Ads

Monday, September 6, 2010

Ziarah Ramadhan Helwa 2010

Gembira tak terkata dapat menjayakan satu lagi program Helwa Taman Dato' Bandar di bulan puasa ni. Kami telah mengadakan program Ziarah Ramadhan yang membawa che mid dan rakan-rakan melawat keluarga miskin untuk tahun kedua berturut-turut.

Program ini menyediakan platform pada sesiapa yang ingin membayar fidyah puasa seperti ibu-ibu mengandung atau menyusukan anak yang tidak dapat menyempurnakan puasanya. Ada juga yang bersedekah barangan dan wang ringgit. Kesemua wang dan barangan kami bahagikan sama rata.

Bagi pihak penerima, che mid ingin mengucapkan jutaan terima kasih semua penyumbang-penyumbang yang sudi menghulur tangan.  Che mid tahu, para penerima sumbangan kita sangat menghargainya. Bagi kita mungkin tidak seberapa, tapi bagi mereka ia ibarat segunung intan yang membantu kesinambungan hidup anak-beranak. Secara peribadi, setiap kali sumbangan beralih tangan, che mid rasakan bagaikan ada beban besar di bahu yang terlepas dan dada menjadi lapang. Itulah nikmat bersedekah..Masyaallah.

Kami sedang mengumpul dan membahagikan barangan makanan sebelum diagihkan nanti.


Beras, minuman dan kuih raya - antara pemberian yang diharapkan dapat memberi keceriaan kepada penerima

 
Bergambar ramai dengan wakil-wakil penderma sebelum bertolak.

Rumah pertama - Puan Siti terharu menerima sumbangan dari emak che mid. Rumah Puan Siti ni paling dekat dengan kawasan kami. Bak kata orang, semut seberang lautan nampak, gajah depan mata tak nampak. Pada mulanya surirumah beranak empat ini bercerita seperti biasa tapi akhirnya airmata tumpah jua tatkala menerima sumbangan. Apa yang kami diberitahu, suaminya sering sakit dan kini menetap di rumah isteri pertama. Beliau mengambil upah menjaga cucu saudara bagi menampung perbelanjaan keluarga. Tak berani bertanya lanjut, kami cuma berharap Puan Siti bahagia dengan anak-anak yang semakin dewasa.

Rumah kedua - Puan Ruzaini Supaat, 42 tahun, tinggal di Jalan Meru (tiada di rumah ketika kunjungan kami kerana menjemput anak pulang dari UITM). Baru kematian suami, Suwandi Yazid pada 9 Jun 2010 lalu akibat kemalangan jalan raya, meninggalkannya bersama 5 orang anak berusia 10 hingga 18 tahun. Walaupun tidak bekerja, beliau bernasib baik kerana mendapat pencen dari syarikat suaminya dan pencen ilat dari Perkeso. Tinggal bersebelahan dengan ibunya tentu dapat membantu meringankan beban dalam mengharungi saat-saat sukar ini. (Gambar- Che Mid dengan 3 orang anak lelaki serta ibunya, Puan Miskiah).

Rumah ketiga - Ziarah ulangan, Puan Fazimah Fadil yang menetap di Jalan Meru nampak lebih ceria bila dikunjungi kali ini. Juga mempunyai 5 orang anak berumur dari 18 tahun hingga 1 tahun 6 bulan, termasuk seorang OKU berumur 16 tahun. Kini anak lelaki sulung berniaga pasar malam dan Puan Fazimah mengambil upah menjaga anak jiran.

Anak perempuan ini mendapat bantuan bulanan dari JKM. Tidak boleh bercakap namun boleh memahami apa yang orang lain katakan. Bila Che Mid nak balik, matanya merenung che mid dalam-dalam. Cuma ciuman dipipinya che mid titipkan tanda kasih dan simpati sebelum beredar penuh sebak. Moga Allah swt mengurniakan keluarga ini ketabahan dan kekuatan iman.

 
Bergambar sebelum menuju ke rumah seterusnya di Jalan Sudar, Kampung Budiman. Tahun lepas kami juga mengunjungi Puan Fitriah dan suaminya En Mat Isa. Kelihatan pokok sayuran di tanam dikeliling rumah ihsan dari penduduk tempatan. Rumah itu merupakan pondok menjaga ternakan kambing yang diubah suai menjadi kediaman keluarga ini.

Suaminya menderita penyakit bengkak-bengkak badan hingga kadangkala tidak boleh bergerak. Lebih menyedihkan apabila ada orang mengambil kesempatan atas penyakit suaminya itu dengan memintanya muncul di dalam iklan jenama K-Life selepas mendapati penyakitnya berkurangan apabila mengambil produk itu. Suaminya tidak mendapat bayaran apa-apa pun tetapi ramai orang  mengatakan beliau sudah 'senang sebab dah masuk tv'. Itulah antara ujian yang diterima oleh keluarga malang ini.


