Ads

Thursday, October 21, 2010

Cerita Raya Lagi 4

Tak habis lagi cerita raya? Maaf la ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Bukan apa, Che Mid ni bukan nak menunjuk-nunjuk, cumanya sekiranya satu hari nanti nak membelek gambo-gambo raya ni, tak payah susah-susah nak buka fail gambo... bukak ajelah blog ni ha.. Lagipun, sesapa yang ada gambonya nanti, bolehlah tumpang mengopi dan mengepesnya.. kalau sudi. Che Mid janji, ni las punya gambo raya.. lepas ni takde lagi.. tunggu raya haji pulak he he..

Wokay,  ini Che Mid nak mengkabokan tentang jamuan raya di rumah Che Mid pulak pada 3 Oktober 2010 bersamaan hari Sabtu. Khas untuk kawan-kawan sekerja Che Abang, sedara mara terdekat, jiran-jiran dan kawan-kawan anak-anak bersempena raya dan juga sempena perpindahan kami nanti, Insyaallah. Pindah ke mana? Hiss..itu kita cerita lain kali..

Jadual Che Mid memang ketat sungguh, mana taknya... hari Jumaat malam Sabtu baru balik autstesen (sevey rumah baru..), Sabtu malam Minggu tu rumah terbuka taman (balik pukul 12 tengah malam) esoknya tu pulak jamuan raya rumah sendiri. Apapun, kerana kecekapan diri sendiri yang serba boleh ni.. (isshh perasan tak cukup bakul..) maka inilah hasilnya..

 Katering? Oh tidak tidak...  ada yang Che Mid tempah dan ada yang di masak sendiri. Che Mid juga dapatkan khidmat bibik dari pagi sampai petang untuk back up dari dapur ke depan. Dua unit khemah besar dan 1 unit khemah comel kami sediakan, takut-takut hujan macam malam semalam tu.. haru..

 Menu utama yang pertama tentulah lontong dan nasi impit (sebab I kan orang Jowo yu). Lontong tu Che Mid tempah dengan harga RM1.20 sebatang. Nasi impit dan kuah lodeh buat sendiri. Sambal kacang diimpot khas dari kak Edah sebelah rumah.

 Menu utama yang kedua tentulah lemang (sebab Che Abang orang Pahang). Lemang Nandok yang dibeli di tepi jalan dan rendang daging Che Mid buat sendiri. Ramai juga yang puji rendang daging ni walaupun buat sambil menahan tidur. Sampai 3 pagi yu..Rendang paru cili api pedas gila Che Mid tempah dari sahabat baik Rozi namanya yang sanggup buatkan walaupun demam dan sakit perut.

 Menu utama yang keempat ialah rojak buah. Kalau takde ni... tak lengkaplah majlis Che Mid.. apa orang kata 'signature dish'!! Kuahnya Che Mid dah buat beberapa hari awal. Buah-buah tu tinggal potong je.. Ada kek suji istimewa yang Che Mid tempah dari sepupu Che Mid.

 Menu utama ketiga ni ialah ayam panggang dimakan dengan brown sos, coleslaw dan pasta goreng. Ayam panggang tu kami tempah dari Giant je tapi coleslaw dan pasta Che Mid buat sendiri. Ubi rebus sambal buatan mak Che Mid pun ada. Untuk sesi malam pulak Che Mid sediakan rendang ayam dan nasi lemak panas sebagai tambahan. Takdelah terasa baki dari siang..

 Rendang ayam tu Che Mid masakle lambat-lambat sikit, eh kena buat gak sebab Che Mid punya speseliti jugak. Tapi si bibik tu tak sabar, aleh-aleh rendang dah naik atas dapur. Masa tu Che Mid tengah tidurkan Deeja. Akhirnya, jadi rendang bibik.. bukannya rendang Che Mid. Boleh la..

Minuman pulak air oren kordial F&N dan air panas. Tapi Kak Ita belakang rumah sudi seponse air teh bunga satu bekas besar. Sedap bukan main..

