Ads

Friday, October 29, 2010

Rojak Timur Barat

Apa benda Rojak Timur Barat ni? Ah.. Che Mid ada-ada je... Saje je Che Mid bagi nama resepi ni macam tu. Jom tengok apa dia.


Sebenarnya Che Mid gunakan kuah rojak buah Che Mid tu. Tapi nak ubah selera sikit, Che Mid gantikan buah-buahan dengan sayuran iaitu :-

Timun, sengkuang, tempe goreng, tauhu goreng, tauge, kangkung dan yang paling spesel sekali ialah sosej goreng. Sebab ada sosej tu la Che Mid rojak timur barat.. he he.

 Campurkan kesemuanya dan curahkan kuah rojak dan kacang tanah kisar. Kalau kurang pedas tambah dengan cili padi potong...

Inilah dia rupanya Rojak Timur Barat. Berbeza dengan pasembor atau rojak mamak yang berasaskan kacang... ini gelap berkicap. Boleh dimakan dengan nasi atau makan macam tu aje.

Che Mid suka jadikan resepi ni sebagai buah tangan ke rumah adik beradik. Senang sebab stok kuah sentiasa ada.. bahan lain tu cuma goreng dan potong dan gaul dan sedaaaap.. Kalau nak bawa keluar, kuah dan bahan campuran bawa berasingan. Dah sampai baru campurkan dan hidang.. barulah 'fresh' dan rangup.

Khas untuk Azean - kalau dah pandai buat kuah rojak Che Mid tu, cubalah buat macam ni pulak ya!!

7 comments:

Nizam Awang Brahim said...

Nampok macam sedak je....

Che Mid said...

La.. memang le sedak.. lagi pedah lagi sedak

sweetie2010.blogspot said...

Salam Che Mid,

campuran timur dan barat tu. camner buat kuah rojak tu che Mid. Makan gitu2 jer best..mm

Lina Rahim said...

sedapnya Kak Mid..terliur betul..la.nak pindah Kedah rupanya Kak Mid..tak apa la..tempat isteri di sisi suami kan..saya ikut hasben pun sampai ke Swak ni ha..

Che Mid said...

sweetie - resepi rojak buah tu akan diusahakan.

Lina - correct 3x ha ha

piewahid said...

sesekali memang kena berani ubah suai selera. nampok pun dah sedak!

che mid said...

piewahid - a ahkan, kalau tak cuba memang tak tau hasilnya..