Kejadian ini dah agak lama, sengaja Che Mid tak cerita awal-awal sebab baru bulan Februari lepas Che Mid menjalani pembedahan tonsil dan sinus. Rasa tak syok pulak nak kongsi kisah sedih je. Tapi kali ini oklah.. boleh borak pasal athritis. Lepas ni Che Mid bahasakan diri 'aku'.
Dua minggu selepas pembedahan dan doktor mengesahkan aku benar-benar sihat dan bebas dari tonsil. Tekakku masih 'meragam' kerana ada jangkitan dan doktor masih terus memberi antibiotik tapi itu bukan masalah lagi. Suami yang sedia sibuk kembali fokus pada tugasannya setelah bercuti panjang menjagaku di hospital dan urusan temujanji dengan doktor.
Suatu hari di hujung minggu, kami berjalan-jalan di Pantai Merdeka. Aku merasa aneh di bahagian kepala lutut. Tiba-tiba rasa sakit bila membengkokkan kaki. Tiba di rumah, rasa sakit semakin bertambah terutama bila aku bersolat. Bila solat Isya', aku terpaksa solat duduk!! Kalau rakaat pertama aku berdiri, aku tak mampu bangun untuk rakaat kedua.
Keesokkan pagi, aku mengadu pada suami tentang rasa sakit tu tapi suami buat tak endah saja. Mungkin baru sangat 'berhabis' masa dan emosi dengan sakit aku sebelum ni, dia dah tak nak fikir sangat kut. Memang kasihankan suami api aku semakin sedih dan rasa sakit semakin kuat. Semalam aku boleh berjalan-jalan tapi hari ini aku tak boleh solat berdiri! Ya Allah apa dah jadi! Adakah ia mungkin kesan pada ubatan yang aku makan...!
Suami langsung tak mengajakku ke klinik. Hari Isnin pagi, aku gagahkan diri memandu ke klinik. Bila diperiksa, doktor agak terkejut bila aku kata aku solat sambil duduk. " Puan ni muda lagi... takkan teruk sekali sakitnya". Aku terus mendesak doktor memberitahu aku apa penyakitku.
Ya, doktor kata aku mengidap 'athritis' atau lebih tepatnya 'osteoathritis' - sejenis penyakit sendi-sendi terutama pada lutut akibat dari tulang rawan yang haus. Memang terkejut sangat. Seterusnya doktor menjelaskan bahawa athritis ini ada beberapa jenis. Ada yang cepat sembuh sepenuhnya dan ada yang bergantung kepada ubat sepanjang hayat.
Ya, doktor kata aku mengidap 'athritis' atau lebih tepatnya 'osteoathritis' - sejenis penyakit sendi-sendi terutama pada lutut akibat dari tulang rawan yang haus. Memang terkejut sangat. Seterusnya doktor menjelaskan bahawa athritis ini ada beberapa jenis. Ada yang cepat sembuh sepenuhnya dan ada yang bergantung kepada ubat sepanjang hayat.
Aku dah terbayang nanti jari jemariku akan berbenjol-benjol dan membengkok. Terbayangkan emak dan nenekku masih sihat dan 'ligat' ke sana sini diusia emas mereka dan aku tak pernah dengar pun mereka sakit lutut!
Doktor bekalkan aku dengan ubatan untuk seminggu. Ubat tahan sakit yang kuat membantu melegakan rasa sakit hampir serta merta, namun selepas seminggu sakitku masih tak berubah. Bila ubat tahan sakit dah habis, lututku sakit semula. Aku semakin tertekan. Sakit tonsil dan resdungku baru saja sembuh, kini penyakit baru menjengah pula. Atas sejadah aku mengadu yang aku dah tak boleh solat dengan sempurna, aku tak tunai haji lagi... ada banyak benda di dunia ni aku nak buat lagi Ya Allah! Tapi aku dah dapat penyakit macam ni... aku tambah tak keruan bila aku ingat Deeja, baby kecik yang perlukan sepenuh perhatian dari ibunya. Nak memandikan pun payah, mendokong apatah lagi. Airmata jua menjadi teman setia.
Ubat bancuh yang sangat berkesan
Kunjungan kedua ke klinik, doktor hairan kerana aku masih belum sembuh. Faktor umur (aku masuk 45 tahun) adalah masih muda untuk menghidap penyakit ini secara serius. Kemudian aku dibekalkan dengan ubat bancuh dos tinggi selama 2 minggu. Alhamdulillah, rasa sakit semakin berkurangan dari hari ke hari. Aku sudah boleh solat seperti biasa dan juga yakin untuk memandu sendirian.
Selepas 2 minggu aku terus mengambil ubat tapi kali ini aku beli di farmasi. Sehingga hari ini aku masih berterusan mengambil glucosomine untuk membentuk semula tisu 'cartilage' dan chondroitin bagi menambah cairan 'cartilage' untuk sekurang-kurangnya 4 bulan lagi.
Ini ubat yang dibeli di farmasi kalau tak salah berasaskan sumber laut. Harga pun boleh tahan mahalnya, dimakan 3 kali sehari.
Ubat produk Bio-life keluaran tempatan ini murah sedikit dan lebih serasi nampaknya.
Aku bersyukur sangat kerana boleh solat dan membuat aktiviti biasa semula. Sakit masih terasa namun aku berdoa supaya satu hari nanti akan benar-benar sembuh. Allah telah menarik nikmat pendengaran sekejap dan kini menarik nikmat pergerakan kaki pula. Walaupun sekejap namun aku sedar bahawa kita ini terlalu lemah. Tidak ada istilah tua baru ditarik nikmat. Bila-bila masa saja - apa-apa saja boleh berlaku. Kun Faya Kun. Subhanallah!!