Ads

Wednesday, November 19, 2008

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 50

Coretan ini khusus untuk ayahanda dan bonda mertuaku; Husain bin Othman dan Nyachik binti Abdul Rahman sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 50 pada 22 November 2008



Gambar persandingan di Singapura


Sibunga berasal dari Negeri Sembilan
Kumbang datang dari Kuala Krau, Pahang
Tarikh keramat 22 November 1958
Di Singapura ditemu dan dijodohkan

Janji dimeteri sehidup semati
Potret wajah pengganti diri
Disebalik madah sulaman jiwa
Kekal tersimpan satu rahsia


Foto ini pemberian abah kepada emak bersama nota kecil dibelakangnya. Emak masih menyimpan foto ini dan sentiasa dibawa ke mana-mana.



" Husaini Asmara
Semoga dengannya gambar yang burok ini
menjadikan kenangan-kenangan selama-lamanya
pada Busu seisi rumohnya "






Dari Singapura ke Kuala Lipis
Bahtera rumahtangga dilayar ke tengah
Ombak dan badai sekalian ditepis
Kepada Ilahi doa dipasrah



Hari berganti minggu, bulan berganti tahun
Pemecah sunyi semestinya diimpikan
Putera dan puteri nan segak pun anggun
Enam semuanya, satu disimpan


Permata hati digilap berkilau
Satu persatu menginjak kedewasaan
Bercambah warisan dari menantu ke cucu
Kini lengkaplah salasilah keturunan


Gambar emak dan abah dengan suamiku diribaan.




Gambar dibawah diambil bersama Alang dipangkuan emak, dan suamiku berdiri berbaju belang.





Ini pula ketika bergambar di hadapan rumah Mak Andah (kakak emak) di Kampung Simpang, Johol bersama saudara mara.

Kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari ulangtahun perkahwinan ke 50 buat emak dan abah. Semoga Allah kurniakan kesihatan dan umur yang panjang serta dimurahkan rezeki kepada kalian berdua. Tiada emak dan abah, tiadalah kami...












No comments: