Ads

Thursday, January 14, 2010

Firdaus bin Fazli dalam kenangan ( al-Fatihah)



Firdaus bin Fazli
(14.1.1986 - 20.10.2004)

Hujung minggu lalu, che abang dan anak-anak buat 5S housekeeping. Banyaklah suratkhabar dan buku-buku lama nak dijual di pusat kitar semula. Nasib baik abahnya buat audit selepas bebudak tu masukkan barang-barang ke dalam kereta. Maka terjumpalah 2 album lama yang memang Che Mid cari-cari selama ini. Puas dah geledah sana sini, rupanya ada terselit di celah-celah buku-buku abahnya.

Kebanyakan gambar lama tu adalah gambar kami sekeluarga ketika Firdaus masih hidup. Kebetulan hari ini, 14 Januari, adalah hari jadi Firdaus. Kalau masih ada hayat, umur Firdaus genap 24 tahun. Gambar terakhir aruah adalah seminggu sebelum kematiannya, tapi che abang tak bagi siarkan kat sini.. tak sampai hati sebab masa tu aruah tengah sakit. Jadi kita raikanlah gambar lama-lama ni yang che mid dah scan dan edit.

Buat sepupu-sepupu Firdaus, Mak Lang, Pak Lang, Mak Teh , Pak Teh, Mak Cu @ Pak Cu... moga gambar-gambar ni dapat mengurangkan rasa rindu kita yang tak pernah padam pada Firdaus. Al - Fatihah.


Ini gambar feveret kami sekeluarga. Masa Che Mid bekerja dulu, gambar ni Che Mid besarkan dan letak atas meja di ofis. Sekarang gambar ni lekat di peti sejuk pulak. Ketika tu, kami bercuti di Bukit Fraser, sebelum berangkat pulang.



Gambar ini diambil pada tahun 2000, 10 tahun yang lalu. Kalau tak silap Firdaus dalam tingkatan 3, Farah berumur 5 tahun dan Faris 4 tahun.


Firdaus adalah seorang anak yang sangat 'reserved', lebih suka diam dari berkata-kata. Tapi suka bergurau dengan adik-adiknya. Paling suka makan ayam sambal. Caranya.. dia akan bubuh sambal banyak-banyak atas nasi, lepas gaul nasi tu cukup-cukup baru dia makan. Permainan masa kecilnya ialah koleksi kereta-kereta kecik yang akan disusun panjang-panjang. Paling minat dengan Michael Jackson. Abahnya siap belikan jaket dan topi, dan dia akan menari depan TV yang dipasang video MJ tu.


Firdaus tak de dalam gambar, maknanya dialah yang ambik gambar he he..


Budak comel sorang ni tengah belajar bawa gokart


Che Mid paling suka gambar ni..



Berposing di beranda apartmen.



Empat beradik di roundabout puncak Bukit Fraser. Habis dah gambar di Bukit Fraser. Kita tengok pulak foto dari album kedua juga sekitar tahun 1999 - 2000.


Gambar Farah dan Faris ketika di kampung atuk di Jenderak, Pahang. Tengok Farah tu.. dia ada satu stail bila bergambar.. jelingan manja menawan sesapa yang melihatnya..



Gambar Firdaus berdiri di sebelah abahnya ketika kenduri kawen anok Mok Teh ( yang pakai baju putih). Blogger Jejaka Desa, aok kenai ke awek pakai tudung kuning tu?? La.. tu kan anok Pok Chu Mat yang nama Ruzi..



Empat beradik bersidai dalam kereta juga di kampung Jenderak..


Gambar ni pulak di rumah Che Mid. Masa dulu kami berkumpul adik beradik sebulan atau dua bulan sekali untuk meraikan hari jadi sambil makan-makan secara 'pot luck'. Masa ni kami buat games dalam rumah. Farah gelak sakan bila tengok muka dia dalam gambar ni. Dia menjerit-jerit takutkan belon tu meletup kuat!!



Gambar penutup - kami beriadah di Tasik Shah Alam. Tengok gambar budak-budak kecik tu.. kelakar betul!! Sekarang dah hensem-hensem dan jelita-jelita belaka. Faris berdiri di depan tutup muka dengan topeng power rangers.

4 comments:

Adnazthie said...

Salam Che Mid, memula baca N3 ni nak bergenang airmataku
tahan..tahan..tahan.
Al Fatihah buat Allahyarham Firdaus b Fazli, semoga dia ditempatkan di dalam golongan terpilih.
Kenangan bersama insan tersayang tak mungkin dilupakan selagi hayat dikandung badan.

Rodong Blogger said...

Al-Fatihah buatnye.

Tudung kuning ter pupu koi,KakRozi.Mende pulok tak kenalnye.Kitnye jarang amat koi jumpe dengan dia.

che mid said...

Memanglah Adnaz, rasa baru semalam dia pergi.. dah 5 tahun rupanya..

Ha.. esok ada N3 lain.. boleh senyum sumbing pulak.. tunggu!!

che mid said...

Che Rodong - ha kenal ye.. maklumle.. dah beranok pinok nie.. susoh le nak jumpe nye, kalu jumpa pon, tak leh sembang sangat..