathin Afina. Fathin makna "Yang Cantik", Afina makna "Yang Bijaksana". Asalnya Rinn nak bubuh Afina aje tapi cik abg beriya-iya nakkan nama Fathin tu. So, last2 kami combined dua-dua.

Nizam Awang Brahim said...

Tahnioh dari koi sekeluarge weh...