Ads

Friday, October 30, 2009

Resepi Tauhu Lembut orang malas

Apa? Masak tauhu lembut orang malas? Che Mid la tu orang malasnya. Hati teringin nak makan tahu lembut Jepun, tapi patutnya dikukuskan!. Tengok macamana orang malas masak..


Mula-mula Che Mid masak baby sawi ni.

 Bubuh udang putih (togelkan), bawang merah, bawang putih dan halia (diracik). Tumiskan dulu kemudian bubuh kiub ayam, sos tiram dan garam. Masukkan dalam 2 1/2 cawan air dan sayur. Bila dah masak, angkat sayur SAHAJA. Biarkan kuah dan ramuan lain dalam kuali.



Kemudian masukkan satu sudu kicap manis... nak bagi dia gelap sikit warnanya. Lepas tu, masukkan pula sebekas tauhu lembut Jepun ke dalam kuah tadi. Tutup dan biarkan dengan api kecil kira-kira 10 minit. Angkat ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan daun bawang.




Sedap you!! Kuah akan menjadi pekat dan enak. Faris suka sangat, Farah dan Che Abang pun suka. Ayan je ... cuba makan tapi tak suka!




Selain dari tu, Che Mid juga masak lemak cili api ikan kembung. Biasalah, Che Abang nak makan berkuahkan!




Penambah selera pulak, Che Mid goreng ikan bilis yang ditabur dengan bawang goreng.

5 comments:

Adnazthie said...

Sedapnyer

che mid said...

Kita masak yang simple-simple oklah.. tak macam awak adna, terer merer buat kek

SUE ALAN said...

meleleh air liur saya Che Mid......ini kena jemput kita datang rumah makan......

Adnazthie said...

Alahai che mid, saya ni belajo try n error melalui i-net mana ada gi kelas. Biasa-2 aje lum pandai sangat pun..he he he

Izzatul Azma said...

Akak, sayur tu kiranya jadi satu masakan lainlah ye ?