Bersiap bagai nak rak ni.. ada ke orang datang. Memang cabaran betul buat bajet untuk open house macam nikan.. sebab tak boleh nak agak berapa ramai yang akan datang.

Che Mid jemput orang datang pukul 2 petang, Che Abang jemput orang datang pukul 12. Tetamu datang pukul 11.. adoiiii!! Kerusi meja tak susun lagi...Che Abang tengah pergi beli air batu..

 Ha! Inilah kumpulan yang merasmikan majlis jamuan kami. Kawan-kawan kerja Che Abang. Che Mid siapkan hidangan lemang dan lontong dulu. Lambat sikit lepas tu, barulah batch hidangan yang lain keluar pulak. Jadi dia oranglah yang beria-ia merasanya.

 Dari kiri - Saiful, Che Abang, Syukri dan Azam duduk bersembang di khemah comel. Anak isteri di khemah luar rumah. Alhamdulillah, pada sebelah siang tetamu datang takdelah ramai dan tak serentak walaupun tak putus, jadi bolehlah kami melayan semesra yang boleh.

 Nyai dan besannya pun ada. Nyai tunggu sampai malam dan tidur kat rumah Che Mid. Walaupun tak makan banyak, tapi dia suka tengok orang datang..

 Ini tetamu paling sporting. Sape nama dia ya.. Fauziah ke Fazilah ke.. sori tak berapa ingat. Dia ni masih sanggup datang ke rumah kami walaupun kat rumah dia pun buat open house jugak!! Tabik spring!


 Ini keluarga Pak Cu Zali dari Subang yang sudi datang bersama isteri dan anak-anak.

 Ini Zuraidah - kawan sekampung tapi beramah mesra di facebook. Pasal facebook dan blog jugalah tetamu ingat nama Deeja, macam dah kenal lama.

Ini pulak Rohani dan suaminya. Dia ni kawan sebilik masa di UITM dulu. Sanggup datang dari KL sebab dah bertahun tak jumpa. Thanks to facebook!

 Keluarga sebelah Che Abang datang dari lepas Zohor lagi. Lepak punya lepak, sampai lepas Maghrib baru balik. Harap semua 'enjoy' makan dan makan walaupun tuan rumah tak berapa nak layan..

 Kalau tetamu sebelah siang kebanyakannya orang jauh, sebelah malam pulak memang Che Mid khaskan untuk jiran dan saudara terdekat. Memang meriah sungguh. Saja je dia orang duduk lama-lama, berborak dan bergurau senda.

 Ini Cik Ali dan Cik Odah, datang berdua je. Cuba kira.. berapa bungkus nasi lemak agaknya meke ni makan? Takpe.. sila.. sila..

 Tak taule berapa lama dia orang melepak kat sini. Adik Nor (kiri) tu datang dua kali. Yang lain tu jiran satu lorong. Yang bertudung pepel tu la yang buatkan nasi lemak dan kuah kacang. Yang tudung hitam tu yang masakkan rendang paru..

Ini Cik Mis dan Cik Suria dari Raub, Pahang. Dah rezeki agaknya, setiap kali Che Mid buat makan-makan.. setiap kali tu la mak sedara kebetulan datang ke Klang. Langkah kanan betulkan..

Tu la dia ghupenya, jamuan raya Che Mid. Alhamdulillah, makanan yang ada sedang elok untuk tetamu. Adalah belen-belen sikit untuk Che Mid jamah esok paginya tu. Ramai lagi yang tak sempat diambik gambar untuk dikenang-kenangkan kat sini. Terima kasih banyak-banyak pada yang hadir, yang tak hadir pun terima kasih gak. Sebab kalau semua datang alamat Che Mid kena 'cover' dengan cekodok pisang je le...

Eh eh.. perasan tak.. Che Mid tak tukar baju dari tengahari sampai malam.. kui kui kui

Tuesday, October 19, 2010

Cerita Raya Lagi 3

Seperti biasa, persatuan penduduk di tempat tinggal Che Mid akan buat rumah terbuka hari raya. Tahun ini jatuh pada 2 Oktober 2010, lepas Isya'. Persiapan dan mula dari awal petang lagi. Juadah disediakan oleh blok-blok yang telah ditetapkan menunya.

