Bantal-bantal kecil tersusun atas pentas untuk kegunaan semasa tahlil nanti.
Pengerusi majlis, sepupu Azmir Suria memulakan majlis. Terima kasih Mir, kerana sudi jadi emcee walaupun tak sempat nak baca skrip yang Che Mid emel awal-awal. Yang penting sporting!!
Pembukaan majlis adalah memperdengarkan ayat suci al-Quran oleh sepupu, Faisal Hadi Karim yang menghafaz Surah al-Mulk. Beliau sedang bersekolah di sekolah tahfiz dan insya Allah akan menjadi tahfiz pertama dalam keluarga Haji Ismail nanti. Menariknya, Faisal memakai kain pelikat Arwah Haji Ismail yang masih cantik dari simpanan ayahnya. Che Mid rasa terharu sangat ketika menolong Faisal mengenakan kain pelikat itu. Ketika itu juga emcee bercerita pula tentangnya.Terasa arwa Atuk berada dekat dengan kami pada masa itu.Majlis diikuti dengan bacaan tahlil yang diketuai oleh abahku Jamil serta diiringi oleh adik beradik dan anak-anak buahnya.Hadirin mengaminkan doa beramai-ramai supaya roh onyang, atuk, nenek, pakcik, makcik dan sepupu yang telah pulang ke rohmatullah dicucuri rahmat. Sesungguhnya kasih sayang dan ingatan kami tetap terpahat walau mereka sudah tiada lagi. Khusus untuk Kiayai Hj Ismail yang menurunkan ilmu agama kepada anak dan keturunan serta Hajjah Hadiah yang melahirkan 14 orang anak dan berkembang hingga mencapai 341 orang hari ini. Che Mid bersalasilah tentang atuk Haji Ismail dan nenek Hajjah Hadiah.
Saya dapatkan cerita sejarah ini dari adik beradik abah, manakala tarikh yang tepat saya dapati dari dokumen seperti surat beranak, surat nikah, surat mati dan sebagainya. Ramai yang tidak tahu tentang salasilah keturunan sendiri. Ada juga yang meminta salinan dari saya. Nanti Che Mid catat kat sini ya..
Deretan cenderahati untuk setiap ibu bapa kami. Ia berupa telekong untuk yang perempuan manakala sepasang kain baju melayu dan kain pelikat untuk yang lelaki. Kos cenderahati saya dapatkan dari sebahagian yuran kehadiran. Manakala untuk hadiah bertuah pula ditaja oleh hadirin sendiri. Sudahnya... ada yang termenang hadiah sendiri!!
Masing-masing tekun mendengar salasilah keluarga. Mungkin ada yang teringat kisah lama....
Adik beradik bersama isteri atau suami diraikan seperti VIP. Ada juga yang dah jadi balu. Namun jelas dari riak wajah masing-masing, mereka amat terasa dihargai kerana diraikan dimajlis seperti ini.
Satu lagi meja VIP.
Ketika penyampaian cenderahati kepada anak sulung - Wak Asiah yang telah pun berumur 85 tahun. Beliau sangat-sangat teruja untuk hadir. Katanya sampai tak lena tidur malam menanti hari majlis.. Wak Maimunah yang sentiasa tersenyum dan banyak tertawa dari berkata-kata sedang menerima cenderahati.
Cik Kosim dan Cik Nah sedang menerima hadiah. Cik Nah adalah salah seorang yang paling banyak membantu. Hadiah cenderahati tu dialah yang tolong beli. Tak surprise lah!!
Ini pula pasangan Wak Badriyah dan suami. Mereka mempunyai anak seramai 13 orang, dan ramai juga anak-anak mereka yang hadir pada malam tu. Best betul!!
Ini tentulah abah dan emak Che Mid.... emak kita siap sponsor 8 lucky draw. Ada satu tinggal kat rumah. Dalam tu ada kuih tart yang ditempah khas..last-last kita orang makan syendirila.. Emaklah yang beria-ia suruh Che Mid buat majlis ni, dan memang berjaya buat abah bergumbira ria!!
