Ads

Tuesday, October 13, 2009

Rumah Terbuka Tmn Dato Bandar

Tarikh -10 Okt 2009
Tempat - Perkarangan Surau al-Faizin, Taman Dato Bandar
Kehadiran - lebih 500 orang warga TDb dan jemputan



Penyediaan makanan dibuat mengikut blok dan lorong.Misalnya lorong Che Mid akan menyediakan bbq seperti ayam bakar, ikan dan sebagainya. Ada lorong yang menyediakan lemang, rendang dan menu lain yang telah ditetapkan oleh pihak persatuan.


Lemang dari lorong 4D



Mee dan kue teow goreng pun ada...

Murtabak oh murtabak..

Ketua Blok Muafakat 3, Zainal adalah orang yang yang paling sibuk hari tu. Lepas subuh dah pergi pasar borong sebab nak beli ikan segar, lepas itu berada di surau untuk memerap ikan dan malam pula membakar ikan.


Keadaan penuh sesak dengan tetamu.

Pemandangan di meja VIP

Setiausaha Persatuan Penduduk, Cikgu Jamil tersipu-sipu malu apabila dikenakan kejutan harijadi. Sape punya idea nak bagi seprais tu... Che Mid lah..


Anak-anak jugalah yang paling gembira sekali... mereka ni sedang beratur untuk menerima duit raya. RM800 diperuntukkan untuk duit raya tahun ini. Che Mid tukang isi dalam sarungnya..


Mr Deejay terlalu sibuk.. sampai tak sempat minum


Che Mid dan emak bergambar bersama jemputan dari Biro Wanita Masjid as-Syariff. Terima kasih kerana sudi datang ya..


Deretan hadiah cabutan nombor bertuah yang kebanyakannya disumbangkan oleh penduduk. Sumbangan hamper dari penduduk adalah diluar jangkaan.. terima kasih daun keladi..tahun depan bagi lagi..


3 sekawan - Cik Nah, Che Mid dan Ruzzi


Zehan, Ani dan Zainon - orang kuat Helwa


Che Azizan dan Tok Ketua Kampung 'enjoying' the nite..


Jumpa gang berbadan dua.. nampaknya tahun 2010 akan menerima ramai kehadiran baby baru.. Yang berbaju biru tu dah ada enam anak perempuan, harap-harap yang 'on the way ni' ni lelaki la pulak ya. Amin..


Lagi rakan-rakan sedang menanti tuan cabutan nombor bertuah - Zuraidah, Rahimah, Anita, dan Ina


Jiran 'forever' - Kak Edah dan Che Mid


Zaiton, emak dan Che Mid - bergambar selepas majlis berakhir


Orang-orang kuat Taman Dato Bandar tersenyum puas apabila majlis yang dirancang berjalan lancar


Tapi kesian mereka ni... majlis dah habis baru dapat makan.. beginilah nasib menjadi ajk kan..


Photo of the nite - Che Mid dan abah, jarang dapat bergambar dengan abahku yang 'ganteng' macam ni..

4 comments:

Adnazthie said...

Salam CHE MID,
Memang happening Jamuan Hari Raya haritu, siapa tak join melepas. Makanannya memang semua SEDAPPPPP. Yang paling best CABUTAN BERTUAH, saya tak ketinggalan dapat gak..cadar. Tq bagi cadar baru tak payahlah kami beli dalam masa yang terdekat ni.

che mid said...

Saya la yang beli cadar tu Adnaz,tapi hajat nak ambik gamabr awak tak kesampaian.. kalau tak, ha.. adalah gambar awak dalam entri ni..

Adnazthie said...

Pandai che Mid pilih, ceria bilikku.
Cukuplah gambar suami aje, isterinya tak payahh..he he he

Roszana said...

amboi meriahnya majlis..
Dah sihat nampaknya...
jaga diri, moga sakit tak singgah..