Seperti biasa, persatuan penduduk di tempat tinggal Che Mid akan buat rumah terbuka hari raya. Tahun ini jatuh pada 2 Oktober 2010, lepas Isya'. Persiapan dan mula dari awal petang lagi. Juadah disediakan oleh blok-blok yang telah ditetapkan menunya.
Sambutan memang meriah sangat. Masing-maisng pakai baju raya kerana tahun ini ada hadiah penampilan terbaik. Tapi samthing hapen yu no!!
Banyak hadiah nama bertuah menanti pemenang. Hadiah utama tahun ini ialah 2 biji basikal budak-budak. Ada anak-anak yang paksa mak bapak datang dengan harapan menggunung untuk menang basikal!
Cuaca baik dan ceria aje. Untuk hidangan bufet, kami susun di tempat lapang di bahagian tepi. Nak jimat kos, khemah hanya untuk tetamu sahaja, makanan tak payah khemah-khemah. Tersenyum lebar Cik Jah dengan susunan mengancam sup tulang dari Jalan Muafakat 4. Selain itu, keropok lekor pun ada gak. Perasan tak kat belakang tu, ada skrin besar sedang menayangkan video aktiviti taman.
Ini dari Jalan Muafakat 3, Che Mid punya jalan. Macam biasa kami ditugaskan untuk menyediakan barbeku ikan, ayam, kerang dan lain-lain. Sebelah pagi, kami gotong royong menyiang dan memerap ikan dan ayam. Lepas Asar pulak, orang lelaki membakar dan orang pempuan menyiapkan sosnya. Tapi tahun ni Che Mid tak dapat rewang sebab baru balik autstesen..
Tak pasti pulak blok mana yang siapkan buah-buahan ni, masa miting ari tu, takde pulak bincang pasal buah membuah ni. Tentu ada orang murah hati seponsekan.. dengarnya ada jugak orang seponse nasi lemak..Alhamdulillah, syukur nikmat..kepada tuhan yang memberi rahmat.. o o o o
Tengoklah tu. tempat duduk berbumbung dipenuhi dengan penduduk dan keluarga masing-masing. Yang tak dapat duduk, terpaksalah berdiri atau menyandar di tepi surau. Acara dimulakan dengan doa dan ucapan serta penyampaian hadiah untuk bakal jemaah haji dari taman kami. Lepas tu acara makan memakan pun bermula dengan meriahnya.
Tiba-tiba.. tanpa disangka-sangka, hujan turun dengan amat lebatnya. Bukan saja air hujan, sekali dengan angin kuat yang membawa air hujan ke bawah khemah. Makanan?? Emm.. tak usah cakaplah, banyak yang dibasahi air hujan walaupun cuba diselamatkan oleh orang ramai yang dah pun basah kuyup.
Suasana di khemah VVIP yang dah tak jadi VVIP. Sesapa yang sempat menyusup dan duduk bolehlah makan dihiburkan oleh bunyi angin kuat dan deruan air hujan yang turun dari celah cucur khemah. Sekali tengok macam air pancur pun ada ha ha!!
Kebanyakan anak-anak kecil di'selamatkan' ke dalam surau. Tempat ni tak sepatutnya jadi tempat makan, tetapi darurat punya pasal... maka berhimpunlah jiran tetangga di situ. Mana yang sempat mengambil makanan tadi, bolehlah makan. Mana yang tak sempat amabik makanan (macam Che Mid ni)... duduk berborak jelah.
Adik-adik Che Mid tengah enjoy the fud. Ijam terpaksa pinjam sejadah surau buat tutup kepala Aidid masa nak bawa dari khemah ke dalam surau.
Ketika hujan lebat turun, Pak Bilal melaungkan azan, dan hujan reda tak lama lepas tu.
Kemudian, acara seterusnya seperti pemberian duit raya untuk anak-anak dan penyampaian hadiah bertuah telah diadakan hingga lewat malam.
Apa pun, sambutan kali ini memang 'happening' dan membawa memori tersendiri. Walaupun basah dan lecah, walau makan sup tulang bercampur air hujan, walau makan nasi lemak agak kembang, wajah-wajah gembira jelas terpancar hingga ke akhir majlis.
4 comments:
Salam perkenalan Kak Mid..saya pun duduk Klang, ni merantau ke Swak..akak Klang area mana ye? Kebetulan jamuan raya persatuan penduduk kat kawasan rumah saya pun 2hb Oktober juga..hujan jugak..ingatkan akak duduk area Andalas..
Salam Che Mid,
Alah kesiannya.. nasib baik semua maintain senyum jer. bagus sungguh..! mesti sedih tgok makanan tu stlh berpenat lelah... tapi benda nak jadi, dah takdir..
Happy bila tgok makan ramai2 macam ni. :))
Salam Che Mid,
Kalau yang tak dapat makan tu, masing-masing tapau jer la bawa balik.Hujan rahmat tu...Bagi yang dapat basikal tu mesti jamuan raya tahun ni paling indah buat dia..Che Mid dapat hadiah aper ya..no naik ker dak?
Lina - akak di Meru, emak abah adik beradik semua duduk sini. Tapi akak dalam proses nak pindah. ke mana? tungguuu...
Indah - mana tak senyum, dah jadi macam budak-budak.. main-main hujan ha ha
sweetie - alah.. no tak naik la tahun ni..tapi budak-budak tak berganjak dari awal hingga akhir majelis.. mengharap basikal..las las ada satu nenek tu menang, melompat-lompat cucu dia!!
Post a Comment