Dah berapa kali entah aku tukar-tukar mukkadimah ni. Hai susah betul nak cari mood.. nak buat happy ke, sedih ke.. biasa-biasa je ke. Tapi yang PASTI dan rasanya tak berganjak lagi..
Dengan ini secara rasminya diumumkan bahawa Che Mid dan anak-anak akan berpindah ke negeri Kedah Darul Aman mengikut Che Abang yang dah pun ditukarkan ke sana.. HAH.. tu dia.. lega..
Buat masa ini, Che Abang dah jadi wiken hasben dan I dah jadi wiken wife tapi full time emak bapak anakanda2ku masa wikdes. Fuh!! Ada faham!!
Terkejut besau bila Che Abang bagi tau yang dia kena pindah jauh nun di utara. Masa kami dapat tau tu, bulan puasa... macam-macam perasaan ada.. terkejut, konfius, pelik bin heran pun ada. Yalah! Kami dah setel daun kat Klang ni dan 7-8 tahun dah. Tak pernah terfikir nak tinggalkan tempat ni.
Che Mid lagi la.. lahir di sini, emak abah, atuk nenek, wak, paman, embah, sepupu sepapat, kawan baik, musuh ketat semua ada sini.. Belajar pun paling jauh kat Shah Alam, kerja dulu pun paling jauh kat Bangi dan Banting (hik hik kelakar pun ada..) Tup tup nak pindah.. memang termenung panjang le..
Rumah Che Mid yang ada sekarang ni, adalah rumah separa pusaka, emak abah dan adik beradik semuuuaaaanya tinggal di satu kawasan. Memang tak terlintas langsung nak pindah-pindah ni. Emak cakap,"Masa muda-muda dulu taknak merantau, dah tua-tua ni baru nak merantau.."
Si Farah dan Faris dan menangis tak nak pindah. (Ibu pun nangis gak, cuma tak bagitau orang je..) Tapi jeng jeng jeng, untuk nak pisah dengan Che Abang oh.. tidak sekali sekali..jadi keputusan yang amat berat dan penting telah pun diambil.
Opis baru Che Abang di Gurun, jadi kami kena cari rumah di kawasan tu jugalah. Selepas beberapa kali turun naik Selangor-Kedah, Kedah-Selangor.. akhirnya kami jumpa dah rumah sewa yang menepati ciri-ciri yang kami mahukan.
Inilah jalan utama ke rumah kami dari Gurun. Ambangan Heights, Sungai Petani itulah tempatnya.
Rumah semi-D satu tingkat, 5 bilik. Baru di buka, tak ramai orang duduk lagi. Tapi Alhamdulillah, sebelah rumah Che Mid dah ada orang tinggal.
Kawasan padang permainan yang luas betul-betul di depan rumah.
Tuan empunya rumah ni tinggal di Kangar. Suami pulak bertugas di KL.. dah tu macamana nak pindah rumah baru? Kamilah tolong duduk situ..
Farhan diamanahkan untuk menjaga rumah di Klang. Dia belajar di Shah Alam kan.. Barang-barang kami tak bawa langsung kecuali yang dianggap perlu saja.
Farhan sedang mengemop lantai dari depan ke bilik ke dapur. Good job dear! Alah senang je.. rumah lapang macam padang!!
Bergerak dari Klang hari Jumaat tengahari, 22 Oktober. Ayan pandu kereta Ria kami yang sarat dengan barang-barang. Antaranya TV, toto, selimut, bantal dan pinggan mangkuk.
Hari pertama masuk rumah baru pada 23 Oktober lepas. Pagi Sabtu kami tiba, letakkan barang yang kami bawa dari Klang. Lepas tu ke acara soping menyoping pun bermula.
Mula-mula beli tilam untuk 3 bilik. Tak payah beli katil pun. Itu KIV. Alasan takut Deeja jatuh.. tengah lasak sangat tu.. Lepas tu kami bergegas ke Tesko. Belanja sakan, cadar, dapur masak, kuali dan cerek dan ntah apa-apa lagi. Balik tu beli gas dan hos.
