A ah... Kali ni untuk keluarga sebelah bapa saya pulak. Idea untuk mengadakan majlis telah disuarakan oleh emak selepas saya mengadakan kenduri ulangtahun perkahwinan ke 50 ibu bapa mertua pada Apri lepas. Masa tu, saya belum mengandung lagi, jadi masa tu kira ok ajelah kan...
Selepas Che Mid disahkan hamil, mabuk pulak teruk, rasa macam tak mampu nak handle majlis tu sorang-sorang, rasa macam nak KIV pun ada. Kebetulan, ketika satu majlis pertunangan sepupu, saya telah dipanggil untuk membincangkan pasal family day tu. Nak tak nak kenalah pergi dan semuanya setuju untuk teruskan.
Maka Che Mid pasang azam untuk cuba sedaya upaya melaksanakan harapan mereka terutama harapan emak dan abah. Saya percaya, kalau niatkan demi emak dan abah, pasti Allah akan permudahkan.
Akhirnya, pada 18 Julai 2009 bertempat di De Palma Hotel, Shah Alam, berlangsunglah majlis gilang gemilang meraikan adik beradik abah seramai 14 orang tu dan mengenang aruah kedua atuk dan nenek. Disebabkan majlis seumpama ini pertama kali diadakan, ekslusif la kononnya kan.. cuma 80 orang dapat hadir dengan bayaran RM50 seorang.
Meriah dan happening gitu!! Jom kita saksikan adegan-adegannya!! jeng jeng jeng!!
No comments:
Post a Comment