Antara hikmah terbesar Aidil Fitri ialah menyambung silaturrahim sambil berziarah. Pengalaman Che Mid tahun ini memang mengiyakan hujah tersebut.
Che Mid melawat ke rumah nenek saudara. Rupa-rupanya ada cicit baru lahir lebih kurang seminggu sebelum raya. Memang Che Mid pernah terserempak dengan ibu bayi tu sewaktu rawatan berkala di klinik, dah selamat bersalin rupanya. Dapat baby lelaki, dan namanya agak panjang tapi yang Che Mid ingat ada Ramadan...
Che Mid juga sempat menghadiri majlis menyambut raya dan sempena setahun pengislaman Nadhirah Abdullah. Kalau masih ingat lagi, Nadhirah adalah antara penerima sumbangan ziarah Helwa ketika Ramadhan tempoh hari. Beria-ia Nadhirah menjemput kami datang, tetapi yang dapat hadir cuma Che Mid, Che Mid bawa farah dan Faris sekali. Kami dijamu dengan makanan India yang boleh tahan sedapnya.
Kawan-kawan lama dari sekolah rendah Sungai Binjai dan SMTIS, Kapar. Pertama kali bertemu hari raya ni di rumah Roszana.
Berdiri di belakang - Rohana (ex-Petronas) sekarang ikut suami bertugas di Myanmar, tudung biru Manisah, cikgu di Ipoh, Norarizah, cikgu baru bertukar dari Sabah ke Kapar ( dah hampir 30 tahun tak jumpa), diriku, dan Roszan cikgu juga.
Bertemu sekali lagi di rumah Norarizah. Kali ni Rosmah (cikgu di Kuantan) pun ada sama. Saja kami berposing di bawah pokok rambutan yang sedang lebat berbuah, teringat dulu-dulu, suka makan rambutan bawah pokok... atau atas pokok??
Che Mid terima sms jemputan rumah terbuka dari kawan kerja lama. Tapi alamatnya dah berubah ke Aman Perdana, Meru.. emm.. dekat sangat dengan rumah Che Mid. Rupanya Norehan dah rumah semi D kat situ. Sewaktu Che Mid berziarah, Che Mid ronda-ronda dalam rumah dia tu. Tau sapa Che Mid jumpa?
Ha.. memang seprais sangat-sangat. Rasa macam kenal tapi siapa ya? Tak mengambil masa lama untuk tau bahwa dia, Azariah adalah kawan sebilik Tahun pertama UITM 1984 di Kolej Jati. Dia kata Che Mid tak berubah..he.he walaupun montel mengandung!! Tapi kak Azariah ni makin kurus dari yang Che Mid kenal dulu. Rupanya kak Azariah ni adalah adik ipar pada Norehan, si tuan rumah. Selama ni tiap kali open house ada gak pergi beraya tapi tak pernah terjumpa kak Azariah ni.
Dapatlah kami berborak tentang perkembangan masing-masing. Kak Azariah baru kematian suami April lalu. Mempunyai anak lima, kini berpindah ke Cheras membina hidup baru berdekatan keluarga setelah lama tinggal di Johor Bharu. Kami memang pernah rapat dulu, dahlah satu course walaupun senior setahun, satu bilik lagi.. Tapi lepas tu terputus hubungan terus sampai hari ni.. dah 20 tahun tu.. lama tu dari tahun 1987 hinggalah 2009.. tu lakan.. jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
3 comments:
Memang seronok Che Mid jumpa kawan lama. Macam-2 perubahan leh nampak.
Buat kawan lama yang baru kehilangan suaminya itu semoga tabah menghadapi hari yang mendatang.
Jumpa di rumah terbuka taman esok ya
Dan jumpe rodong lame,3 hari 3 malam tak habis borak nye weh.
Sedak amat...
Post a Comment