Faris bergaya atas tilam barunya. Bantal dapat free 3 bijik. Tapi almari baju takde lagi. Neks visit ya ..
Deeja di bilik utama, atas toto bawak dari Klang. Bukan main seronok merangkak sana sini..
Mesin basuh takde lagi, Jadi Che Mid tunjuk skil cuci tangan baju-baju kerja Che Abang. Wah, penat juga dah bertahun tak guna kudrat sendiri cuci kain. Masa Che Abang sidai, dia lupa perah.. ingatkan guna mesib basuh ke?. Sangkut je kat pagar tu.. sotong kering pun cantik tergantung.. he he
Petang Ahad kami kecuali abahnya, bertolak balik ke Klang. Tinggal abah sorang-sorang kat rumah baru. Takde kawan.. takde barang nasib baik ada TV..
Insyaallah, kalau tak ada aral, lepas Hari Raya Haji kami akan berpindah terus. Jadi sesiapa yang tersesat ke Sungai Petani, buat-buatlah sesat ke rumah kami..
18 comments:
salam che mid,
Oh.. Jauhnya pindah. Suami kak kerja proton ke? Mesti nanti jiran2 rindu kat kak. Moga che mid dapat jiran baru yang baik2 seme...
Indah - suami kerja Naza. Jiran sebelah tu nampak ok sangat. Dia memang harap sangat dapat jiran. Tapi tengah pikir ni, nak pasang streamyx ke guna broadband je.. apa pendapat indah
Yeaaaayyy!! Che mid pindah kt ambangan height ke??rumah anis beli pun kt situ jugak.insyallah tahun depan nk duduk sana.bolehlah kita jumpa2 nanti......
che mid kan masak sedap...hikss!!
Makin jauh keatas gi nye.2,3 minggu ni sibuk ngemas la nampoknye...
Salam buat che mid sekeluarga, semoga bergembira di tempat baru.. dekat lah dengan Liza.. Insyaallah.. ada kelapangan Liza akan mlawat che mid di sana..
anis - sebelum ni kami dapat rumah di Guar, tapi ada orang nak beli rumah tu. Lepas tu kami dapat di Taman Bayu 2, fully furnished tapi sewa mahal sgt.. las las dpt ambangan heights. Kalau jodoh tak ke mana he he..
JD - makin jauh merantau, tapi... kampung tetap sama kan
Liza - dah dekat dah. Boleh kita temukan dua dua khadeeja tu..
Jauh merantau yer. Janji dekat disisi abg yer Che Mid. Moga rumah baru, tempat baru ni memberi lebih kebahagiaan buatChe Mid sekeluarga. Nanti teror cakap ala loghat sana ya.
sweetie - jom mai utara!!
SALAM CIK MID..CITA KT LBH KRANG SMA JAAAA.KM ASAL DR PG TUP TUP DOK CNIII.
ramymynn-saya pun bkn asal org cni ntah d mn slapnya km skluarga tpaksa blk dok kdah area tu jg.boringgg tp ckup tnang...
ramymynn-saya pun bkn asal org cni ntah d mn slapnya km skluarga tpaksa blk dok kdah area tu jg.boringgg tp ckup tnang...
ramymynn-saya pun bkn asal org cni ntah d mn slapnya km skluarga tpaksa blk dok kdah area tu jg.boringgg tp ckup tnang...
kak .. saya nak tanya la.. macam rumah akak tu.. ada tak untuk disewa? saya sedang mencari rumah sewa.. minta akak reply.. saya terdesak sangat2..:D
salam...tumpang promote ye Che Mid
rumah baru dapat kunci..
ambangan height Rio..0174485451
As salam tn tanah.Saya tumpang iklan utk bagi sewa rumah Rio @Ambangan height.Berminat boleh call 0174639791(Suhaimi)
As salam tn tanah.Saya tumpang iklan utk bagi sewa rumah Rio @Ambangan height.Berminat boleh call 0174639791(Suhaimi)
Post a Comment