Rumah kelima - Puan Zaleha Rustam, dari Persiaran Hamzah Alang tiada di rumah kerana menghadiri satu majlis penyerahan sumbangan anak-anak yatim di Klang. Terpaksa meninggalkan anak-anaknya seramai 7 beradik di bawah jagaan anak sulungnya, Faridatul Aini berusia 11 tahun. Anak yang bongsu pula berumur 2 tahun. Ketika kami datang, adik beradik ini sedang sibuk memasang langsir. Bapa mereka, Isma Azrul bin Ismail adalah Pembantu Imam di salah satu masjid di Shah Alam telah meninggal dunia tahun lepas.

Rumah keenam- Puan Liya Aida, 27 tahun,tinggal di Persiaran Hamzah Alang  baru kematian suami pada 19 Mei 2010 lalu juga akibat kemalangan jalan raya. Mempunyai 3 orang anak lelaki yang berusia antara 2 hingga 7 tahun. Kini sedang mengandung anak ke 4 dijangka bersalin pada Disember tahun ini. Liya kelihatan amat cekal dan kuat. Tiada setitik pun airmata yang menitis ketika bercerita tentang arwah suaminya.


Rumah ketujuh - Puan Rahmah bt Abd Wahab, 46 tahun, dari Taman Meru Makmur, juga baru kehilangan suami tercinta, Mad Aris bin Aman, 47 tahun kerana sakit akibat jangkitan kuman. Kini 3 orang anak perempuan berumur antara 10 - 16 tahun menjadi peneman.

Beliau yang tidak bekerja juga penghidap kencing manis kronik dan perlu membuat suntikan insulin setiap hari. Juga mempunyai masalah untuk memandu kereta kerana penglihatan yang tidak berapa jelas. Keluarga ini berasal dari Alor Gajah, Melaka cuma bergantung kepada wang ilat dari Perkeso sebagai pendapatan bulanan.

Gambar atas - Puan Rahmah (kiri) sedang menerima sumbangan dari Puan Roszana (kanan). Roszana adalah bes fren che mid yang sengaja che mid ajak untuk sama-sama berziarah kali ini. Bila che mid tanya apa perasaannya bila dapat ikut sekali, dia kata, " Tak sangka ya.. ramai orang susah kat tempat kita ni.."

Begitulah kehidupan. Sekali pandang manusia nampak serupa saja. Zaman sekarang ni, duduk rumah batu 2 tingkat pun belum tentu cukup makan. Masa suami ada insyaallah semua disediakan, bila suami meninggal, tiba-tiba jadi susah terkontang kanting keseorangan. Tanggungjawab kitalah sebagai ahli masyarakat untuk mengatakan.."Yes, we are here with you".

Ada yang memuji kata tempat che mid tinggal ni bagus dan aktif orang-orangnya, sentiasa ada program itu ini. Sebenarnya, sesiapa pun boleh buat sesuatu. Tak payah tunggu persatuan atau ajk suruh buat baru kita ikut buat. Insyaallah, kalau niat kita baik, Allah akan permudahkan dan sokongan akan kita dapat bukan saja dari orang yang dikenali malah kadang-kadang entah mana-mana orang datang turut membantu. Biar sedikit tapi ada....istiqomahlah..




7 comments:

piewahid said...

salam che mid,

gambar hero2 header blog ni sgt menarik.

insaf melihat & membaca penderitaan insan lain. suka bila tengok wajah2 gembira mereka yg menerima bantuan.
semoga usaha murni akan mendapat balasan pahala dan keberkatan hidup.

****************************************

1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

2. Semoga segala doa, ibadah dan taubat kita dimakbulkan-Nya dan semoga berbahagia dunia akhirat.

3. Terima kasih sudi menjalin silaturrahim yang sungguh bermakna & berkongsi pengalaman yang sangat berharga.

4. Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan.

5. Berhati-hati di jalanraya.

Che Mid said...

piewahid - saya balas dalam blog tuan

Nizam Awang Brahim said...

Kala kite rase diri kite susoh.Fikir2 lah ande orang lain yang lebih susoh dari kite

norliza_osman said...

Salam Che mid..

"Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin." Semoga Che mid dimurahkan rezeki.. Amin..

sweetie2010.blogspot said...

Salam Lebaran Che Mid,

Suka sweetie kalau dapat bersama-sama menjayakan aktiviti begini.

Semoga apa yang Che Mid dan rakan2 lakukan menjadi contoh bagi mereka yang lain untuk membuat usaha yang sebaik begini bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik. Hanya Allah swt yang dapat membalas jasa saudari semua.

Che Mid said...

Sweetie - Amin Ya Robbal Alamin

Sal said...

Salam perkenalan kpd Che Mid yg sudi singgah ke blog saya. Ermmm...sbnrnya Puan Roszana (best fren che mid), ialah sepupu kpd suami saya... :)