Ini Cik Dhuriyah, makcik ku yang ke enam ke tujuh... dah tak ingat.. ramai bebeno.. dah jadi balu tapi tetap vogue you.. Dia ni pulak tukang bagi moral support pada Che Mid. Dia dah cakap awal-awal, "Midah, lepas ni buat lagi ya!!" Amboi-amboi dia ingat macam buat beday pati anak kita je ke!! Tapi apa pun, Che Mid jadi kuat semangat walaupun badan lembik dek penangan pembawak budak!!
Ini couple Cik Masnah dan Suria, orang tua emcee kita. Mereka tinggal di Sungai Koyan tapi sanggup datang dari jauh semata-mata meraikan majlis ni. Dia orang juga antara yang terawal bayar duit. Best la.. tak banyak soal.. janji on!! Sesekali berkumpul adik beradik apa salahnya keluar duit sikit.. ala.. bukan selalu....
Ini pasangan kedua bongsu. Cik Ali dan Cik Saodah memang favorite anak-anak buah. Semua orang manja dengan mereka ni. Kalau nak tau, Cik Odah ni sebaya Che Mid tau, alih-alih kahwin awal dan dapat pakcik sendiri pulak. Mereka tinggal bersama nenek Hadiah sehinggalah nenek meninggal. Cik Odah kata bila lama-lama dia tengok gambar arwah nenek di pentas tu, rasa rindu pulak... nak menitis air mata pun ada..
Ini makcik bongsu - Cik Masodah yang dipanggil Cik Mi. Tinggal di KL tapi akan balik ke kampung bila rumah baru dah siap nanti.
Che Mid menemuramah Wak Asiah, tanya apa perasaan dia malam tu... tak terkata.. asyik ketawa je..
Cik Mis menang hadiah bertuah dari Cik Ali. Wah.. wah siap kissing kiri kanan lagi, mana dapat tengok adegan kakak cium adik ni...
Cik Mis menang hadiah bertuah dari Cik Ali. Wah.. wah siap kissing kiri kanan lagi, mana dapat tengok adegan kakak cium adik ni...
Seorang lagi sepupu, Kak Wok, sedang mengambil makanan di luar dewan. Entah apa yang diusik tu.. sampai gelak besar...
Iwan, anak Cik Mi menjulang tinggi hadiah misteri dari bawah kerusinya. Idea membeli jug plastik comel datang dari anak Che Mid si Farah tu... dia kata, " nanti banyak rumah orang ada jug ni... bila tengok jug ni.. kita akan ingat masa dinner dulu"Cik Ali ni tak ikut arahanlah.. orang kata tengok bawah kerusi, dia tengok bawah meja.. mana nak jumpa jug tu...Masing-masing mencari jawapan kuiz. Pertandingan antara meja-meja ini dimenangi oleh meja Che Mid. Hadiahnya... he.. setin sardin setiap seorang...
Iwan, anak Cik Mi menjulang tinggi hadiah misteri dari bawah kerusinya. Idea membeli jug plastik comel datang dari anak Che Mid si Farah tu... dia kata, " nanti banyak rumah orang ada jug ni... bila tengok jug ni.. kita akan ingat masa dinner dulu"Cik Ali ni tak ikut arahanlah.. orang kata tengok bawah kerusi, dia tengok bawah meja.. mana nak jumpa jug tu...Masing-masing mencari jawapan kuiz. Pertandingan antara meja-meja ini dimenangi oleh meja Che Mid. Hadiahnya... he.. setin sardin setiap seorang...
Antara soalannya ialah ambil gambar isteri Cik Ali dengan kamera atau handfon, sediakan syiling 50sen, bawa kasut baby, bawa tali kasut dsb...
riuh rendah dibuatnya..
