Satu tradisi masyarakat Jawa ialah adat 'munjong' iaitu masakan menu hari raya dalam kuantiti yang agak banyak dan kemudian diedarkan kepada adik beradik dan sanak saudara terdekat biasanya sehari sebelum raya.
Namun begitu adat ni Che Mid dah tak ikut sangat sebab ia boleh mengakibatkan pembaziran kerana kita akan menerima terlalu banyak juadah raya seperti lontong, ketupat dan rendang pada hari yang sama. Ada juga mereka yang masih mengamalkan tradisi ini tetapi mempercepatkan hari 'munjong' ini beberapa hari sebelum raya tiba. Tujuan adat ini adalah untuk berkongsi rezeki pada hari lebaran dan sebagai tanda ingatan dan penghormatan terutama kepada saudara yang berpangkat lebih tua.
Che Mid selalu 'mengelat' terutama apabila tiba giliran beraya di rumah mertua. Jadi Che Mid akan memasak lauk pauk raya apabila Che Mid beraya di rumah sendiri. Maknanya, tahun ini Che Mid taklah memasak sangat. Jom tengok apa yang Che Mid sediakan untuk tetamu tahun ini...
Satu perkara pelik di Klang ialah 15 tahun dahulu sangat susah nak dapatkan lemang dijual di Klang. Tak percaya?? Eh .. betullah.. orang Klang dulu tak reti beli lemang. Tapi hari ni, berpuluh tempat jual lemang di tepi-tepi jalan.. ha.. pilihlah nak yang mana.
Rendang ayam atas permintaan adik-adik Che Mid, mereka suka yang hancur-hancur sikit isi ayam tu, barulah 'kick' bila cicah dengan lemang. Che Mid masak dua kali rendang ayam taim raya ni..
Ini kari bawal, Che Mid masak masa adik Nana datang beraya.
Sayur apa tah ke namanya.. imejensi beli di Tesco, sebab masa nak raya hari tu tak simpan lauk di peti sejuk, semua angkut balik Lipis.
Ikan pekasam ni dah lama dalam stok. Che Mid beli di Kuala Kangsar sebelum puasa hari tu. Bukan main selera emak dan abah Che Mid makan. Tapi che abang kita tak berapa suka pekasam-pekasam ni.
Hidangan feberet semasa raya tahun ni. Boleh kata setiap kali tau tamu nak datang, Che Mid cari udang dan goreng mentega. Janggut udang tu tak sempat dah nak buang, goreng terus.. kes imejensi jugak ni.
Paling spesel sekali... sardin dah dua hari lepas, makan pulak dengan nasi lembek panas-panas. Tengah lapar pulak lagi.. penat balik keje.. Huh.. tak sedar.. 3 kali tambah weh..Adik Lina cukup suka ni..
Selain dari sardin goreng cili api tadi Che Mid masak kari tenggiri. Asyik kari ke kari.. camno.. dah hasben suka kari..
Sayurnya sempoi je.. tumis terung panjang. Lebihkan cili api.. jadi pedas-pedas sikit. Masa ni pun emak dan abah datang makan jugak. Macam tau-tau je Che Mid masak sedap-sedap. Bila keluarga Acik datang, nasik pulak habis. Abah kata, tak payah tanak lagi, abah balik rumah ambik nasik lagi. Siap dengan periuk periuk sekali!! Hebat!
Tambah dengan sambal ikan terubuk kering yang siap potong halus-halus, che abang bawa balik dari Sarawak tempoh hari.
Salad sejuk ni Farah yang siapkan, masa ni Alang & Acam & families datang beraya. Antara bahan salad - epal, mix vege, tomato kenit, kentang rebus, timun dan mayo campur thousand island. Tabur lada hitam sikit, lepas tu simpan dalam peti sejuk sampai taim makan. Udang goreng mentega pun tak miss.. Untuk kuah pulak, Che Mid masak lemak cili api ikan terubuk masin dari Sarawak bubuh nenas. Ayam goreng, nasi himpit, kuah kacang pun ada.
Alang, anak-anak dan Farah nak mula makan dah..
Lepas makan bersantai menghadap tv dan kuih raya pulak..
Kak Ain tengah isi dadih cocktail dalam piring.. ni bawa khas dari Shah Alam
Bedday gels - Alang dan Ain, tarikh lahir 3/10, umur teka sendiri..
Kuih raya Che Mid - Abahnya beli oven dan mixer baru, tapi ibu tak berapa minat masak kuih raya, almaklumlah, baru lepas mabuk 'morning sickness'.. Farah dan abah buat biskut arab, biskut kacang, conrnflakes madu dan kek mentega. Yang lain tu, beli sendiri dan jajan-jajan dari kedai borong. Oh ya, abahnya dapat kek lapis dari Sarawak.. 5 jenis.. jadi kira banyak jugalah kuih raya tahun ni..
Sapa nak beraya rumah Che Mid.. jom la..
No comments:
Post a Comment