Sambutan memang meriah sangat. Masing-maisng pakai baju raya kerana tahun ini ada hadiah penampilan terbaik. Tapi samthing hapen yu no!!


 Banyak hadiah nama bertuah menanti pemenang. Hadiah utama tahun ini ialah 2 biji basikal budak-budak. Ada anak-anak yang paksa mak bapak datang dengan harapan menggunung untuk menang basikal!

 Cuaca baik dan ceria aje. Untuk hidangan bufet, kami susun di tempat lapang di bahagian tepi. Nak jimat kos, khemah hanya untuk tetamu sahaja, makanan tak payah khemah-khemah. Tersenyum lebar Cik Jah dengan susunan mengancam sup tulang dari Jalan Muafakat 4. Selain itu, keropok lekor pun ada gak. Perasan tak kat belakang tu, ada skrin besar sedang menayangkan video aktiviti taman.

 Ini dari Jalan Muafakat 3, Che Mid punya jalan. Macam biasa kami ditugaskan untuk menyediakan barbeku ikan, ayam, kerang dan lain-lain. Sebelah pagi, kami gotong royong menyiang dan memerap ikan dan ayam. Lepas Asar pulak, orang lelaki membakar dan orang pempuan menyiapkan sosnya. Tapi tahun ni Che Mid tak dapat rewang sebab baru balik autstesen..

 Tak pasti pulak blok mana yang siapkan buah-buahan ni, masa miting ari tu, takde pulak bincang pasal buah membuah ni. Tentu ada orang murah hati seponsekan.. dengarnya ada jugak orang seponse nasi lemak..Alhamdulillah, syukur nikmat..kepada tuhan yang memberi rahmat.. o o o o

 Che Mid incaj untuk pendaftaran dan cabutan bertuah. Masing-masing sibuk mendaftar. Syaratnya kena pakai nama suami saja kecuali bagi ibu tunggal untuk mengelakkan lebih dari satu nama untuk satu rumah.. mana aci..

 Tengoklah tu. tempat duduk berbumbung dipenuhi dengan penduduk dan keluarga masing-masing. Yang tak dapat duduk, terpaksalah berdiri atau menyandar di tepi surau. Acara dimulakan dengan doa dan ucapan serta penyampaian hadiah untuk bakal jemaah haji dari taman kami. Lepas tu acara makan memakan pun bermula dengan meriahnya.

 Tiba-tiba.. tanpa disangka-sangka, hujan turun dengan amat lebatnya. Bukan saja air hujan, sekali dengan angin kuat yang membawa air hujan ke bawah khemah. Makanan?? Emm.. tak usah cakaplah, banyak yang dibasahi air hujan walaupun cuba diselamatkan oleh orang ramai yang dah pun basah kuyup.

 Suasana di khemah VVIP yang dah tak jadi VVIP. Sesapa yang sempat menyusup dan duduk bolehlah makan dihiburkan oleh bunyi angin kuat dan deruan air hujan yang turun dari celah cucur khemah. Sekali tengok macam air pancur pun ada ha ha!!

 Kelihatan Wahab (atas kerusi) dan abah che mid berlindung dari hujan. Baju Melayu yang hensem tu dah separuh lenjun!!

 Kebanyakan anak-anak kecil di'selamatkan' ke dalam surau. Tempat ni tak sepatutnya jadi tempat makan, tetapi darurat punya pasal... maka berhimpunlah jiran tetangga di situ. Mana yang sempat mengambil makanan tadi, bolehlah makan. Mana yang tak sempat amabik makanan (macam Che Mid ni)... duduk berborak jelah.

 Adik-adik Che Mid tengah enjoy the fud. Ijam terpaksa pinjam sejadah surau buat tutup kepala Aidid masa nak bawa dari khemah ke dalam surau.

Ketika hujan lebat turun, Pak Bilal melaungkan azan, dan hujan reda tak lama lepas tu.

