Ads

Thursday, December 13, 2007

Teringin anak diusia 40an

Tiba-tiba perasaan ingin menimang bayi tergerak di hati saya dan suami. Usia saya menjangkau 42 tahun Jun depan agak terlalu tua untuk itu sementelah anak yang bongsu sudah pun mencecah 12 tahun.

Tiga orang anak kami yang semakin membesar ( dua orang telahpun berada di sekolah menengah dan seorang lagi darjah 6) menyebabkan rasa sunyi di rumah. Dulu, saya dibantu oleh bibik semasa mereka kecil lagi tapi kini saya telahpun menjadi 'mem' sepenuh masa di rumah. Kalau difikirkan seronok juga agaknya mendidik sendiri bayi. Anak-anak saya pula memang teringin ada adik lagi.

Siang tadi saya telah mengeluarkan iucd yang telah saya guna kaedah ini sejak anak yang bongsu lahir. Maklumlah saya ni jenis subur.. Cuma doktor memberitahu bahawa kemungkinan untuk mendapat down syndrome adalah tinggi kerana usia melebihi 35 tahun tetapi saya juga disahkan sihat dan tiada penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis. Saya juga dah mula mengambil folic asid sejak sebulan lalu.

Jika ada rakan-rakan yang ingin berkongsi pengalaman sudilah kiranya memberikan pendapat atau semangat. Teringin memang teringin tapi sedikit takutla..

No comments: