KRT Taman Dato Bandar telah menganjurkan Kem Solat untuk anak-anak berumur 8 - 17 tahun di Taman Cahaya Sri Alam (TCSA) dari 21 - 23 November 2008. Seramai 115 peserta lelaki dan perempuan telah menghadiri program 3 hari 2 malam ini. Terima kasih daun keladi kepada Lembaga Zakat Selangor, pejabat ADUN Meru, KRT, ahli Majlis MPK dan orang-orang perseorangan yang menaja kem solat ini.
Para peserta menaiki bas ke TCSA manakala urusetia dan ibu-ibu pengarang menaiki kereta secara 'car pool'. Berikut adalah gambara-gambar yang sempat dirakamkan. Banyak lagi aksi-aksi tidak dapat diambil kerana kamera saya 'kong'. Saya akan cuba mendapatkan gambar-gambar dari sahabat yang menyimpan dan akan mengemaskini artikel ini bila berkesempatan.
Sibuk mendaftarkan anak masing-masing. Puan Ruziah kecoh mencari nama empat orang anak buahnya tetapi sebenarnya dia tak mengisi borang terlebih dahulu. Nasib baiklah urusetia beri kebenaran disaat terakhir untuk turut serta.
Suasana di dalam bas perempuan. Hampir 50 orang menaiki bas yang cuma mempunyai 42 kerusi. Disebabkan kebanyakan mereka bersaiz S dan XS, dapatlah mereka duduk dengan agak selesa.
Haru biru keadaan di dalam bas peserta lelaki. Walaupun sebahagian dari mereka diminta menaiki kereta kerana keadaan bas yang sesak namun.. oh ... tidak sekali-kali. Duduk berhimpit di dalam bas adalah lebih nikmat daripada di dalam kereta berhawa dingin.
Orang kuat Kem Solat, Ustazah Rosni Sukerman, sedang memberi taklimat kepada peserta.
Keadaan hujan rintik tidak melemahkan semangat mereka untuk duduk di perkarangan Surau al-Faizin sambil menunggu kedatangan bas. Kelihatan sebahagian ibu bapa memerhati dari belakang sana.
Lihatlah ekspresi wajah yang teruja untuk berkumpul sesama rakan, menuntut ilmu sambil beriadah. Cuba fokuskan kepada wajah adik kecil yang di riba oleh abangnya tu.. (adik tu ingat dia pun pergi sama!)
Menangis beria-ia apabila tidak dapat menaiki bas. Puas juga ibunya memujuk..

Anak-anak berbaris menunggu giliran menaiki bas. Beg-beg besar tu mengalahkan orang nak pergi haji la pulak!
Suasana di kolam renang TCSA sewaktu riadah petang hari kedua. Terbayang disetiap wajah keseronokan berendam selepas penat dalam LDK masing-masing.
Sekumpulan anak-anak bermain air. Kebanyakan mereka telah hilang tudung masing-masing. Hiss.. nama pun budak-budak!! Yang kelakarnya, ustaz-ustaz fasi pun terjun sama, main simbah-simbah air lagi. Ya lah, ustaz pun nak 'release tension' jugak.

Inidi bahagian lelaki pulak. Yang mana satu ustaz, yang mana satu anak murid pun dah tak tau dah..
Ni mana aci, emak yang jadi pengiring tapi sibuk jaga anak sendiri, siap ikatkan rambut lagi tu, jealous I tau!
Ni mana aci, emak yang jadi pengiring tapi sibuk jaga anak sendiri, siap ikatkan rambut lagi tu, jealous I tau!
Urusetia paling garang tidak lepas dari 'hailer'nya. Encik Ali dan Encik Azhar setia menemani peserta. Kang ada yang tenggelam, sape nak menjawabnya!!
Ibu-ibu dan para fasi muslimat bergambar ramai di tepi kolam renang. Ada yang baru sampai untuk meraikan majlis BBQ pada sebelah malamnya.
Ha tu dia.. masing-masing berusaha sedaya upaya untuk tidak tertidur tapi ada yang tak boleh tahan lagi. Inilah akibatnya bila seronok sangat main air tadi..
Anak sapa la tu??
Anak-anak dara masih okay dan mampu tersenyum untuk kamera, walaupun dalam hati kata," hai, bila lah nak makan ni"
Uh...uh.. enaknya ayam barbeku ni! Ada udang, sosej, salad, nasi goreng.. semua lazat-lazat belaka.
Ini tak lain dari cik puan pengerusi majlis. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tok Ketua Kampung dan Pembantu Pegawai Perpaduan daerah Klang turut hadir memeriahkan majlis perasmian penutup pada malam itu. Dalam sibuk-sibuk mengacara majlis, sedar-sedar cenderahati untuk fasi tak siap lagi. Kelam kabut sekejap dibuatnya..

Apa pun, tahniah dan syabas kepada semua ajk pelaksana dan ibu-ibu yang terlibat dari awal hingga akhir terutamanya kepada Cikgu Jamil, Cikgu Harun, Ustaz Zamri, Ustazah Rosni dan Cikgu Kalimah. Tanpa anda, belum tentu program ini akan berjaya dizahirkan!! Syukran jazilan kathira.
1 comment:
sonoknyerrr kannns.. moga moga mendapat berkt dari kem solat ittewww..
Post a Comment