Raya ke dua pagi (maknanya dah hampir tengahari...), selepas bersarapan spagheti kami bertolak pulang. Keluargaku dan Pak Cu Acam merancang berkonvoi bersama ke rumah Pak Cu di Jenderak, Kuala Krau, Temerloh. Alang dan Joe dah siapkan makanan tengahari - nasi minyak, ayam sambal, jelatah dan parpu tapi kami dah kekenyangan dengan spagheti dan lemang dll. Jadi emak suruh kami bawa bekal. Alang pesan untuk makan di tepi Sungai Pahang.
Ini gambar hari raya pertama petang, kami sekeluarga ke Felda Sungai Koyan 2, Raub beraya di rumah Cik Mis, makcikku. Yang bestnya, baju raya mereka pun warna ungu jugak... macam janji-janji pulak. Paling sedap kami makan sup tulang semalam yang diperangatkan. Fuhh.. memang mengancam!!
Ini gambar ramai di tangga rumah Pak Cu Mohammad, adik abah mertuaku yang bongsu. Dia sorang-sorang je kat rumah. Isteri dan keluarganya pergi beraya ke rumah besan. Pak Cu tak nak ikut, katanya tak berapa sihat. Lagipun, dia dah dapat rasa kami nak datang. Raya haji lepas kami datang tapi takde orang di rumah. Jadi kami pun berposing di tangga macam ni jugak. Tapi masa tu, tangga kayu, ni dah apgred ke tangga batu!
Masa nak balik dah, Pak Cu suruh luruhkan buah mangga muda. Abahnya pun mencuba skil menggalah yang dah bertahun tak dibuatnya..
Faris dan Tok Cu tolong kutip buah yang bertabur atas tanah. Ada buah manggis jugak tapi muda sangat lagi...
Lepas tu, Pak Cu cakap lagi kat belakang tu ada pokok kayu manis, kalau toreh kulit dia.. dapatlah bau kayu manis tu. Acam terus berjalan menuju arah yang ditunjuk sambil bertanya lagi, " Mana satu pokoknya Pak Cu?", Belum sempat Pak Cu berkata-kata apa-apa, kedua-dua kaki Acam rupanya terpijak selut tempat kerbau berkubang..
Ha.. tengoklah tu..,"Pak Cu baru nak beritahu jangan pijak situ.. tanah tu lembik.."
Memang sekali tengok, tanah yang Acam pijak tu macam keras je.. rupanya atas je keras, dalamnya berselut pekat.. Kedua-dua kasut Acam tertinggal dalam selut tu. Nak buat macam mana ni??
Acam cuba korek dengan kayu... tak bolehnya.. selut tu likat sangat...
Acam pun gunakan tangan.. dah terpaksa..
Makin lama makin dalam.. yang lain tau tengok dan gelak. Siap ambik gambar lagi..Kesian pun ada.. kelakar pun ada. Masa ni Ayu tengah ke kereta, tengok baju spare untuk Acam.
Maka menggagaulah tangan Acam mencari kedua-dua kasutnya yang tenggelam dalam selut.
Akhirnya, dengan susah payahnya, jumpalah semula kasut yang terbenam tu..
Acam menunjukkan kasutnya yang dah tak rupa kasut. Begitu juga dengan kaki dan tangannya. Nasib baik ada baju dan seluar ekstra.. Kalau kobau tu nampaklah adegan ni... tentu dia terguling-guling gelak sakan..
Tak pasal-pasal Acam kena mandi..
Selepas Kuala Krau kami gerak ke Temerloh dan cari tempat solat. Keluarga Che Mid akan ke Bahau manakala keluarga Acam balik KL sebelum bertolak ke Johor pula. Habih tu.. macamana dengan nasi bekal yang paling enak di dunia tu kami nak makan, sebab bekal tu ada dalam kereta kami tapi untuk ke dua-dua keluarga. Dah tak sempat punya pasal, kami pun bahagi dua lauk pauk tu ketika di masjid Temerloh. Sebahagian bagi pada Acam dan separuh lagi kami bawa terus.
Kemudian, kami berhenti di tepi Sungai Pahang, Mengkarak, menghala ke Bera. Disebabkan hujan di luar, Che Mid kata," Oklah.. pinggan pun takde, sudu pun takde..ibu suap semua orang dalam kereta je lah". Seronok sakanlah ibu suap makan termasuklah hasbenku jugak. Nasi briyani berlaukkan ayam masak merah, dalca dan jelatah..Emm.. lama ibu tak suap macam ni.. best lah... Kenderaan lain yang berhenti sama pun pelik kut tengok adegan suap menyuap bebudak dah besar ni!!
Bila dah kekenyangan dan hujan pun teduh, kami sempat keluar ambil angin dan bergambar kejap. Ayan dan Faris pun sempat bershuffle kat situ... Betul kata Alang, memang kami makan di tepi Sungai Pahang yang indah permai ni... Banyak gerai jual ikan patin dan talapia pulak tu..
Tiba di Bahau kira-kira setengah jam sebelum Maghrib. Akhirnya, hasbenku bertemu dengan rakan sekolah lama di Sekolah Menengah Clifford dulu, namanya Iskan bin Damuri. Rupanya dia kini mengajar di Seremban dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Kiranya dah 30 tahun tak jumpa.. suamiku mendapat nombor telefon dari seorang lagi rakannya ketika di Lipis. Kami meluangkan masa sehingga jam 9.15 di rumah ibu beliau. Maka berbual sakanlah mereka tentang cerita zaman persekolahan dulu sambil membelek album lama..
Akhir sekali kami ke Lavender Heights, Seremban, ke rumah sepupu hasbenku, Adon. Tapi sayang, terlupa ambil gambar keluarga Adon.. Kami bertolak pulang ke Meru kira-kira jam 11.30 malam dan tiba di rumah jam 12.30 malam di tengah hujan dan angin kencang... Satu perjalanan yang panjang tapi amat bermakna dan menyeronokkan!!
Akhir sekali kami ke Lavender Heights, Seremban, ke rumah sepupu hasbenku, Adon. Tapi sayang, terlupa ambil gambar keluarga Adon.. Kami bertolak pulang ke Meru kira-kira jam 11.30 malam dan tiba di rumah jam 12.30 malam di tengah hujan dan angin kencang... Satu perjalanan yang panjang tapi amat bermakna dan menyeronokkan!!
6 comments:
Menyangkut dah weh.Sebak ter koi suke berblog..
Terkejut koi jak tadi nengok gambor Pak Teh Mat ande kat sini.Hari ter lagi dah koi cam ke rumoh ni.Macam rumoh Mak Teh Saudah koi je..
Kalau datang raye pertame boleh jumpe koi sekeluarge weh...
Memmpelang ter koi dah bahan sejabir.Buat nyicoh balik rumoh..
La ye ke jejaka desa, kalau gitu kite ni kira sedara tak sedarah le ye..
Salam, seronoknya you beraya begitulah ziarah menziarah menjalin silaturahim.......
Selamat hari raya buat sue alan, memang setiap kali raya kalau bole nak buat semeriah yang boleh.. cuma disebelah suami tu, sedara jauh jauh.. puas berjalan you..
Salam buat Che Mid,
Dah nampak perutnya tu, semoga sentiasa sihat. Seronoknya raya.
Aitt.. Adnaz. awak tak teringin ke , jom join the club..
Post a Comment