Ads

Thursday, October 15, 2009

Suka tak tengok cerita Korea??


Kalau suka dan anda ada Astro, tengoklah cerita ni di cenel 303. Tajuknya 'The Iron Empress'. Masa tayangan jam 8.40pm hingga 8.50pm setiap hari Sabtu dan Ahad. Ulangan setiap Ahad, jam 9.40 hingga 11.20 pagi.


Che Mid memang suka tengok drama Korea, tapi taklah tengok cite ni dari awal. Ia berdasarkan kisah benar sejarah Korea (historian/period) tentang keberanian seorang wanita, Empress Chun Chu mempertahankan negara Goryeo sehingga mengorbankan abang, anak dan kekasihnya sendiri.

Che Mid suka pembinaan watak dan lakonan yang sangat berkesan. Kostum dan budaya lama yang ditonjolkan dalam drama ni. KBS World yang menerbitkan drama ini memang mengeluarkan bajet yang besar. Pelakon utama - Chae Si Ra ( yang perempuan pegang panah tu) dikatakan bersungguh belajar 'martial art' dan naik kuda demi wataknya. Walaupun tak berapa cantik tapi lakonan 'fes klas'. Sebelah kanan Si Ra tu Choi Jae Sung sebagai Kang Jo iaitu pahlawan dan Ketua Tentera yang sangat digeruni dan dikagumi oleh askarnya sendiri dan musuh. Dia juga taat kepada raja dan sanggup mati demi negaranya, tapi diam-diam suka kat Empress tu. Sebelah yang satu lagi tu, Kim Chiyang, kekasih Empress tu yang ada agenda jahat untuk merampas tahta sebab datuk dia dulu pernah ditewaskan oleh datuk Empress tu.

Pada Che Mid drama ni boleh membangkitkan semangat sayangkan negara sendiri (walaupun ini cite Korea). Che Abangnya pun dah kemaruk tengok cite ni. Che Midlah yang pengaruhi dia tengok sekali. Kami berdua tak boleh miss langsung. Sesiapa yang tak pernah tengok tapi teringin nak tengok, silalah.. mula-mula tu pening sikit tengok watak-watak yang banyak... maklumlah cite perang.. tapi lepas tu mesti naik sheh punya.. Lagipun cenel 303 tu tak ada iklan, jadi boleh konsentret macam tengok wayang..

Sayang, produksi drama di Malaysia tak buat cite macam ni..

P/s  - Gambar dan  info Che Mid dapat dari website KBS World. Dari komen yang dihantar peminat negara lain pun ramai yang suka tengok cite ni..

3 comments:

Adnazthie said...

Sakelam Che Mid.
Memang suker sangat tapi tak de ASTROlah. Dah tamatkan selepas 3 tahun, kontrak masa beli waja dulu. Tapi saya kalau balik kg. channel kegemaran 703...tak kisahlah masak apa pun, janji masakan.

che mid said...

Ish ish ish.. kalau dah minat masak tu... apa apa pasal masakan je sukalah..adnaz kan

Unknown said...

salam... lau de interested ngn cerita korea,sy de jual cd korea dgn hrga serndh rm6.. sy jual cta y rate 3,4 and 5 star... btw,ni bkn pirates thing.. ye mrh sbb ye jns data dan hanya boleh d lihat dgn komp or laptop y de disc player... kalau nk,emel sy di nik_suzana@yahoo.com 4 more information... tq