Ads

Tuesday, November 10, 2009

Fazli Rogers Roasted Chicken

Hari Sabtu lepas, Che Mid sekeluarga sepakat nak buat 'western food' la konon. Tapi oleh kerana jadual yang padat, (tengahari tu nak pergi umah orang kahwin), Che Mid bahagikan tugasan. Menunya ialah ayam panggang/chicken chop, coleslaw, kentang lenyek dan kentang goreng.

Ayam panggang - ibu dan abah beli, cuci ayam dan sediakan bahan perap. Ayan kisar bahan perap dan perap. Abah tukang panggang di oven.

Bahan-bahan Ayam Panggang:-

Seekor ayam - berat 2300 gm ( nak carik kecik sikit dah takde, pergi kedai lewat sangat)

3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar lada hitam
2 sudu besar madu
1 kiub ayam
2 sudu besar gula
2 sudu besar campuran herba
1 1/2 sudu garam
(semua bahan campur sedikit air dan dikisar halus-halus)
Perap dalam peti sejuk kira-kira 1 jam 30min. Sebelum memanggang, sapukan ayam dengan mentega dan panggang kira-kira 1jam 30 min.



Coleslaw - Ayan juga kena buat tapi dia sub pada Faris tang potong kobis dan karot.

Bahan-bahan:-
Suku kobis bulat
1 biji lobak saiz kecil
sedikit cuka
garam
mayonis

Kobis dan lobak dipotong atau racik halus dan direndam dalam air campuran cuka. Cuci dan toskan hingga betul-betul kering. Campurkan mayonis dan sedikit garam. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga waktu makan nanti.

Kentang lenyek - Farah punya keje.

Bahan-bahan :-
8 biji kentang dibuang kulit dan direbus. Bila empuk, toskan dan lenyek/tumbuk dengan anak lesung sampai halus.
Sosnya pula boleh buat sendiri tapi Che Mid dah beli serbuk gravy ayam knorr. Cuma ambil serbuk tu dan bancuh dengan air panas. Dah siap.


Kentang goreng - pun Farah punya keje gak ( Beli dah siap, pas tu goreng)




Ayan sibuk memerap ayam. Masa ni, ibu dah pergi kenduri. Siap ada video dia menggomol ayam tu, dengan bunyi ayam sekali dia buat, tapi gambar tak berapa jelas, jadi Che Mid tak masukkan kat sini.

Jom tengok apa hasilnya..



Che Abang bukan main bangga lagi dengan ayam panggangnya ni..



Memang menyihatkan bila dipanggangkan.. nampak lemak-lemak ayam tu mencair dan menitis. Tapi lain kali Ayan suruh tabur lagi lada hitam sejurus sebelum panggang ayam tu.. barulah jadi macam Kenny Rogers!!



Jemputlah makan!! Kentang goreng, kentang lenyek dan coleslaw pun dah siap dah!!



Eh eh... nanti dulu.. ayam tak potong lagi ni. Tengok tu, Abah potong beria-ia.. sampai terjongket ayam tu dibuatnya.. Faris dah boring dah.. alahai.. bilalah boleh bedal ni!!



Wah wah.. sedapnya. Bahagian ni ibu punya.



Sos ayam knorr tu boleh digunakan untuk kentang lenyek dan ayam sekali. Bahagian ayam dada ni untuk Ayan..

Selamat menjamu selera. Hidangan ni boleh dimakan untuk 8 - 10 orang makan. Kos tak sampai pun RM50. Kalau makan di Kenny Rogers.. emm.. berapa ya??

13 comments:

Adnazthie said...

Salam,
Amboi sedapnyer..nanti saya pun nak buat. Jealous tekak..

che mid said...

Silalah.. kalau ada lebih tu, jangan lupa hantar ke jalan M3.. he he

nurul said...

salam,
akak ade tegur sy masa kenduri kawen adik sy tu ke? sory tk brape cam..org rmai kan...

anyway, thanks sudi memeriahkn majlis kami...mohon maaf jika ade trkurang di mana2...

che mid said...

Nurul, tima acih sudi visit rumah akak ni.. akak sebenarnya kenal dgn mak nurul. Dan izat dan zulhilmi pulak kawan anak2 akak. Roszana pulak besfren akak.Dari blog dialah akak jumpa blog nurul.
Masa buat ayam panggang tu, akak tinggalkan anak2 akak sebab pergi rumah nurul la...

Adnazthie said...

Salam,
Che Mid, saya dah buat untuk makan malam tadi. Beria-2 balik keje cari ayam kat 1000 Dinar gegara nak memuaskan tekak yang jealous ni. Anak-2 tak sabar nak makan. Tq 4 the recipe.

Adnazthie said...

Salam
Che Mid, saya dah promote resepi ni kat member-2 saya. Suh depa bukak blog che mid kalu nak resepi.
Jealous tekak depa bile saya buat semalam n upload kat Facebook. Tq

che mid said...

Alhamdulillah adnaz, buatlah apa yang patut, janji sedap dipandang, lazat ditekak. Tkasih sebab sudi promote blog che mid ya

rimaurimba said...

serius nampaknya abg baju biru tu..

nurul said...

salam kak,
owh mmg akak kenal family sy lah ye....
akak dok kt tmn dato' bandar kn..
ade gak tnya ngn mak...rasanya tau lah umah akak yg mana 1...mak pon ade bgtau izat n gmie ada brkwn ngn anak2 akak...

kak ana besfren akak rupanya...
itulah dunia IT ni kecik je kan...
pusing2 sure jupe jiran sekampung...sy kenal kak ana pon mula2 dr fotopages je..sblm2 nie mmg tk kenal....hehe..

FozyAliya said...

SALAM CHE MID LIA DAH TRY DAH FAZLI ROGERS ROASTED CHICKEN NIE....
LIA MINTAK KEBENARAN PUBLISH RESEPI CHE MID YEK..KAT BLOG LIA...LAU SUDI JENGUK LAH BLOG LIA YEK...http://liyana-alia.blogspot.com/ TIME KSH YEK...

che mid said...

Lia, tima kasih kerana sudi cuba resepi ayam panggang tu.. che mid pun dah singgah di blog lia..

MamaJay said...

sedap nampaknya ayam tu..tunggu anak2 balik nanti mama nak cuba lah..

Anonymous said...

Semalam bebuka posa dgn ayam panggang...wah mak mentuwe pun puji..thaks a lot..semuga Allah membalasnya.
LIN KUANTAN