Ads

Sunday, May 15, 2011

Salah Gear

Sesiapa yang dah ada lesen memandu tentu tahu macamana nevesnya masa ujian memandu. Serba tak kena dibuatnyakan.. Che Mid sendiri terpaksa ambil dua kali ujian baru lulus. Kali pertama, enjin kereta mati masa ujian atas bukit. Nasib baik tak menggelongsor ke belakang kih kih kih..

Yang Che Mid nak cerita adalah pengalaman seorang rakan perempuan Che Mid yang baru dikenali di Sg Petani. Kita panggil dia Azi je la ya..

Azi ni bertubuh kecil. Ketika kelas memandu, dia guna kereta kancil saja. Tapi bila taim ujian, Azi dikehendaki memandu kereta Iswara. Dalam hati menyumpah-nyumpah sebab ada sorang tu yang tinggi lampai dapat naik kereta kancil. Dia dah merayu pada pegawai JPJ supaya tukar kereta tapi tak dilayan.

Masuk je kereta Azi menggelabah tak tentu arah. Tapak kaki terasa jauh sangat nak mencecah klac dan brek. Nak ejas kerusi tu taklah pulak berani sangat. Pegawai pemeriksa JPJ tu pulak teramat garang rupanya. Walaupun berbadan kurus tapi misai melenting.  Azi tak berani menoleh kanan kiri, apalagi nak pandang wajah pegawai tu.

Ketika memandu di jalan raya, Azi tambah saspen. Disebabkan Azi ni rendah, dia jadi kelam kabut ... mana nak tengok trafik, mana nak pastikan kaki tu mencecah klac dan brek... mana nak tukar-tukar gear lagi..Mata Azi terus fokus pada jalan raya. Pegawai di sebelahnya senyap sunyi.. sepatah kata tak berbunyi, cuma tangannya sesekali mengurut misai melentingnya.

Bila kereta mereka nak sampai ke simpang jalan besar yang ada lampu isyarat, Azi bersiap mula memperlahankan kenderaannya. Kakinya bersedia menekan brek, dan tangan kiri mula meraba-raba mencari gear.. tapi semakin dia menekan brek, kereta berbunyi gegar.. grrr...grrr. 

Tangan kiri Azi pun terus menggerak-gerakkan gear ke kiri ke kanan.. ish kenapa masih berbunyi .. grr grrr...Azi semakin cemas!!

Tiba-tiba, pegawai misai melenting bersuara, " Awak pegang apa tu?". "Er.. gear encik", jawab Azi.

"BUKAN!! ITU LUTUT SAYA!!..

Merah padam muka Azi tak tau mana nak letak... ! Tetapi walaupun macam tu, Azi lulus ujian memandunya. 


26 comments:

kasihibu said...

kelakarlah kak...(,")
tp sekurang kurang dia lulus jugak

azieazah said...

Hahahaha... Mujur tak kena charge sebagai pelajar gatal. hehehehe

Tahniah, sebab lulus jugak.

Che Mid said...

sayasayangibu - kalau tengok macamana dia menggayakan cerita tu.. mau tergolek ketawa..

Che Mid said...

aziezah - nasib baik pegang lutut.. kalau terpegang tempat lain.. camno

Kak Imun said...

Salam, che mid. Gabra punya pasal, hihi....syukurlah dia lulus....:D

~izan~ said...

hehehe...lawak la kak...patut la gegar2 aje yer hehe...tu insiden tak sengaja tu hehe...kalau izan pun tak lepas nk bwk keta asben izan,tak smpai,tak nmpk depan.pndai bwk keta sendiri je huhu.maklumlah,tak cukup inci huhu

Kamsiah yusoff said...

salam
aduiii lawaknya..nasib baik terpegang lutut...:)
anak dara saya pun baru dapat lesen...dia kata abg2 jpj semuanya baik2 dan hensem2 hehe...

Nizam Awang Brahim said...

Haha..Maunye tak lulus.Pegawai JPJ kene gosok lutut...

Kakzakie Purvit said...

Hahaha.... Astaghfirullah.... kesiannya. Nasib baik lulus juga.

azlina said...

sakit perut ketawa ini...
nasib baik di bagi lulus

Granny Hani said...

nasib baik silap pegang lutut..dan nasib baik juga lulus..kelakar sungguh!

Mila@Rimbun said...

hahaha.. lawak lah che mid... dok tergelak sorang2 depan pc ni ha

Anonymous said...

Dh bertahun2 ada lesen ni pun...kalo sekali sekala bwk keta org, rasa mcm baru nk amik lesen...

Lawak la nk tukar gear p tolak lutut pegawai jpj...

Kak..pasaipa x penah jumpa kak kt pasar malam Isnin /Khamis tu..bleh tegur hai2.. :-)
Hahaha...( mcm la sy dok perati setiap muka org)

~~~~ jiran akak~~~
:-)

indahhouse said...

Salam chemid,
hehe.. lucu la pengalaman tu. betul tu, kak. memang kereta proton ni lebar skit. ada hikmah tu. :)

Che Mid said...

Myfrin - salam, kawan akak ni memang jenis gabra .. pernah dia pergi satu tempat itu.. tak tau jalan balik.. sesat sampai masuk utan

Che Mid said...

izan - nak dijadikan cerita, dia terpegang lutut pegawai tu lagi masa nak sampai ke kwasan JPJ semula..

Che Mid said...

Kamsiah - Yes.. lawak antarabangsa bulan ni.. he he. Tahniah pada anak yang baru dpt lesen memandu tu.. ada tak dia cita terpegang apa-apa masa tes..

Che Mid said...

JD _ HA! ya tak ya jugek

Che Mid said...

Kakzakie - Pegawai tu kesian kut, dia tahu kalau orang lain takde can nak bagi kawan tu lulus..

Che Mid said...

hani - memanglah lulus, tapi tak berani juga bawa kereta kalau jauh-jauh sikit, tak konfiden..

Che Mid said...

mila - eh.. ada orang nampak ke awak ketawa sorang2 tu!!

Che Mid said...

anynomous - samalah, kalau bawa kereta orang rasa janggalkan.

Eh, akak pergi la pasar malam isnin-khamis tu, biasanya sebelah petang atau lepas maghrib. Pasar tmn ria pun kadang2 sampai juga.. ha ha hati2 tengok orang, jangan salah tegur tau.. but really looking forward to see u

Che Mid said...

indah - Sekarang dia dah boleh pandu MPV lagi.. tapi gabra tetap gabra!!

Adnazthie said...

he he he..tak tahan nak gelak.

Anonymous said...

Sy selalu p pasar malam tu lepas balik keja...

Pasar Taman Ria pagi2 tu ka...mcm2 ada...

Nanti sy nk p bertandang rumah akak bleh?? :-) terjah...hehehehe
Rumah depan taman mainan kan...

Dr rumah sy jalan kaki pun sampai...tp kena bakar lemak sikit...(syg ooo lemak):-D

~~jiran akak~~~

Che Mid said...

any - datanglah.. akak sentiasa ada..