Kemudian, acara seterusnya seperti pemberian duit raya untuk anak-anak dan penyampaian hadiah bertuah telah diadakan hingga lewat malam.

Apa pun, sambutan kali ini memang 'happening' dan membawa memori tersendiri. Walaupun basah dan lecah, walau makan sup tulang bercampur air hujan, walau makan nasi lemak agak kembang, wajah-wajah gembira jelas terpancar hingga ke akhir majlis.

Cerita Raya Lagi 2

Jumpa lagi!!, Maafkan Che Mid sebab lama tak menjenguk blog sendiri dan merayau ke blog kawan-kawan. Komen-komen pun Che Mid tak jawab, sori sangat-sangat. Ada masalah teknikal sikit. Insyaallah, lepas ni Che Mid cuba menulis dan merakam gambar. Cuma entri dah 'basi' le, sebab dah habis raya, tapi kalau tak tepek gambar ni sayang pulak rasanya.

Kali ni Che Mid nak ronda-ronda raya pulak. Nak masukkan juga gambar suasana tetamu beraya dan macamana kami beraya di rumah sedara mara, jauh dekat.

 Aitt? Awat gambar lauk pulak ni.. Ha inilah masakan istimewa yang Che Mid makan raya ni. Ikan pari masak pecal memang biasalah untuk orang Jawa macam Che Mid ni. Tapi yang ni lain sikit, dengarnya resepi turun temurun keluarga yang Che Mid ziarah ni.  Bezanya, tuan rumah campurkan ikan pari ni dengan jantung pisang yang dah dicelur dan pucuk ubi yang tak payah celur. Masukkan ke dalam lauk tu 'just before' angkat. Rasanya memang terangkat habeh beb!! Makan je dengan nasi panas.. Fuhh.. kalau tak ingatkan raya dan segan dengan tuan rumah.. memang Che Mid tambah nasi 2-3 kali, lepas tu 'jambal' lauk tu puas-puas...

 Sebelah kiri tulah tuan empunya resepi, tapi sekarang anak cucu dah pandai masak jugak. Nenek ni kira sedara sebelah Nyai dan dah tak berapa sihat. Menangis dia orang berdua ni dapat berjumpa taim raya. Maklumlah dah tua.. kalau tak de orang muda yang bawa, takdelah mereka dapat berjumpa dan bercerita kisah-kisah lama..
Ini pulak di Tanjung Karang. Tuan rumah (tengah-tengah) tu dah tak boleh jalan lepas terjatuh 2 tahun lepas. Kecederaan di tulang punggung mengakibatkan nenek ni cuma boleh mengesot je. Tapi, alhamdulillah nenek ni dijaga dengan baik oleh anak-anak dan cucu-cucunya. Walaupun tak boleh berjalan, dia nampak bersemangat dan ceria terutama bila dapat berbual dengan Nyai yang memang ditunggu-tunggu.

 Kami bertemu sepupu emak yang dah bertahun tak jumpa. Dah besar-besar anaknya!!

 Abah Che Mid berbual dengan kakak sulung dan abang. Si kakak mengadu dah tak berapa sihat, selalu sakit kepala. Telinga pun tak berapa dengar.. pilu hati mendengar rintihan seorang tua yang dah berumur 85 tahun ni.

 Ijam dan isteri melaram dengan kereta mini mereka. Deeja... biasalah.. semua orang nak bergambar dengan dia.

 Afruz, Deeja dan Farah di rumah Pak Teh Rosdan di Raub.

 Mak cu Ayu dan Mak Ngah di Raub - biras terbaik di dunia!!

 Sedang makan lontong di rumah baru Cik Mi, adik abah yang bongsu.

 Aina bertandang ke rumah Che Mid. Kami sekampung tapi Aina menetap di KL, tapi telah pun membeli rumah di Aman Perdana... dekat dengan rumah Che Mid

Ipar duai sebelah emak. Kerusi dah tak muat untuk tiga jejaka tu duduk.. Masa ni kami di rumah Cik Ti dan suami ( kiri ).


