Masing-masing berkumpul di De Palma Hotel pada jam 8 malam. Adik beradik abah seramai 14 orang hadir. 5 orang lagi tidak dapat hadir kerana sebab-sebab tertentu namun itu tidak menghalang kami bergembira malam itu.
Rekaan 'backdrop' pentas. Empat gambar tertera ialah (dari kiri) gambar arwah Moyang Haji Salleh, isterinya Hajjah Khadijah, Datuk Haji Ismail dan Nenek Hajjah Hadiah. Koleksi gambar ini disimpan oleh Pak cik Kosim yang menyerahkan kepada saya untuk tujuan ini.
Barisan juadah bufet makanan Melayu menanti untuk dijamah. Saya tempah menu paling murah iaitu RM38.00 net. Untuk warga emas dan kanak-kanak bawah 12 tahun pula cuma RM25.00. De Palma aje yang boleh bagi murah jika dibandingkan dengan hotel setaraf di kawasan Shah Alam. Antara menunya ialah nasi putih, ikan steamed, ayam panggang, daging berkuah, bubur nangka dan lain-lain. Alhamdulillah, takde pulak yang merungut kata makanan tak sedap. Kira ok lah tu... Saya pulak... mana ada masa nak makan... ter'busy' sangat malam tu..mabuk mengandung lagi.. nasib baik tak pitam!!
Pemandangan di meja pendaftaran. Kelihatan adik Lina yang bawa baby Mimi akhirnya datang bersama keempat-empat anaknya. Mulanya tak nak datang sebab hubby kerja, takut tak terjaga anak-anaknya tu ha.. tapi atas perintah abah tercinta dan kata semangat dari kakak yang lain, akhirnya dia muncul juga.
Kelihatan emak bapa kami diiring untuk memasuki dewan. Ketika ini, kami semua berada dalam dewan. Kat luar dah tak de orang... surprise!!
Mereka semua berbaris di tepi meja masing-masing untuk menghulur salam sambil menabur bunga rampai.
Lihatlah betapa meriahnya. Muzik latar pula, kami pasang marhaban dari Raihan. Memang syahdu. Seolah-olah dah bertahun tak jumpa, padahal ada yang dah berborak di luar dewan tadi..
Pemandangan di dalam dewan menanti tetamu tiba. Setiap meja kami letakkan sepokok orkid yang sedang berbunga mekar. Selain hiasan yang cantik, ia juga digunakan sebagai hadiah kuiz nanti. Setiap meja juga disediakan sepiring bunga rampai yang kami buat di rumah lagi. Aroma bunga rampai memenuhi keseluruhan dewan... memang indah dan romantis gitu..

Tempat duduk disediakan untuk tetamu VIP yang terdiri dari adik beradik abah. Jadi eksklusif pulak.. sebab rasanya tak ada majlis lain selain kami..
Tiga orang anak abah yang sedang mengandung - dari kiri adikku Nana (anak sulung), Ain (anak ke dua) dan Che Mid lah...
No comments:
Post a Comment