Ads

Wednesday, October 28, 2009

Demi Sesuap Nasi

Cuba ingat betul-betul gambar ni....


Ini adalah gambar Puan Fitriah dan suaminya ketika HELWA berziarah Ramadhan tempoh hari. Puan Fitriah mengalami patah kaki selepas kemalangan jalan raya manakala suaminya menderita sakit saraf sehingga tidak boleh bergerak. Tapi hari Ahad lepas, Che Mid nampak dia. Tengok ni..



Che Mid nampak dia sedang berjualan rambutan di tepi jalan Pekan Meru, berdepan dengan stesyen minyak Petronas. Che Mid pun singgahlah nak bertanya khabar.



Mula-mula dia tak perasan Che Mid ada di situ, sibuk melayan pelanggan agaknya. Alhamdulillah, nampak macam dah sihat dan tidak bertongkat lagi. Dia kata, dah empat hari dia berniaga buah di situ. Anak sedara dia tolong. Barang-barang pulak dia minta tumpang lori orang. Bekalan buah rambutan tu dia dapatkan dari kampung Budiman. Tapi suaminya masih sakit lagi dan masih tak boleh buat kerja lagi.



Seronok betul Che Mid tengok dia dah sihat dan boleh bekerja semula. Wanita tabah ini ternyata tidak menunggu orang datang tolong ataupun patah semangat tapi terus berusaha untuk memulihkan ekonomi keluarga mengikut kudrat yang ada. Cuma Puan Fitriah ni ralat sedikit kerana dia masih tidak dapat menjaga anak bongsunya yang masih berada di Kedah, di bawah jagaan mertuanya. Harap-harap, dia boleh mengambilnya semula pada Hari Raya Haji nanti. ( Tengok Che Mid tu... mengalahkan wakil rakyat gayanya.... he he )



Eh.. bebudak ni.. orang sibuk berborak, dia orang ni sibuk merasa pulak... Che Mid pun belilah rambutan RM10. Dapat banyak pula tu..

Semoga Allah swt memudahkan segala usaha Puan Fitriah dan memurahkan rezeki beliau sehingga dapat keluar dari belenggu kemiskinan. Amin.

2 comments:

Roszana said...

Nak jadi org politik.....kan ku beri sokonganku...
Gaya dah ada, perjuangan pun dah terserlah...
Bila lg.....

che mid said...

Oitt!! takpelah Na, sekarang pun aku dah happy dengan cara aku. Sebagai kawan, aku tau kau akan beri sokongan. Aku jadi YB kat taman aku pun dah cukuplah...he he