Ads

Sunday, November 22, 2009

Afruz 5A

TAHNIAH!! TAHNIAH!! TAHNIAH!!

Afruz Diyanah bt Mohd Mastura, anak sedara Che Mid sebelah suami dapat 5A UPSR. Afruz bersekolah di Sek Rendah Kebangsaan AU Keramat, anak pertama dari 4 beradik.  Dia ni setau Che Mid, memang anak baik dan dengar kata ibu dan ayah. Berkat kesungguhan dan kerja keras juga galakan dari ibu dan ayah, Afruz berjaya dapat 5A. Gambar ni diambil disaat-saat penuh debar menunggu pengumuman.


Ayu, Afruz dan Acam tersenyum gembira selepas mendapat keputusan. Ayah Afruz pun dulu dapat 5A, kira bapa borek anak rintik la ni.. or like father like daughter also can la.. Ibunya.. em.. lupa lak nak tanya dapat berapa A dulu.. lebih dari 5A kut..he he


Afruz ditenangkan oleh Ayu ketika menangis kegembiraan sejurus diumumkan dapat 5A.


Bersama dua orang penyokong kuat - cikgu dan ibu. Tahniah untuk cikgu juga kerana 23 orang murid sekolahnya mendapat 5A.

Khas buat Afruz - Mak Ngah ucapkan tahniah dan syabas pada Afruz. Mak Ngah tau, bukan mudah nak dapat keputusan cemerlang. Mana nak jaga adik lagi - Danial dan Awish yang tentunya suka usik kakak dan baby Azyan (yang baru jalan jatuh), nak itu dan ini dari kakaknya. Belum lagi nak tolong ibu jaga rumah dan kemas rumah. Ayah pulak, dulu selalu 'out station' kan. Kadang-kadang memang nampak muka Afruz ni 'tension' semacam je.

Apa pun, Mak Ngah tau Afruz memang bertanggungjawab pada keluarga dan pandai jaga diri. Tahniah dan teruskan usaha di masa depan!! Ha, kejap lagi keputusan PSRA pula nak keluar. Namun, jangan lupa rezeki semua ditangan Allah swt, tak semestinya kita dapat semua yang kita hajatkan. Kalau belum ada rezeki, sabar banyak-banyak dan jangan cepat putus asa.  Percayalah, pandai atau tidak seseorang anak itu, ibu dan ayah tetap sayangkan kita. Mak Ngah pun sayang semua anak-anak buah Mak Ngah!!


Friday, November 13, 2009

Baby Aidit al-Fathi dah lahir!!

Ha Ha!! Jangan terkejut, bukan baby Che Mid ni...... ini baby adik bongsu Che Mid .. Nana. Kira anak buah Che Midlah... eh..eh Mak Long la..


Aidit al-Fathi selamat dilahirkan secara normal pada 10 November 2009 di Darul Ehsan Medical Center pada jam 3.25 petang.



Beratnya 2.7kg. Sepatutnya due date ialah 5 Disember akan datang tapi oleh kerana perut Nana besar sangat jadi dipercepatkan tarikh kepada 10 November. Maknanya baby Aidit ni tak sampai pun 9 bulan dan dilahirkan.



Pada pagi 10 hb tu, Nana pergi hospital tapi tak sakit lagi. Cuma doktor dah suruh puasa siap-siap dah. Tengaharinya pulak, masukkan air dan pecah air ketuban. Padanlah perut besar rupanya kembar air. Lepas tu, Nana terus sakit  makin kerap dan bersalin pada 3.25 petang.



Hermei bersama anak sulung. Dah jadi ayah dalam usia 28 tahun. Suka betul si ayah dapat anak.


Baby Aidit ni kira cucu lelaki pertama sebelah Hermei. Sarung tilam dan bantal warna biru tu, emak Hermei yang tolong buatkan..



Disebelah Nana pulak, baby Aidit ni cucu ke 16 emak Che Mid dan cicit ke 29 untuk Nyai. Nana siap berpilis dan berbengkung. Dia kata pakai pilis di dahi tu, hilang pening kepala.. Nana jadi ibu ketika usia 23 tahun.



Baby Aidit ni asyik tidur je, Che Mid rasakan sebab belum time dia kena keluar dari perut ibu diakan, tu yang bantai tidur je...



Jururawat dari DEMC sedang memeriksa Nana ketika lawatan ke rumah.



Sayur beneng kobis panjang dan kentang menjadi hidangan pertama Nana ketika berpantang.




Dan ikan haruan bakar bubuh garam, kunyit dan lada hitam. Nana suka makan ikan ni.. dia kata hari-hari makan pun takpe.



Emak Nenek menepuk-nepuk cucu terbarunya.



Hadiah pertama dari ibu dan ayah. Dah dibeli ketika honeymoon di New Zealand.



Tetamu Nana yang pertama - rakan sekolah dulu. Dari kiri Im sedang mengandung 8 bulan dan berbaju hitam tu Alang, baru dapat baby sebulan yang lepas.



Apa pun Mak Long doakan semoga Aidit terus sihat dan membesar dengan limpahan kasih sayang ibu, ayah dan seluruh keluarga serta peliharaan Allah swt. Insya Allah lepas ni giliran Mak Long pulak dapat baby. Due date 26 Januari 2009.

