Jam 9.30 pagi - Che Mid sekeluarga dah sampai di rumah Che Adek. Ada majlis beraya cum brekfes. Adik beradik lain pun datang jugak. Lupa pulak nak ambik gambar, ada spagheti bolognese, kuih muih dan kuih raya.
10.10 pagi - bergegas ke rumah jiran, Puan Ita, kerana ada kenduri cukur jambul dan rumah terbuka sekali. Kumpulan Che Mid dijemput untuk bermarhaban. Sepatutnya Che Mid hadir ke Mesyuarat Agung Masjid As-Syarif tapi disebabkan Puan Rozi yang sepatutnya mengimami tahlil tidak dapat hadir kerana tidak sihat, maka Che Mid terpaksa mengambil alih.
12.15 tengahari - Tiba di masjid As-Syarif dengan Che Nah. Tak sempat nak hadir mesyuarat tapi kami berdua ditugaskan sebagai AJK Sambutan dan Jamuan rumah terbuka masjid pula. Orang ramai dah mula membanjiri perkarangan masjid sebelum Zohor lagi.
Tak sangka rupa-rupanya sepupu mak dari KL datang ke Meru hari ni. Wak Long dan Wak Usu jemput mereka datang beraya di masjid terus.
Ada khemah khas yang mempamerkan aktiviti masjid. Yang syoknya, ada gambar-gambar yang Che Mid ambil dulu pun terpampang juga di situ. Sekurang-kurangnya ada juga sumbangan Che Midkan..
Kelihatan abah Che Mid sedang menjamu selera bersama-sama jemaah masjid. Lepas tu dia kata nak pergi jemputan kenduri kawin pulak.
Barisan 'orang kuat' muslimat sedang berbaris menyambut tetamu sambil menjamu selera dengan aiskrim. Memang aiskrim menjadi tarikan utama orang ramai. Bukan saja kanak-kanak, emak bapak dan atuk nenek pun beria-ia makan aiskrim.
Ini kumpulan petugas penyediaan makanan. Emak Che Mid di grup inilah. Dia kata, tak berhenti-henti potong buah tembikai.. banyak permintan. Maklumlah, cuaca kebetulan panas menyengat!!
Anak dare sape la ni.. mereka mengedar bungkusan gula-gula khas untuk kanak-kanak.
Dad dengan senyum ramahnya, ke hulu ke hilir memastikan keperluan tetamu mencukupi.
Kumpulan nasyid Omroi tidak ketinggalan membuat persembahan.
Gerai roti canai sibuk menepek roti. Seyum lebar nampak!!
Mi sup pun sedap juga. Che Mid makan panas-panas, dalam cuaca yang panas.. bepoloh den!
Che Mid pun tak pasti .. gerai apa ni.. berkerumun orang hingga tak nampak apa yang dihidang..
Tabung untuk orang susah pun ada, sambil makan silalah menderma..
Eh.. ini Pak Bilal surau Al-Faizin dan keluarganya. La.. siap berkelah di bawah pohonan kelapak!!
Atas longkang pun oklah ya dik!!, janji soru tak miss
Lagi suasana makan-makan yang meriah.. Alhamdulillah, sambutan amat baik.
Ustaz Zawawi mengedarkan tuala 'good morning' kepada petugas. Eh.. bukanke sepatutnya ustaz edarkan tuala 'good afternoon'??
Tuan Nazir, Ustaz Asimoni bersama ajk lain turut bergambar.
Che Mid terpaksa minta diri pada jam 3.00 ptg, tak dapat nak bertugas sampai habih majelih, sebab nak ke tempat lain pulak.
Jam 3.15 petang - tiba di rumah. Sepatutnya Che Abang, Farah dan Faris dan siap untuk ke majlis perkahwinan anak sepupu Che Mid, tapi Ayan minta hantar balik hostel pulak. Tak sampai hati, kami hantarlah dia balik ke Kuala Selangor.
Jam 5.30 petang - Tiba rumah pengantin di Kampung Jawa, Klang. Tetamu dah tak de, nasib baik makanan ada lagi. Tapai ubi dia sedap sangat. Che Mid jamah le sebungkus.
Jam 6.20 petang - Kami tiba di rumah Alang, rumah terbuka lagi. Emak dan abah mertua Che Mid pun ada. Patutnya ada satu lagi mejelih kawin nak kena pegi, tapi dah lewat sangat. tak dan..
Terima kasihlah pada adik-adik yang setia menunggu kami datang walaupun lewat sangat. Nampaknya, open haus rumah alang ni penutup kepada majelih raya 2009. Jadi kita jumpa lagi open haus taun depan ye wehh..
Maka tamatlah program seharian ni.. Maghrib tu kami bertolak pulang. Sampai rumah hampir jam 8.00 malam. Stenbai untuk tengok cite Korea pulak!! Sedihlah.. hero paling kuat dah mati!!
2 comments:
Salam, meriah sunggah ya Che Mid.....
Memang hari yang padat banget.......tercungap2 aku nak abiskan....
Post a Comment