Ads

Friday, November 6, 2009

Cerita Sedih Lepas Raya

Kisah yang Che Mid nak kabo ni, berlaku lepas cuti raya. Tapi tak sampai hati nak bercerita sehinggalah hari ni...

Seorang Cikgu Salmah (bukan nama sebenar) berkata kepada murid-muridnya sebaik kelas bermula selepas cuti Raya.

" Murid-murid yang belum bayar yuran sekolah tahun ni, tolong bayar sebelum peperiksaan akhir tahun. Cikgu tak mahu tangguh-tangguh lagi. Balik nanti beritahu ayah kamu!". Kata Cikgu Rosmah lagi dalam nada tegas. Memang dalam kelasnya ada 15 orang lagi yang masih melangsaikan yuran sekolah.

Keesokkan harinya, seperti biasa Cikgu Salmah sibuk menanda buku di meja guru. Tiba-tiba salah seorang anak muridnya datang perlahan-lahan ke mejanya. "Cikgu.." Dengar tak dengar saja suaranya. Cikgu Salmah perasan bahawa budak tu adalah antara anak murid yang belum membayar yuran. "Ya.. Amir (bukan nama sebetul), awak nak bayar yuran ke?".

"Ya, cikgu." Katanya lagi. Cikgu Salmah dapat mengagak yang Amir dalam kesedihan yang amat sangat. Airmatanya mengalir ketika dia mengeluarkan sampul duit raya dari poket seluarnya.

" Ini Cikgu.." Katanya lagi terputus-putus. "Ini duit raya awakke?" Tanya Cikgu Salmah lagi. Kasihan betul melihat Amir menangis begitu. Rakan-rakan sekelas mula terjengah-jengah. "Ya, Cikgu. Ayah saya suruh saya bayar pakai duit ni. Ayah kata dia takde duit...". 

3 comments:

Adnazthie said...

Sedihnyer..semoga dia bermanafaat ilmu yang anak itu akan dapat.

che mid said...

Tula adna kan... sesusah-susah kita, ramai lagi yang susah disekeliling kita ni. Sekali pandang macam tak de masalah.. tapi siapa tahukan..

Oh ya.. che mid tak pandailah nak tinggal komen diblog adna, cuba-cuba asyik tak jadi je..

Adnazthie said...

Senang aje nak tinggal komen,
Masukkan word verification.
Google account tu, masukkan alamat email n password blog rasanya.
Publish comment
Nanti saya akan verified.