Hadiah kemuncak - Wanita anggun dimenangi oleh Kak Tati yang mendapat baucer malan malam untuk 2 orang. Memang Kak Tati nampak anggun walaupun dah berumur 53 tahun. Apa rahsia anda??
Anugerah Lelaki Anggun jatuh keribaan sepupuku Zulkifli Ehsan. Memang sesuailah dengan title ni.. Terima kasih daun keladi kepada Zul dan isteri yang sanggup datang cepat untuk jadi penyambut tetamu VIP. Dua hari selepas majlis, Zul call Che Mid dan kata, " sekarang kita cari maklumat untuk perjumpaan seterusnya... kali ini aku boleh tolong lagi.." cayalah Zul.
Dah penat bergelak ketawa, tiba waktu pulang. Masing-masing bersalaman sambil diiringi marhaban. Masa ni Che Mid tak ikut bersalam, sebab sibuk susun kerusi untuk sesi bergambar pula..
Inilah wajah-wajah gumbira anak-anak dan menantu Haji Ismail dan Hajjah Hadiah sebelum berangkat pulang dengan seribu kenangan.
Bergambar ramai atas pentas sejurus sebelum bersurai. Ha.. inilah kisah perjumpaan keluarga atuk Haji Ismail. Che Mid akan post satu lagi artikel tentang majlis ini nanti. Enjoy!!
Bergambar ramai atas pentas sejurus sebelum bersurai. Ha.. inilah kisah perjumpaan keluarga atuk Haji Ismail. Che Mid akan post satu lagi artikel tentang majlis ini nanti. Enjoy!!
8 comments:
Tahniah atas kejayaan mid menganjurkan keluarga.....Kalu mabuk gini gayanya kalo tak mabuk berganda2 kut cemerlang....bila nak buat utk kwn2 lak....
Buat la untuk kita....gang SMTIS..
Kpd Anonymous,alhamdulillah... nak tau tak.. petang tu mid beli kfc dan makan kenyang-kenyang kat bilik sebab dah tau dah.. takkan dpt makan punya malam tu dek kesibukan.. he he. Excited punya pasal, tak ingat pun tengah mabuk.. ada masa tu sampai terlompat-lompat atas pentas..Esoknya flat dan melepek 3 hari.. padan muka I..
Ana, ewah-ewah pandainya buat cadangan.. kali ini ana buat aku follow belakang.. jaddik!!
Wah dahsyatnya ida anjur majliiisssss...!!! Bukan senang keje tuuu. Seronok Rinn tengok bila ada keluarga besar yang sporting dan tak kisah dengan acara-acara kekeluargaan sebegini. Itulah rasanya kelebihan ada keluarga besar. Tahniah...dan Alhamdulillah sbb dipermudahkan olehNya.
Amboooooiii Ana poooonn...teringin nak ada majlis yang boleh jenguk bawah kerusi ada hadiah ya. Setuju dengan ida... Ana buat we all follow keh keh keh.
Apa pun semoga ida tak mabuk teruk tika menjalani puasa ni. Nampaknya kena ke PARAM selalulah ni ya...dah chefnya dok mabuk-mabuk sakan niii...
Mohon maaf zahir batin ya. InsyaAllah raya nanti kita ketemu....
Rin, alhamdulillah mabuk ida dah ok. Muntah pagi-pagi tu masih ada lagi tapi dah boleh masak dan tak sentisif bau lagi. Ida pun boleh puasa. Tapi bila buka tu, tak berapa lalu makan. Malam keletihan macam lepas rewang kerja kawin rasanya. Setakat ni cuma terawih sendiri di rumah, tak larat ke surau lagi...
Assalamualaikum kak Midah, nak tanya ni..kenapo ada gambar yang tak leh nak click jadi besar..nak lobang sendiri pun tak leh..heeee.
iwan anak cik mi.
Assalamualaikum kak Midah, nak tanya ni..kenapo ada gambar yang tak leh nak click jadi besar..nak tengok lobang idung sendiri pun tak leh..heeee.
iwan anak cik mi.
Post a Comment