Ads

Thursday, October 30, 2008

Rumah Terbuka Taman Dato Bandar

Program Rumah Terbuka Aidil Fitri Taman Dato Bandar pada 26 Oktober 2008 yang lalu di perkarangan surau Al Faizin. Kehadiran amat memberangsangkan dengan konsep satu lorong satu menu. Lorong saya Jalan Muafakat 3 dikehendaki menyediakan barbeku ayam dan ikan..
Program tahun ini berlangsung dengan meriah dan santai sekali... tiada ucapan dan kata aluan, hanya doa selamat di awal acara diikuti dengan jamuan makan. Mari kita saksikan foto-foto kenangan yang disiarkan. Banyak gambar tidak dapat disiarkan kerana mutu kurang sesuai atau tukang gambar 'missing in action' ketika acara menarik berlaku.





Kelihatan ajk Pak Imam Jamil dan ajk Persatuan Penduduk bersedia menanti para jemputan.

Saya bersama Ustazah Salmah, pengajar fardhu ain, suaminya Ustaz Asmuni yang juga penceramah bulanan Surau Al Faizin sedang mendengar celoteh Pak Imam Thaifor yang juga Ketua Kampung Meru yang baru.


Manis bertudung ungu muda pula ialah isteri kepada YB Dr Rani Osman, ADUN Meru yang tak sanggup lagi makan akibat terlalu banyak menghadiri undangan rumah terbuka pada hari yang sama.

Anak-anak perempuan sabar menunggu giliran untuk menerima duit raya dari Puan Afidah Hanim, isteri YB. Masa nilah semua orang nak mengaku jadi budak-budak!!







Tuan Pengerusi Persatuan Penduduk sedang mencabut undi hadiah cabutan rumah bertuah. Berdiri di tengah ialah Khusrin dan Ali Akhbar sedang berharap moga-moga merekalah yang menang!! Cabutan bertuah itu dibuat berdasarkan nombor rumah dan lorong penduduk. Tak datang malam tu, maaf ya, tak dapat hadiah!!
Bahagian penyediaan makanan dari Lorong 4B, ibu-ibu tersenyum sambil mengisi satay dan nasi himpit. Takut orang ambil banyak-banyak la tu!! Seperti yang diduga satay habis dengan kadar segera!!
Jalan Muafakat 2 memang terkenal dengan rojak mamak ciptaan Wak Kosim. Kelihatan Cik Nah, Kak Ita dan Kak Jah sibuk mengisi bahan-bahan rojak ke dalam mangkuk.

Ini pasukan bakar-membakar dari Jalan Muafakat 3. Mereka sanggup tidak berbaju Melayu demi berkhidmat kepada tetamu sekalian. Dari kiri suamiku tercinta, Wahab, Abang Din, Baha dan Azizul. Rupa bukan main hensem, tapi jangan sekali-kali rapat....... bau asap manyak kuat ooo!
Ini wanita-wanita Melayu terakhir sedang berhempas pulas menghabiskan juadah 'round' ke ...... Dari kiri Aida, Angah, Kak Idah, Ruzi, Cik Nah dan diriku yang memegang orang lain punya stok tu!!
Ha.. masa ni memang betul-betul tengah makan, (ikan cencaru bakar memang kelas!) itupun setelah tetamu dah tinggal seorang dua saja. Suamiku kepenatan selepas beria-ia membakar ayam dan ikan-ikanan. Jelas terbukti dari bau asap yang melekat di bajunya he he
Masa rumah terbuka tahun lepas, kanak-kanak telah diumpan dengan ekstra duit raya jika sekiranya mereka tolong kutip sampah. Tapi tahun ini, tuan DJ terlupa nak umumkan awal-awal dan anak-anak pun dah bertaburan entah ke mana, maka terpaksalah bapa-bapa pulak jadi majlis bandaran... Termasuklah Cik Jai kita ni..


Dibantu oleh Pak Lurah dan Bendahari yang sanggup mengenepikan kekacakan mereka demi melakukan kerja-kerja pembersihan.

Cikgu Harun sedang khusyuk mencuci saki baki kekotoran.. sambil diperhatikan oleh Syukri di tingkap stor surau... dengan pose mautnya.. Hushh, antu nampak sure terkejut punya!

Foto ini menyerlahkan kegembiraan kami tanda majlis berlangsung dengan jayanya dan pinggang masing-masing telah bertambah 2 inci kerana kekenyangan.


Foto of the nite - Ibuku Sumirah bermanja dengan menantunya Cikgu Jamil di hadapan kami yang sedang berposing untuk bergambar. Kacau daun betul!!

Apa pun, tahniah dan terima kasih daun keladi kepada penganjur dan para petugas yang bertungkus lumus menjayakan program rumah terbuka ini. Jumpa lagi di rumah terbuka 2009!!









No comments: