Kita sambung sikit lagi tentang hari keluarga Hj Ismail. Ha.. pernah tak tengok kuih ni....
Che Mid pun tak pernah jumpa kuih ni dulu. Nama makanan ni ialah gandos. Orang Jawa punya makanan kut.. Alkisahnya, arwah moyang Che Mid, Haji Salleh, semasa hayatnya dulu berniaga kuih muih dan hasil kampung. Kuih yang paling terkenal ialah kuih gandos sehingga beliau dikenali sebagai 'Salleh Gandos'. Kuih ini diperbuat daripada tepung gandum dan kelapa parut. Kemudian dibakar menggunakan acuan khas dan dimakan dengan sambal tumis. Rasanya seperti lempeng tepung tetapi ia lembut dan lemak.
Saya usahakan untuk mendapatkan kuih ini sempena dengan majlis perjumpaan keluarga kerana selain ia ada kena mengena dengan sejarah keluarga, saya teringin sangat nak tau bagaiman rupanya. Dan saya tau, ramai sedara mara seangkatan saya yang tak pernah tengok kuih gandos ni.. Alhamdulillah, sepupu saya Kak Caci berjaya menempah 100 ketul kuih dan dijadikan hidangan sampingan pada malam itu.
Satu lagi acara yang saya tidak ceritakan dalam posting saya sebelum ini ialah acara meraikan hari lahir anak-anak Haji Ismail yang jatuh pada bulan Julai. Mereka ialah abah Hj Jamil, Kakak abah Wak Bad, dan adik-adik abah Cik Dhur dan Cik Mis. Saya memang ternanti-nantikan acara ini sebab nak tengok reaksi mereka potong kek beramai-ramai disaksikan adik beradik yang lain... adegan yang tidak pernah dilihat!!
Che Mid sengaja suruh dia orang tu suap menyuap, ingatkan dia orang tak nak buat, rupanya sporting habis!!.. Abah saya siap suap setiap seorang .. gamat dan riuh rendah masa tu.. Punya seronok sampai tak sedar saya terlompat-lompat.
Nampak jelas kegembiraan di wajah merekakan..
Tengoklah abah saya tu... sengih sampai ke telinga!! Hilang penat Che Mid bila tengok orang yang diraikan gembira sakan!!
Moga-moga Allah swt panjangkan umur dan kurniakan kesihatan serta jauhkan perbalahan sesama adik beradik selagi hayat dikandung badan. Amin
Lepas tu, wakil keluarga masing-masing datang ke depan menyampaikan hadiah. Wakil keluarga Jamil ialah Mamat anak Ain. Dari jauh dia dah jerit, "Tok!! ambik ni.." bila Mamat sedar orang semua ambik gambar, mula terkulat-kulat malu..
Anak-anak Cik Mis tengah mintak mahap dari emak mereka, sebab hadiah besar yang patutnya disampaikan tertinggal di rumah....
Ketika berangkat pulang sempat bergambar bersama orkid yang dimenangi.
Adikku Lina memang bertuah sungguh malam tu, baby keciknya tidur sepanjang majlis yang hingar bingar tu. Jadi mak dia pun enjoy habisla.. Suami pulak sempat berkejar ke hotel tu lepas habih keje.. anak yang lagi tiga orang tu dijaga oleh sepupu-sepupu yang lebih besar. Lagipun majlis nikan majlis keluarga sendiri, jadi tak kisahlah kalau nak panjat stage ke, anak baring atas stage ke... dia orang buat macam rumah sendiri je...
Cucu-cucu Wak Jamil bergambar kenangan... perasan tak..cucu lelaki mendominasi..
Bujangku Ayan dengan Fairuz yang lebih muda umurnya, tapi pangkat makcik.. camno??
Lagi gambar suku sakat Hj Ismail, yang muda-muda tu.. memang manisss kan kan kan... rupa pun lebih kurang je.. tetapi bukan adik beradik tu.. sepupu je..
Adik beradikku.. 5 dari 8 orang..
Menantu Wak Jamil yang paling perasan ensem.. orang Kedah Darul Aman no.. nama dia Cikgu Jamil... ha ha macam Pak mentua dia.. Ini suami Acik.. bukan suamiku... suamiku kena outstation.. huk huk tak dapat join.. dengar cita je la balik nanti..
Berbaju hitam tu.. pakcik... dikelilingi anak buah..
Eh eh.. kita pun menang orkid jugak lah.. disampaikan oleh Cik Mis. Lepas tu, orkid tu kita bagi mak kita bela.. dia tu memang peminat orkid..
Tengok Ammar tu.. tepuk dahi bila dapat hadiah tikar dari Mak Udanya. Hai...tak de benda lain ke nak bagi kat aku ni... Mak Udanya pun dapat hadiah jugak.. tapi disebabkan dia yang incaj hadiah.. las las.. hadiah sendiri terbagi balik kat orang.... syian mak uda dah konpius..
Faizun tu pangkat cucu paling muda, umur 11 tahun. Cucu paling tua dan berumur 65 tahun... Terpinga-pinga dia bila diumumkan untuk sampaikan hadiah bertuah. Yang menang pulak si Huda. Elok bebeno le tu..
Ha kan dah kata dah.. bebudak ni peduli apa... boleh bermain di mana saja.. Ini Mamat dengan Caca main gusti atas pentas.. masa tu kami sedang main game jugak..Pak Teh sekameraman bersiap nak balik.. Thanks banyak-banyak sebab ambil gambar ya.. cantik-cantik gambar Che Mid malam tu..
Pengerusi majlis, sepupu Azmir Suria memulakan majlis. Terima kasih Mir, kerana sudi jadi emcee walaupun tak sempat nak baca skrip yang Che Mid emel awal-awal. Yang penting sporting!!
Pembukaan majlis adalah memperdengarkan ayat suci al-Quran oleh sepupu, Faisal Hadi Karim yang menghafaz Surah al-Mulk. Beliau sedang bersekolah di sekolah tahfiz dan insya Allah akan menjadi tahfiz pertama dalam keluarga Haji Ismail nanti. Menariknya, Faisal memakai kain pelikat Arwah Haji Ismail yang masih cantik dari simpanan ayahnya. Che Mid rasa terharu sangat ketika menolong Faisal mengenakan kain pelikat itu. Ketika itu juga emcee bercerita pula tentangnya.Terasa arwa Atuk berada dekat dengan kami pada masa itu.
Majlis diikuti dengan bacaan tahlil yang diketuai oleh abahku Jamil serta diiringi oleh adik beradik dan anak-anak buahnya.
Che Mid bersalasilah tentang atuk Haji Ismail dan nenek Hajjah Hadiah.



Ketika penyampaian cenderahati kepada anak sulung - Wak Asiah yang telah pun berumur 85 tahun. Beliau sangat-sangat teruja untuk hadir. Katanya sampai tak lena tidur malam menanti hari majlis..










Iwan, anak Cik Mi menjulang tinggi hadiah misteri dari bawah kerusinya. Idea membeli jug plastik comel datang dari anak Che Mid si Farah tu... dia kata, " nanti banyak rumah orang ada jug ni... bila tengok jug ni.. kita akan ingat masa dinner dulu"
Cik Ali ni tak ikut arahanlah.. orang kata tengok bawah kerusi, dia tengok bawah meja.. mana nak jumpa jug tu...
Masing-masing mencari jawapan kuiz. Pertandingan antara meja-meja ini dimenangi oleh meja Che Mid. Hadiahnya... he.. setin sardin setiap seorang...





Bergambar ramai atas pentas sejurus sebelum bersurai. Ha.. inilah kisah perjumpaan keluarga atuk Haji Ismail. Che Mid akan post satu lagi artikel tentang majlis ini nanti. Enjoy!!