Riuh rendah tergambar jelas masa berposing dengan pak cik makcik dan sepupu sepapat sebelah emak!! Bukan selalu dapat berkumpul macam ni, ini pun berjumpa secara kebetulan sebab beraya di rumah yang sama. Sebelum tu, kami berebut makan ketupat dan baki sayur goreng tuan rumah.. habis licin kami belasah!!

Wednesday, September 29, 2010

Cerita Raya Lagi

Pagi raya .. eh ehe selepas solat Jumaat.., kami beraya di rumah emak che mid. Dari 8 beradik yang dah berkeluarga, 6 dapat beraya sekali. Ain balik ke kampung suami di Seremban dan Nana pula tidak bercuti.

Inilah rupanya keluarga sebelah che mid. Emak, abah, adik, adik ipar dan anak buah.



 Empat pasang - berdiri di belakang tu adik beradik - Ijam, Nor, Che Mid dan Lina. Masa ni Acik tak sampai lagi... tertinggal keretapi he he
Lima pasang anak menantu bersama emak dan abah. Yang depan tu tersesat bujang trang tang tang sorang. Ada yang berkenan? Kontek Che Mid ya.. Korang perasan tak, menantu lelaki semuanya bermisai.. wah wah ganteng!!


 Keluarga Adik Lina.. cantik sedondon berwarna putih. Warna berani untuk yang ada anak-anak kecil dan lasak.

 Abah kata tahun ni Deeja tak payah pakai baju kurung sebab tak pandai jalan lagi. Tapi, masa shoping di Jasko, ternampak baju kurung comel warna ungu tu.. sedang elok untuk Deeja..

Keluarga Acik dah datang awal pagi ke rumah emak. Tunggu adik beradik lain, tak datang-datang, dia orang pun balik rumah sendiri. Lepas Jumaat bila yang lain dah sampai, dia orang pulak yang tak tiba-tiba. Tapi sempatlah bergambar satu famili..

Ok, nanti sambung lagi. Deeja dah bangun.. nak susu!!

Tuesday, September 21, 2010

Orang Cina Pun Pergi Kubur Juga

Nak sambung sikit lagi pasal raya ekk.. Masa Che Mid nampak dua orang lelaki Cina menziarahi kubur mualaf. Siap bawak air dan bersihkan kubur macam yang orang 'kita' buat.

Che Mid               - "Datang dari mana ni?"
Cina baju merah    - "Dari Klang"
Che Mid               - "Ooo...Ini kubur sapa?"
Cina baju merah    - " Kubur kawan. Dia punya isteri ada di Hadyaai"
Che Mid               - "Ooo.. jadi dia suruh you datang tengoklah.. ganti dia" ( He he   pandai-pandai tokok tambah) 
Cina baju merah    - " Ya. Tapi tak boleh buat apa-apa". (Maksudnya, dia tak bolehlah nak baca yassin ke, tahlil ke sebab dia bukan Islam.. Che Mid ingat itu macamlah..)
Che Mid               - "Tak pe. Ini pun oklah. Kalau macam tu, I wish you Selamat Hari Raya untuk you lah)
Cina baju merah    - He he. (Cina baju itam tu asek pandaaang je... nak menyampuk tak pandai kut..)

Alahai... tu la dia.. Banyak lagi kubur-kubur kat situ yang tak de orang ziarah. Farah kata, "Kesian kubur ni.. tak de orang tengok dia." Lepas tu dia akan bersihkan sikit-sikit dan tabur bunga rampai atas kubur tu. Memang dia dah stenbai siap-siap.

Pengajarannya ialah.. kalau orang bukan Islam sanggup datang dari jauh nak tengok kubur orang Islam.. inikan kita satu bangsa satu agama satu keturunan..ziarahlah kubur kaum keluarga kita kerana satu hari nanti kita juga akan jadi menghuninya.

Tapi ada satu wajah yang ceria bila dapat melawat kubur kekasih hatinya.


Kalau boleh Nyai nak lama-lama kat kubur Yai.. nak melepas rindu yang tak pernah padam..walupun Yai dah meninggal hampir 20 tahun dulu..