Tuesday, November 10, 2009

Fazli Rogers Roasted Chicken

Hari Sabtu lepas, Che Mid sekeluarga sepakat nak buat 'western food' la konon. Tapi oleh kerana jadual yang padat, (tengahari tu nak pergi umah orang kahwin), Che Mid bahagikan tugasan. Menunya ialah ayam panggang/chicken chop, coleslaw, kentang lenyek dan kentang goreng.

Ayam panggang - ibu dan abah beli, cuci ayam dan sediakan bahan perap. Ayan kisar bahan perap dan perap. Abah tukang panggang di oven.

Bahan-bahan Ayam Panggang:-

Seekor ayam - berat 2300 gm ( nak carik kecik sikit dah takde, pergi kedai lewat sangat)

3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar lada hitam
2 sudu besar madu
1 kiub ayam
2 sudu besar gula
2 sudu besar campuran herba
1 1/2 sudu garam
(semua bahan campur sedikit air dan dikisar halus-halus)
Perap dalam peti sejuk kira-kira 1 jam 30min. Sebelum memanggang, sapukan ayam dengan mentega dan panggang kira-kira 1jam 30 min.



Coleslaw - Ayan juga kena buat tapi dia sub pada Faris tang potong kobis dan karot.

Bahan-bahan:-
Suku kobis bulat
1 biji lobak saiz kecil
sedikit cuka
garam
mayonis

Kobis dan lobak dipotong atau racik halus dan direndam dalam air campuran cuka. Cuci dan toskan hingga betul-betul kering. Campurkan mayonis dan sedikit garam. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga waktu makan nanti.

Kentang lenyek - Farah punya keje.

Bahan-bahan :-
8 biji kentang dibuang kulit dan direbus. Bila empuk, toskan dan lenyek/tumbuk dengan anak lesung sampai halus.
Sosnya pula boleh buat sendiri tapi Che Mid dah beli serbuk gravy ayam knorr. Cuma ambil serbuk tu dan bancuh dengan air panas. Dah siap.


Kentang goreng - pun Farah punya keje gak ( Beli dah siap, pas tu goreng)




Ayan sibuk memerap ayam. Masa ni, ibu dah pergi kenduri. Siap ada video dia menggomol ayam tu, dengan bunyi ayam sekali dia buat, tapi gambar tak berapa jelas, jadi Che Mid tak masukkan kat sini.

Jom tengok apa hasilnya..



Che Abang bukan main bangga lagi dengan ayam panggangnya ni..



Memang menyihatkan bila dipanggangkan.. nampak lemak-lemak ayam tu mencair dan menitis. Tapi lain kali Ayan suruh tabur lagi lada hitam sejurus sebelum panggang ayam tu.. barulah jadi macam Kenny Rogers!!



Jemputlah makan!! Kentang goreng, kentang lenyek dan coleslaw pun dah siap dah!!



Eh eh... nanti dulu.. ayam tak potong lagi ni. Tengok tu, Abah potong beria-ia.. sampai terjongket ayam tu dibuatnya.. Faris dah boring dah.. alahai.. bilalah boleh bedal ni!!



Wah wah.. sedapnya. Bahagian ni ibu punya.



Sos ayam knorr tu boleh digunakan untuk kentang lenyek dan ayam sekali. Bahagian ayam dada ni untuk Ayan..

Selamat menjamu selera. Hidangan ni boleh dimakan untuk 8 - 10 orang makan. Kos tak sampai pun RM50. Kalau makan di Kenny Rogers.. emm.. berapa ya??

Friday, November 6, 2009

Cerita Sedih Lepas Raya

Kisah yang Che Mid nak kabo ni, berlaku lepas cuti raya. Tapi tak sampai hati nak bercerita sehinggalah hari ni...

Seorang Cikgu Salmah (bukan nama sebenar) berkata kepada murid-muridnya sebaik kelas bermula selepas cuti Raya.

" Murid-murid yang belum bayar yuran sekolah tahun ni, tolong bayar sebelum peperiksaan akhir tahun. Cikgu tak mahu tangguh-tangguh lagi. Balik nanti beritahu ayah kamu!". Kata Cikgu Rosmah lagi dalam nada tegas. Memang dalam kelasnya ada 15 orang lagi yang masih melangsaikan yuran sekolah.

Keesokkan harinya, seperti biasa Cikgu Salmah sibuk menanda buku di meja guru. Tiba-tiba salah seorang anak muridnya datang perlahan-lahan ke mejanya. "Cikgu.." Dengar tak dengar saja suaranya. Cikgu Salmah perasan bahawa budak tu adalah antara anak murid yang belum membayar yuran. "Ya.. Amir (bukan nama sebetul), awak nak bayar yuran ke?".

"Ya, cikgu." Katanya lagi. Cikgu Salmah dapat mengagak yang Amir dalam kesedihan yang amat sangat. Airmatanya mengalir ketika dia mengeluarkan sampul duit raya dari poket seluarnya.

" Ini Cikgu.." Katanya lagi terputus-putus. "Ini duit raya awakke?" Tanya Cikgu Salmah lagi. Kasihan betul melihat Amir menangis begitu. Rakan-rakan sekelas mula terjengah-jengah. "Ya, Cikgu. Ayah saya suruh saya bayar pakai duit ni. Ayah kata dia takde duit...".