Ads

Tuesday, August 26, 2008

Pertemuan emas dua beradik

Pada 17 Ogos lepas, saya dan suami telah membawa mak mertua bertemu dengan abang sulungnya. Pak Lang Ali sebelum ini telah koma beberapa hari selepas jatuh ketika mengambil wang pencen di Singapura tapi ketika itu mak ada di kampung, Kuala Lipis cuma baru ini baru ada kesempatan melawat abangnya itu. Syukur Alhamdulillah, Pak Lang Ali dah boleh berjalan dan bertambah sihat.
Pak Lang Ali ni adalah abang kepada mak satu bapa lain mak. Oleh kerana ibu bapa mereka meninggal ketika mak masih kecil maka mak telah dipelihara oleh adik beradik. Mak anak yang bongsu, tak hairanlah kalau mak ni disayangi dan manja dengan kakak-kakak dan abang-abangnya.
Umur Pak Lang Ali ni dah 85 tahun dan mak pulak dan menjangkau 63 tahun. Gambar di bawah ini menunjukkan kedua mereka bertanya khabar setelah beberapa tahun tidak bertemu. Rindu dan terharu jelas tergambar ketika mereka bertentang mata. masih terserlah loghat nogoghi Pak Lang Ali walaupun lama berhijrah ke negeri orang.
Menurut ceritanya, mereka sebenarnya lahir di Negeri Sembilan. Namun begitu, ramai orang Malaya waktu itu bekerja di Singapura termasuklah keluarga mak. Sewaktu di Singapura Pak Lang Ali bekerja sebagai anggota polis dan mak pernah ikut tinggal di sana. Pak Lang Ali yang bertanggungjawab menjodohkan mak dengan abah mertuaku yang juga anak angkatnya. Abah bekerja dengan Keretapi Tanah Melayu dan sering berulang alik dari Singapura ke Malaya. Selepas berkahwin mak mengikut abah berpindah ke Pahang sampailah hari ini. Pak Lang Ali pula menetap di kampung Melayu Raya, Pontian selepas pencen. Namun demikian, anak-anak Pak Lang Ali masih menetap dan menjadi warganegara Singapura.

Jarak yang jauh antara Pahang dan Johor ditambah dengan faktor keuzuran menyukarkan mereka berjumpa selalu. Kalau ada pun telefon digunakan sebagai penghubung kasih tapi pendengaran Pak Lang Ali yang semakin merosot juga menyukarkan mereka berbual panjang.

Apa pun, pertemuan ini adalah pertemuan indah mereka. Menyedarkan saya bahawa pertemuan orang tua adalah sangat-sangat istimewa dan amat bermakna kerana entah bila pertemuan lain akan menyusul... sempatkah .. atau ajal terlebih dahulu menjemput. Seperti kata Pak Lang Ali, " kito ni menunggu maso yo!!..."

1 comment:

en_me said...

sodeynyerrr.. btw, me asal kampung melayu raya ittewww.. salamm