Ads

Monday, June 20, 2011

Abah & Ayah Day

Baru 2 minggu lepas bertemu, sekali lagi bertempat di padang Shah Alam (entah apa ke nama sebenor...) kami berkumpul sekali lagi pada Jumaat malam Sabtu lalu. Tiba di Shah Alam jam 9 dan pulang jam 12 tengah malam.


Kali ini tiga keluarga sebelah Che Abang iaitu Che Mid sekeluarga kecuali Farah (dari SP ke rumah Klang sebab ikut Che Abang bertugas di KL), Ateh dari Raub ( ke KL kerana menghadiri majlis konvokesyen OUM ) dan Alang (memang orang S Alam) serta keluarga masing-masing. Acam dan keluarga tidak hadir kerana Daniel demam panas di saat akhir walaupun merekalah yang teringin saat berkumpul semula. 

Pak Lang, Pak Ngah dan Pak Teh  menyambut hari abah & ayah together gether.




Thanks kak Ain for the nice cake!!



Sebenarnya urusan temujanji hanya dibuat jam 5.30 petang itu juga. Imejensi sangat.. jadi tak sempat nak siap juadah spesial.. Che Mid buat mi kari je.  Mak Lang bawa roti goreng, roti cicah sup cendawan. Mak Teh yang datang dari Raub cuma sempat goreng naget. Minuman pula air sejuk kordial  sarsi dan air panas nescafe 3 in 1.


 Walaupun masing-masing main 'capai' apa yang boleh bawa, pertemuan tetap gamat dan riuh rendah.


 Yang penting semua orang boleh makan sambil bergurau senda. Lepas tu boleh main badminton dan main bola..

 Si anak bujang sedang makan mi kari buatan Mak Ngah.. mesti tak sedapkan.. ala tau la sebab takde sorang pun puji.. Almaklumlah pukul 7 petang baru kelam kabut ke kedai, rempah ratus tak cukup, main campak-campak je..Neks taim Mak Ngah buat lagi kaw-kaw ok! 

Yang muda-muda mengeluarkan peluh di padang... yang tak berapa muda menambah lemak di badan ha ha.. Sambil-sambil tu membentang 'laporan' perkembangan terkini famili masing-masing..

Grup ni pulak sedang mengalun suara lemak merdu (elok sikit dari katak puru) diiringi petikan gitar si Faris..

Penutup - Ucapan tahniah kepada Cikgu Norazila, isteri Ateh, yang menerima ijazah pada Ahad dari OUM. Pengorbanan berulang-alik Raub-KL menghadiri kelas berbaloi selepas berjaya menamatkan pengajian. 

26 comments:

Lia said...

wahh.. bestnya makan ramai2. menu pun best.. yummy

Unknown said...

Wah! Seronok nampaknya ya kak berkumpul sesama keluarga dan makan2 di tengah padang malam2 macam ni. Boleh buat juga ni...hehe

Anonymous said...

Alhamdulillah dapat berkumpul ramai dengan keluarga dan adik beradik.

Di sini rasanya nama tempat ni Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

indahhouse said...

Salam che mid,
Berbaloi buat perjumpaan macam ni. Moga keluarga che mid dan suami sentiasa bertaut erat. er.. penah gado2 tak ngan adik atau ipar? kalu terasa simpan dlm hati atau luah terus? Perlu ada ketua tak, dalam satu grup? hehehe...
Saje nak tau tips berkumpul. Buat panduan saya dan famili. ;D

nur said...

AsSalam Che Mid..
Wah! bestnya dapat gader gader camni... yang pasti hubungan silaturrahim kian erat kan che mid..
Anak2 pun jadi rapat ngan sepupu mereka.. kita sendiri pun makin erat ngan ipar-duai alhamdulillah.

Unknown said...

seronoknya berkumpul sesama keluargakan

Anaasuria said...

uishh.. sporting betul ler adik beradik che mid nih.. jeleh nengok.. :) ...

kalo short notice buat mee kari, kalo long notice agaknya nak masak apa mak ngah? hehehe..

Che Mid said...

Lia - Menu cincai-cincai je Lia, yang penting boleh jumpa..

Che Mid said...

Yus - Ya laaa.. omputeh kata 'supper' ha ha tapi ni supper kat tengah padang..

Che Mid said...

Kunang-kunang - Bersyukur sangat dikurniakan ipar biras yang sport

Che Mid said...

Indah - Terima kasih. Komen Indah ni akan akak jadikan entri khas nanti.. tunggu ya..

Che Mid said...

Nur - Memang betul, bila anak-anak dah besar ni, mereka yang tolong ingatkan bila nak jumpa.. dia orang pulak terlebih rindu pada sepupu2..

Che Mid said...

Ila - Memang seronok, tak sedar jam dah 12 tgh malam..

Che Mid said...

Anaa - He he kalau short notice mee kari, kalau long notice makan apa ya.. lontong kut..

azlina said...

alhamdulilah dpt meraikannya beramai2..

K.zai said...

salam cik mid..meriahnye acara sambut hari bapa..enak2 menu terhidang

syariza09 said...

rajinnya akak adk bradik berkumpul, sronok mcm ni leh sembang2

NiezaMan said...

Wah Che Mid..tak abis lg program piknik2 ya..

Che Mid said...

azlina - Masa berkesempatan ni apa salahnya, neks taim belum tentu lagi..

Che Mid said...

Syariza - Sembang tetap sembang.. tu pun rasa macam tak cukup sembang lagi dah nak balik..

Che Mid said...

kzai - Niat yang baik tu buat sajalah.. tepi padang pun jadik.. tak payah bayar pun

Che Mid said...

Niezaman - hi hi piknik jee.. ok lah lepas ni buat lain pulak..

suri solehah said...

sangat merindui saat2 berkumpul beramai2...

Nizam Awang Brahim said...

Makan ramei2 ter sedak amatnye...

Rahayu aka Mak Chu said...

wahhhh....bestnya.... emmm mohon maaf lah, x dpt join..danial demam, ayahnya pun demam... bila baca entri ni... adussss... klu boleh dipusing waktu, kami dtg bawak tilam & selimut tuk danial mlm tu...
Indahhouse... sedangkan lidah lagi tergigit...tp... (tunggu next entri...kata mak ngah).. kdg2 elok juga sorang di sg petani, sorang di raub, sorang di kl & sorang di shah alam...bertambah2 rindunya...

aNiS tHe BumbleBee said...

sonoknyaaa!!dulu masa we all duduk kt shah alam,teringin sgt nk lepak2 kt padang tu.tp masa tu belum berfamily lagi..hihi!

nnti bila dah balik msia,nak lah bawak anak2 lepak sini..sejukkk je rasaa...