Ha, dah siap pun.
Nak masak sotong lagi? Ya, nak masak kari. Kali ni Che Mid saja-saja nak bubuh kerisik, bagi dia pekat sikit. Bahan-bahan yang lain tu, sama macam kari biasa.
Che Mid goreng ikan ni, lupa pulak namanya, yang pasti nama dia bukan timah atau bedah.. Ikan ni jenis yang banyak tulang .. memang kegemaran Che Mid, tapi susah sikit nak jumpa kat kedai. Che Mid beli di pasar malam juga. Masa nak menyiang tu, kena tarik dulu untuk melembutkan tulang temulangnya. Lepas tu goreng garing-garing. Makan taim nanti, boleh makan dengan tulang-tulang sekali..emm rangup! Ok, makan tengahari dah siap!!
Sebelah petang, tekak ni terasa nak makan pedas pedas la pulak. Jadi Che Mid buat sambal tumis ikan bilis. Lagi sukalah Che Abang makan. Saja Che Mid buat lebih sikit sebab.....
Che Mid boleh bersarapan lempeng cicah sambal tumis pagi ni. Kali ni Che Mid suruh Farah buat lempeng. Dia buat lebih terer dari Che Mid. Tapi lupa bubuh garam pulak anak dara ni. Oleh kerana sambal tumis tu termasin sikit, jadi ngamlah dengan lempeng tawar!! Selera sungguh Che Mid sarapan pagi tadi!!
4 comments:
Amboi, sekarang kemain rajin masak....sodapnya lempeng cicah dengan sambal tumis yummi......
Sue, apa kita lepas ni kita buat lempeng cicah sambal taucu pulak..
cicah apa-apa sodap....
Hisssss...
Pakis merah campur nenas lg sedap,
Ikan itu abg toha suka...selalu cari tak de...mana la aku rajin g pasar....
Bgtau Farah boleh chelen lempeng pak cik toha tak?
hehe
Post a Comment